4/1/13
Klang
EXCO Pendidikan terus memantau sekolah dan prasekolah dengan permulaan tahun sesi persekolahan. Memang menjadi kerja rutin YB Dr Halimah tiap bermula sesi persekolahan awal tahun.
Tujuannya ialah untuk melihat sendiri perkembangan di sekolah, menyaksi gelagat si anak dan juga pengorbanan ibu dan ayah yang menghantar anak yang baru bermula di sekolah mahupun prasekolah.
Ada ibubapa yang masuk kelas bersama si anak yang masih kurang rasa selamat untuk ditinggalkan. Ada pelajar tadika dan pelajar tahun 1 yang meleleh air mata tapi majoriti mereka sudah mampu mengadaptasikan diri kerana sudah biasa dengan hidup 'bermasyarakat' sewaktu di tadika.
Ada ibu ayah yang sanggup ambil cuti untuk pastikan anak mereka melalui orientasi yang berjaya di hari hari pertama mereka berada di bangku sekolah.
Guru yang bijak dan minat akan mampu menggunakan kaedah tersendiri untuk memikat hati anak muridnya hingga mereka merasa selesa dan menganggapnya sebagai 'ibu' mereka. Guru seperti ini mudah dipatuhi segala arahannya dan dipercayai kata katanya.
Anak kecil yang nalurinya eksploratif yang ditafsir sebagai 'nakal' mampu di disiplinkan guru yang berwibawa.
Di sekolah atau tadikalah insan mula belajar berkongsi segala kemudahan awam seperti tandas, tempat makan dan minum serta main.Mereka mula dilatih menjaga masa dan menghormati hak orang lain.
Mungkin pada mulanya mereka kekok bersama sama dengan orang lain.Apabila di beri dorongan mereka selesa dan seronok mempunyai ramai kawan.
Pendidikan sepatutnya mampu menghasilkan manusia yang aman hidup dengan manusia, makhluk yang lain.
Comments :
Post a Comment