Watak yang berani dan perkasa memang sangat berpotensi untuk melonjakkan pencapaiannya dalam hidup. Kekuatan fizikal, kekentalan jiwa memungkinkan penggunaan maksima kekuatan fizikalnya itu.
Malangnya, sekira ia tidak dilatih mengawal dan menguasai 2 musuh dalam diri yang tidak zahir di matanya tetapi cukup berpotensi untuk memusnahkan masa depan dan menggagalkan impian kejayaannya Musuh berkembar itu ialah emosi(EMO) yang tidak dilatih untuk beroperasi dalam pagar kawalan akal akan menyebabkannya hilang kewarasan dan bertindak liar hingga mencemar nama baiknya sendiri, mengakibatkan kecederaan kepada diri(dadah/arak/judi/rempit) dan kepada orang lain.
Kembarnya pula ialah ego. Kegagalan menguruskan ego akan mendedahkan dirinya kepada sifat mazmumah seperti riya, takjub, sombong dan takabur dan menyebabkan ia rasa dirinya serba sempurna dan tidak mahu menerima pandangan, kritikan atau cara orang lain.
Akhirnya, manusia yang berpotensi besar melangkah ke gerbang kejayaan boleh terbantut dan terkulai kaku dalam penyesalan sekiranya EMO dan EGOnya tidak menerima latihan kawalan.....Ini insya Allah akan dimasuk dalam modul baru model pembangunan insan SPIES pada tahun 2014.
Mudah-mudahan ALLAH sentiasa mengilhamkan proses pentarbiyahan Rabbani ini insya Allah. Amin.
EGO SAIDINA UMAR luntur dek firman Rabbani ini
طه (20:1) |
|
|
|
|
Comments :
Post a Comment