Itu sahaja!! Duduk dan bantah.
Saya memang berada di situ. Saya menyaksikan sendiri. Orang muda orang tua. Orang sihat bahkan ada orang asthma yang duduk di tepi kedai untuk mengumpulkan tenaga dan melapangkan pernafasan.
Ramai orang muda. Melayu, Cina , India. Semua ada belaka. Saya bersama PA berjalan ke Jalan Raja Laut mengikut arus orang ramai. Ada polis traffik. Semua tenang. Tidak ada kebencian.
Tidak ada kebiadaban. Tidak ada kekacauan. Jalan beradab.
Hanya setelah disemburkan oleh FRU dengan air kimia pemedih mata dan kulit ke arah orang ramai yang berhimpun berkongsi satu kerisauan iaitu sistem pilihanraya yang ADIL DAN BERSIH.
Salahkah rakyat mahukan sesuatu yang bagus?!
Tidak betulkah anak muda yang mahukan sistem memilih pemimpin yang membuat dasar negeri dan negara mereka melalui satu sistem pilihanraya yang bersih, telus dan profesional?
Apabila setelah keperitan, sesak nafas disembur dengan pemedih mata. Kanister yang mengandungi kimia beracun ini menyebabkan sesak nafas, pedih mata serta kulit dan hidung. Maka bertempiaranlah Melayu, Cina, India kerana semuanya merasa kesan semburan tersebut. Fenomena ini mencetus fitrah baik manusia di mana mereka berkongsi garam, menghulurkan air untuk disiram ke mata teman seperjuangan baru yang tidak dikenali pun sebelum ini.
Fitrah manusia yang inginkan kebaikan. Ini yang gagal difahami pemerintah yang sedang dikemudikan oleh REJIM UMNO-BN
Saya akhirnya bersama-sama dengan pimpinan PAS Pusat singgah di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut KL.
Tuntutan BERSIH adalah PATUT, RASIONAL dan TEPAT serta disokong oleh semua rakyat yang WARAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment