ADUN SELAT KLANG serah tong sampah daripada MPK kepada JKKK
Jumaat
10.2.12
Pejabat ADUN SELAT KLANG
ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali menerima tong sampah yang berpalang untuk diletak ditempat yang strategik daripada Majlis Perbandaran Klang.
Ini adalah kesinambungan KEMPEN JOM BERSIH HOLISTIK DUN SELAT KLANG yang telah dijalankan pada Jun 2011 di mana seluruh DUN Selat Klang terlibat. Tabiat membuang sampah merata-rata juga dikurangkan dan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga kebersihan juga mula dipertingkatkan. Namun tabiat lama masih juga liat untuk diubah. Kekurangan kepedulian sosial yang tinggi menyebabkan masih ada lagi yang melempar sampar sesuka hati dan tidak cermat daripada pembuangan sampah yang menyebabkan ianya dihurungi lalat, menjadi tempat santapan tikus dan anjing serta kucing.
Yb Dr Hjh Halimah Ali mengucap terima kasih kepada Pemangku YDP Majlis Perbandaran Klang, Hj Ekhsan Mukri, Wan Soffian, dan pegawai-pegawai MPK, ahli MPK, Hjh Jamaluddin Elias, Ketua Kampung Kpg Delek, Sg Udang dan Telok Gadong serta Ketua Komuniti India, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Perantau yang turut serta dalam program sederhana.
Pimpinan masyarakat semua kaum juga juga turut serta memeriahkan majlis.
Labels:
Kemben JOM BERSIH SELAT KLANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment