Pray For MH370

Pray For MH370

PENGANJUR HKR TAK RUGI BERJAGA-JAGA

 Mana-mana tempat tertutup ("enclosed") tak kira besar atau kecil ruangnya seperti rumah, dewan atau stadium memiliki ciri-ciri tertentu seperti ruang udara ( "oksigen")  yang terhad, pintu keluar masuk ("egress"and "ingress") yang jumlah dan saiznya yang  terhad dan kemudahan atau fasiliti seperti tandas dan alat pemadam api yang tidak banyak.


Dalam konteks HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) yang bakal berlangsung pada 12 Jan 2012 nanti (i. s. A), beberapa peringatan lunak ("gentle remainder") dan langkah pencegahan wajib diambil oleh pihak penganjur bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada peserta perhimpunan dan harta benda mereka. Emergency response Team ("ERT") mesti menyediakan Emergency Response Plan ("ERP") bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Apa lagi yang boleh berlaku jika PDRM telah memberi "restu"???

       : A comparative analysis of some of the worst exiting and entering disasters in U.S. history with cases of successful emergency escape 



Beberapa Ayat Al Quran,  hadith, peribahasa dan kata-kata hikmah diperturunkan sebagai melengkapkan perbincangan. (i) An Nisaa' 102 (ii) An Nisaa 71 (iii) Al Quran 8:60




(iv) "Orang Mukmin tidak akan termasuk ke dalam lubang biawak yang sama dua kali" mafhum hadith (v) " Al wiqoyah khoirum minal ilaaj" Pencegahan lebih baik dari pengubatan.
(vi)  Sedia payung sebelum hujan (vii) Air tenang jangan disangka tiada buaya (viii) Seasal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya (ix) Sudah terantuk baru terngadah.

Pihak penganjur mesti sistematik serta tegas dalam mengawal keadaan dan situasi seperti memantau peserta apabila masuk ke stadium dengan  tidak membawa senjata atau barang merbahaya seperti botol, atau benda tajam. Di England, penonton bola sepak diperiksa bag mereka tatkala memasuki stadium serta diperhati dengan teliti gerak geri mereka.

Perokok mesti menghormati orang yang tidak merokok dengan tidak menyalakan rokok mereka untuk mencegah kebakaran berlaku. "Pengacau", " saboteur ", " provocateur" dan seumpamanya mesti ditangani serta merta dan dibawa keluar kawasan. Jumlah petugas khususnya ahli Unit Amal mesti mencukupi sama ada beruniform atau preman. Mekanisme hendaklah diwujudkan bagi mengawal dan mengatasi sebarang bentuk masalah seperti peserta kena serangan jantung, nak bersalin atau pengsan.

Begitulah secebis peringatan buat peserta dan penganjur HKR agar tidak timbul tuduhan di belakang hari kelak yang Pakatan Rakyat tidak mampu mendisiplinkan ahli atau yang memulakan keganasan adalah peserta perhimpunan.

“Sepatutnya pasukan polis yang menjaga keselamatan negara memberi layanan baik kepada mana-mana pihak, yang mungkin akan menjadi kerajaan,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail   pada ceramah pra Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Majlis Daerah Machang di sini, malam tadi.


Tak mustahil sejuta hadir Himpunan 12 Jan   

oleh Abd Shukur Harun

Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.



Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.



PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.



Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.



Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini dijangka berlangsung secara aman dan tertib. Tidak akan ada kekacuan, kecuali jika ada provokasi dari pihak tertentu yang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan. Namun pihak keselamatan yang disediakan oleh penganjur Himpunan yang akan bekerjasama dengan pihak polis akan mempastikan Himpunan itu akan berjalan secara aman dan penuh harmoni.



Sementelah lagi jaminan yang diberi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa pihak polis akan berperanan sebagai pemudahcara pada perhimpunan 12 Januari ini. Jaminan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara itu dalam pertemuan dengan penganjur yang diketuai oleh Haji Muhamad Sabu dengan disertai oleh 10 orang wakil termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim dan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.


Malah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu bahawa pihak polis turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai ‘detik bersejarah’ selepas ‘belajar daripada kekurangan’ yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.



Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah puncak dari segara himpunan yang terdahulu di seluruh negara menjelang PRU akan datang.



Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah disusun oleh badan-badan NGO dengan kerjasama rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.



Pelancaran rasmi HKR ini telah diadakan pada 3 November tahun lalu di Seremban, disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat itu adalah petunjuk mengenai ‘mood’ rakyat telah bersedia untuk berhimpun membuat tuntutan.

NGO yang mendukung Himpunan Mega ini ialah, Anak, SAMM, Himpunan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Muafakat atau NGO anti-PPSMI.



Pada pendapat saya, kehadiran yang dijangka satu juta rakyat dalam Himpunan itu akan menenggelamkan segala  tohmahan seperti - Amanat Haji Hadi, isu murtad,  isu nama Allah, kes liwat, masalah air di Selangor dan semua tohmahan lagi. Ia menunjukkan rakyat tidak peduli segala fitnah itu.



Kepada saya, jumlah sejuta rakyat yang dijangka hadir itu bukan satu ancaman dan tidak ada apa yang dikhuatirkan. Kehidupan harian di Kuala Lumpur akan berjalan seperti biasa. Restoran, pusat membeli belah, bas, teksi, monorel, LRT dan segalannya berjalan seperti biasa.



Seperti juga Himpunan Bersih yang lalu, saya percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menyaksikan demikian ramai golongan generasi muda yang mahukan perubahan. Mereka benci menyaksikan kegiatan rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang terus berleluasa, harga barang yang meningkat terus – yang menjadi beban berat kepdaa rakyat - hutang negara yang terus meningkat, demokrasi dan keadilan semakin jauh.



Generasi ini akan menjadi pengundi dalam PRU akan datang. Oleh itu kekecewaan mereka terhadap situasi yang ada ini dijangka akan diterjemahkan dalam peti undi pada PRU akan datang itu.



Jika kita mengamati beberapa Himpunan Bersih yang lalu, anak muda ini yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah bersatu menentang segala kemungkaran yang berlaku dalam negara. Bagaimanapun, malangnya mereka melihat hingga kita tidak ada sebarang perubahan, bahkan perlakuan rasuah, penyelewengan dan sebagainya semakin bertambah. Ini yang sangat menekan perasaan anak muda dan rakyat prihatin.



Saya percaya, kebangkitan rakyat ini menunjukkan bahawa rakyat telah berjaya ‘meruntuhkan’ tembok rasa takut terhadap pihak berkuasa dalam usaha menuntut hak mereka. Oleh itu runtuhnya tembok takut ini adalah kemenangan rakyat sebenarnya.



Dengan demikian, Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini adalah manifestasi keberanian rakyat yang bangun di atas reruntuhan batu bata tembok ketakutan mereka selama ini.



Sehubungan itu media yang dimiliki parti yang memerintah tidak mungkin lagi berupaya menjadi ‘penghadang’ kepada kebangkitan rakyat ini. Mereka kehilangan daya dan kekuatan untuk menyekat sebarang aliran maklumat kepada rakyat. Dalam masa yang sama media alternatif dengan dunia siber yang sangat terbuka menyebarluaskan apa saja maklumat kepada rakyat.



Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini mempunyai seribu satu makna. Sama ada disukai atau tidak disukai oleh golongan tertentu, kebangkitan rakyat ini akan mengambil tempatnya yang penting di ibu negara yang bersejarah ini.



Rakyat sedang melangkah ke depan dan tidak akan berundur lagi, seperti kata Almarhum penyair Usman Awang: Kawan-kawanku yang dikasihi, di depan duri di belakan api, kita tidak boleh undur lagi.

Sumber: harakahdaily

Laporan lain di SINI , SINI

Comments :

0 comments to “PENGANJUR HKR TAK RUGI BERJAGA-JAGA ”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com