Pray For MH370

Pray For MH370

MAHASISWA mahu beri mesej jelas kepada kerajaan BN yang nafi HAK mahasiswa



Tragedi cemas yang melibatkan mahasiswa yang hanya berapa kerat dan tidak bersenjata seperti yang kita lihat dalam video ini sepatutnya tidak berlaku. Sudah berapa kali saya selaku EXCO PENDIDIKAN TINGGI menyatakan bahawa mahasiswa sebagai orang muda yang mempunyai potensi intelek yang tinggi patut diberi ruang untuk meluahkan perasaan mereka dengan seluas-luasnya. Hanyasanya apabila apabila mereka merasakan tidak ada pihak yang mahu mendengar dan mengambil tahu masalah real yang mereka hadapi, barulah mereka bertindak untuk mengambil perhatian dan sokongan daripada lebih ramai orang yakni rakyat jelata. Saya bersetuju sekiranya mereka BERSENJATA DAN BERTINDAK LIAR maka pihak keselematan menjalankan tugas menjaga mereka supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.
  
     Dalam kes di UPSI pada malam tahun baru 2012, keadaaan mahasiswa tidak menggambarkan mereka boleh mencetus huru hara sehingga tindakan begitu keras perlu diambil oleh kumpulan yang diarah untuk bertindak oleh wewenang UMNO BN.
    Untuk mendidik mahasiswa menjadi orang dewasa yang baik, pemimpin perlu menggunakan rasional BUKAN EMOSIONAL. Sekiranya (orang muda)mahasiswa dilihat emosional menuntut hak mereka , janganlah orang-orang 'TUA' dalam pimpinan negara LEBIH EMOSIONAL. Kehilangan nyawa, kecedaraan parah sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemimpin negara mahu menunjuk kepimpinan yang matang, mendidik mahasiswa dan mahasiswi dengan penuh kasih sayang dan berwawasan. 

     Tujuan rakyat memberi mandat kepada pemimpin negara menerajui negara adalah di antaranya melorong dan mendidik anak-anak intelektual mereka ke jalan yang lurus dan benar. Bukan MENDERA anak-anak mereka apabila mereka berlaku NAKAL sedikit kerana menyakit hati pemimpin yang diturunkan gambarnya. Saidina Ali tidak jadi membunuh kafir yang meludahkan mukanya kerana beliau tersangat marah kepada perbuatan meludah.Walhal beliau telah dalam keadaan situasi yang boleh membunuhnya dengan pantas dan mudah.Hairanlah sikafir tadi dan meminta penjelasan kepada pemimpin berhati mulia itu.Apa jawapan Saidina Ali: 'Tadi aku mahu membunuhmu kerana Allah.Tetapi apabila engkau meludah mukaku, aku teramat marah.Aku tidak mahu membunuhmu kerana marahku, bukan kerana Allah'.

Khususnya kepada YAB Perdana Menteri dan semua pimpinan UMNO-BN apa salahnya ambil pengajaran daripada khalifah Islam ke empat ini. Janganlah menunjuk dendam membara kepada mahasiswa yang menuntut keadilan untuk diri mereka.Kementerian Pengajian Tinggi sepatut bangga siswa-siswi mereka mempunyai jati diri dan kemahuan berdikari dengan menuntut hak mereka yang penat lelah mengaji di UPSI untuk diberi prioriti sebagai pendidik.Berbincanglah dengan Kementerian Pelajaran yang menterinya juga adalah TPM agar masalah ini boleh diselesai dengan mudah.

YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Pendidikan Tinggi
Kerajaan Selangor 

Comments :

0 comments to “MAHASISWA mahu beri mesej jelas kepada kerajaan BN yang nafi HAK mahasiswa”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com