Pray For MH370

Pray For MH370

Masalah tidak cukup GURU di seluruh Malaysia

Kenyataan akhbar EXCO PENDIDIKAN SELANGOR tentang kekurangan guru di SJKC
22.3.12
Saya selaku EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor mengalu-alukan pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong semalam tentang PENGISIAN SERTA MERTA kekosongan guru di 1294 SJKC di seluruh negara dengan guru interim. Semoga dengan tindakan pantas itu mampu menyelesaikan masalah proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah aliran Cina ini.
Namun, saya berpendapat KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA sepatutnya bertindak dengan cara yang lebih professional dan sistematik. Bukan kerana setelah persatuan-persatuan aktivis sekolah Cina ini bersiap untuk membuat bantahan besar-besaran sahaja barulah Kementerian Pelajaran bertindak.(Saya sendiri mendapat jemputan rasmi dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia selain diminta mewakili PAS Pusat- rujuk lampiran)
Kewibawaan kementerian pelajaran yang dikuasai oleh Timbalan PM sendiri sentiasa dipertikaikan sekiranya isu-isu utama mengenai pendidikan di Malaysia tidak diurus dengan baik dan telah diakui oleh banyak pihak sebagai perkara yang memerlukan ‘overhaul’/kajian tuntas bukan sentiasa ‘fire fighting’ yang membuang masa dan wang rakyat.
Contoh
Apabila pelbagai pihak membantah dan ada yang pro PPSMI, barulah mahu dikaji dan berdialog.Baru nak jemput pelbagai pihak. Kementerian perlu membuat kajian yang menyeluruh tentang segala keperluan dalam pendidikan. Kerajaan Malaysia perlu bedahsiasat secara jujur sistem pendidikan yang diguna pakai selama ini. Adakah berkesan? Adakah relevan? Paling penting hasil pendidikan itu sendiri. Mana hala tuju mahu dibawa rakyat Malaysia? Ada ‘roadmap’. Ada visi yang jelas. Ada misi mahu mencapai mercu kejayaan.
Mesti mengambilkira realiti dan kegagalan supaya tindakan tepat boleh diambil. Hakikat sistem pendidikan nasional tidak diterima oleh pelbagai kaum hingga semakin jauh daripada sistem sekolah kebangsaan perlu diterima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.Kementerian juga harus matang menerima kritikan membina daripada semua pihak tanpa dibatasi oleh fahaman dan ideologi politik yang berlainan. Untuk melahirkan satu formula  mendidik rakyat kementerian mesti bersifat inklusif dan memahami keperluan dan sensitiviti pelbagai golongan dalam negara.

PERLU HOLISTIK DAN PROAKTIF
Kementerian Pelajaran Malaysia dilihat terlalu pasif dan bersifat reaktif. Kementerian sentiasa dihantui dengan masalah-masalah yang timbul yang bersifat pokok atau fundamental kerana melibatkan dasar dan polisi. Bukan sekadar masalah implementasi atau perkara remeh dan bersifat teknikal.
Contoh
Keputusan  memulakan dasar PPSMI tanpa mempastikan SELURUH sekolah terutama sekali di luar bandar dan sekolah yang ramai pelajar miskin bandar menyebabkan jurang semakin melebar di antara anak orang berkemampuan dengan anak marhaen.Ini menyebabkan kemarahan ibubapa Melayu luar bandar dan miskin bandar.Begitu juga pelajar Cina dan India di SJKC dan SJKT masing-masing. Guru-guru yang mengajar Matematik dan Sains yang mengajar di sekolah kurang cemerlang sendiri kurang kemampuan. Ini menatijahkan guru yang mengajar tanpa keyakinan.Natijahnya pembelajaran pelajar terjejas.Ini berlainan fenomena dengan ibubapa kelas menengah yang mampu menghantar anak mereka ke kelas tambahan yang mahal dan diri mereka sendiri adalah terdidik melalui sistem Inggeris. Akhirnya masing-masing menentang satu sama lain. Bukankah gejala ini berlaku kerana kegagalan kementerian mencuba-cuba perkara yang baru dan menjadikan pelajar dan guru sebagai makmal kaji uji. Yang menjadi mangsa rakyat itu sendiri.
Dasar yang membebankan pelajar dengan membawa buku-buku yang berat ke sekolah dan menekankan mereka dengan peperiksaan yang menguji akademik bersifat hafalan semata-mata telah melahirkan pelajar yang mudah bosan dan benci belajar.Walhal proses belajar sepatutnya menyeronokkan. Barulah ia menjadi tabiat dan budaya sepanjang hayat.Semua ini perlu dikaji dengan teliti oleh kementerian pelajaran Malaysia.
Perbincangan yang mahu dilakukan seperti yang diuar-uarkan oleh Menterinya baru-baru ini MESTI menyeluruh dan diberikan masa untuk dihazam dan dibuat projek perintis dahulu. Jangan membazirkan duit rakyat dengan dasar yang tidak boleh bertahan lama.


GURU SEMUA JENIS SEKOLAH MESTI MENCUKUPI
Cukup bilang guru adalah antara faktor kritikal untuk menjayakan proses pendidikan masyarakat. Justeru, saya selaku EXCO Pendidikan Selangor juga menggesa kementerian pelajaran Malaysia mengkaji mana-mana sekolah yang kekurangan guru termasuk di sekolah agama mesti diisi segera supaya tidak ada gangguan kepada guru lain dan agar silibus boleh diselesaikan mengikut jadual dan pelajar sentiasa dibimbing oleh guru khusus dan perhatian mencukupi .

YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Kerajaan Selangor merangkap
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Selangor
Merangkap
ADUN Selat Klang
(Merangkap
Timbalan Pengerusi
Biro Pendidikan PAS PUSAT)

Comments :

0 comments to “Masalah tidak cukup GURU di seluruh Malaysia”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com