KLANG 1 MEI : Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri yang mahu
‘merakyatkan ilmu’ untuk penduduk Selangor, sebuah lagi Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di buka di Sungai Udang, di sini.
PPAS yang multi fungsi dua tingkat itu menelan belanja RM1 juta dan
turut dilengkapi wifi percuma, komputer, bilik belajar dan bilik seminar
yang mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa selain taman permainan
di sudut luarnya.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr
Halimah Ali berkata inisiatif itu dilakukan agar penduduk Selat Klang
dapat memartabatkan ilmu.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang kepada pelbagai
lapisan rakyat agar tidak ketinggalan dalam pembangunan sumber ilmu.
“Kita bina sebab tidak mahu anak-anak menghabiskan masa di cyber cafe seperti aduan yang saya terima dari ibu bapa. “Kita bina bangunan ini multifungsi sebab kita tidak mahu konsep perpustakaan uzur macam sebelum ini, kalau kita buat macam itu orang lalu pun tidak mahu masuk,” katanya dalam ucapannya dalam majlis perasmian PPAS itu.
Majlis Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hadir sama Pengarah PPAS negeri, Mastura Mohamad.
Sementara itu, Abdul Khalid berharap penduduk di kawasan sekitar dapat memanfaatkan kemudahan itu dengan sebaiknya.
“Kita sudah bina dengan konsep santai keluarga, kita harap penduduk
dapat menimba ilmu secara berterusan selaras dengan konsep menjadikan
negeri Selangor sebagai negeri ilmu,” katanya.
PPAS Sungai Udang itu merupakan PPAS yang kesembilan dibina di negeri Selangor.
Comments :
0
comments to “Dr Halimah mahu ikon ilmu di DUN SELAT KLANG ”
Shopping Back To School.
-
Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School
DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
Comments :
Post a Comment