- TIADA yang boleh menafikan bahawa pemimpin negara Malaysia telah membiarkan bahkan membiayai sambutan ala jahiliyyah ambang tahun baru masehi SETIAP TAHUN. TIDAK ADA BEZANYA dengan negara bekas penjajah negara. Bahkan mungkin lebih dahsyat. Remaja belia Islam yang mentah dan eksploratif mudah terikut dengan daya tarikan hedonisme yang direstui bahkan diminati oleh pemimpin jahil. Bak semut menghurung gula, berbondong-bondonglah remaja belia terjun ke lautan majlis bercorak pesta yang lagha, melekakan mereka daripada kesedaran berTuhan.
- Dengan iklim yang merangsangkan nafsu dan bisikan syaitan, remaja belia dalam keadaan sebegini memang mudah terkena umpan Iblis yang memang membuat operasi menggalakkan maksiat dan kemungkaran seperti arak, dadah dan zina. Saban tahun dilaporkan oleh PBT memang ada bukti, pasangan-pasangan yang berzina apabila sudah tidak mampu mengawal nafsu dek keseronokan melampau dan tak ingat dunia/akhirat.Remaja belia Melayu beragama Islam sering ditangkap JAIS berpeleseran, meminum arak berkhalwat.
- Justeru, kerajaan Selangor di bawah EXCO Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan merangka satu pelan untuk membuat satu anjakan paradigma berskala massa. Anak remaja belia mesti diberi satu alternatif untuk mengisi naluri mengikut trend menyambut ambang tahun baru. Persoalannya bagaimana mahu memecah tradisi yang telah BERAKAR LEBIH 50TAHUN? Bagaimana cara mengalihkan rijal dan nisa' daripada terus membanjiri program menyambut tahun baru masehi dengan cara melaungkan 10 saat terakhir sebelum pukul 12 tengah malam ketika beralihnya tahun baru masehi? Bagaimana mahu menyedarkan anak Melayu yang hari bermula bukan tengah malam tetapi maghrib?Sebab itu berbuka puasa waktu maghrib.
- Alhamdulillah, idea kreatif yang berjaya menarikkan minat remaja belia yang suka program santai telah mencetuskan idea pihak Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor(GeMS) untuk menganjur program yang boleh menarik minat remaja belia DAN DALAM MASA YANG SAMA MENDIDIK mereka dengan ilmu yang berguna, Pendidikan yang BERKESAN melalui pendekatan bersahaja. Ilmu merangkumi dunia hingga akhirat. Alhamdulillah pengisian dengan ilmu aqidah, syariat dan akhlak dalam diberi oleh ilmuwan agama dengan digandingkan dengan artis dan selebriti yang diminati oleh remaja belia yang sudah mula mengatur hidupnya ke arah hidup yang berpaksikan Allah.
- Asmaul husna dilagu bersama
- Alhamdulillah 120,000 orang yang hadir pada malam itu, mendapatkan ilmu pengetahuan, terjalin ikatan ukhuwwah, di didik bil hal mengisi program yang bermakna yang sarat dengan laungan membesarkan Allah. Para artis.bintang sukan, bintang bola dan bina badan Dato Malek Noor juga dijinakkan kepada ulamak supaya diambil menjadi role model mereka pula. Para artis tidak janggal dengan ulamak yang selama ini mereka rasa begitu jauh daripada mereka.
Kemudian ditutupkan dengan doa ulamak selebriti terkenal USTAZ AZHAR IDRUS
Comments :
Post a Comment