Pray For MH370

Pray For MH370

PRNSIP PERJUANGAN TIDAK BOLEH DIJUAL BELI

Bai’ah Pemimpin Pas Tonjol Prinsip Dan Kredibiliti Pemimpin

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Halimah Ali menolak kritikan pedas Umno-BN yang mengatakan Bai’ah atau sumpah setia pemimpin Pas tidak relevan.

Menurutnya, Bai’ah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas ini adalah sebagai satu sistem disiplin yang dibawa oleh parti bagi memastikan pemimpin berpegang kepada prinsip.

“Dalam situasi ni kena faham secara keseluruhan, ini adalah satu sistem disiplin yang dibawa pas untuk pemimpin ini berpegang pada prinsip. Kita nak elak mereka ni tersasar dari prinsip,” katanya.

Dr Halimah berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa Bai’ah Pas tidak munasabah dan mendera perasaan golongan isteri dan anak-anak pemimpin berkenaan.

Jelasnya lagi, politik yang dibawa oleh Pas adalah berteraskan Islam dan bertunjangkan Al-Quran dan ini sebagai cara untuk meyakinkan pengundi pemimpin Pas yang dipilih itu benar-benar membawa prinsip dan falsafah parti.

“Ini sebabnya hukuman ini agak berat, dan setakat ini dengan adanya sumpah ini, takde lagi pemimpin Pas yang lompat parti, ini juga memberikan satu jaminan kepada pengundi bahawa sekiranya memilih wakil rakyat Pas, itulah yang kekal,” katanya.

Menurut Dr Halimah, sumpah setia ini juga sebagai cara untuk memastikan ketua keluarga itu benar-benar berwibawa bukan sahaja sebagai pemimpin namun sebagai suami dan bapa.

“Ini bukan penganiayaan kepada kaum wanita, ini sebenarnya menjaminkan keselamatan dan kewibawaan suami kepada wanita dan bapa kepada anak-anak itu, ini kredibiliti dan kewibawaan yang kita cuba lonjakkan ….yang menjadi wakil rakyat ini,” katanya.
TVSelangor


BAIAH BENTENG PAS CEGAH LOMPAT PARTI

Comments :

0 comments to “PRNSIP PERJUANGAN TIDAK BOLEH DIJUAL BELI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com