Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM
Para
perwakilan ke perhimpunan agung MCA tahun ke-59 memecah tradisi parti
itu apabila mengenakan kemeja-T berwarna biru – warna rasmi BN – dan
bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya.Kemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan.
Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP.
Seorang perwakilan yang ditemui berkata, pendekatan baru itu sangat bagus dalam menghadapi propaganda Pakatan Rakyat kerana "propaganda negatif" itu banyak memberi impak.
Selain itu, baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru.
Comments :
Post a Comment