Pray For MH370

Pray For MH370

BAHASA MELAYU JATUH NILAI??

Kelonggaran Syarat lulus BM, Keaiban pada Taraf Pendidikan Negara
Tindakan Kerajaan Barisan Nasional melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu (Bahasa Melayu) di peringkat sekolah sebagai suatu keaiban kepada taraf pendidikan Negara.
Ini menyebabkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi menjadi suatu syarat penting dalam kerjaya dalam sektor pekerjaan di negara kita.
Ia juga menggambarkan sikap acuh kerajaan dalam menjaga Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat YB Dr Hjh Halimah Ali berkata demikian terhadap tindakan Kerajaan yang melantik kakitangan kerajaan tanpa kelulusan BM di peringkat SPM.
SPM merupakan sijil yang sangat penting yang di ambil ketika pelajar berada di Tingkatan 5 dalam sistem pendidikan sekolah. Lulus BM di dalam peperiksaan tersebut merupakan syarat utama untuk warganegara ini menceburi pekerjaan di Negara ini terutama dalam sektor awam. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan hanyalah satu tindakan undur ke belakang dan menjatuhkan nilai SPM itu sendiri.
Secara tidak langsung, ianya juga akan menjatuhkan imej sistem pendidikan Negara yang selama ini didokong oleh penjawat awam paling ramai dalam Negara.
Kerajaan, melalui Kementerian Kesihatan pada Ahad, 2 Julai lalu, yang menyatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju untuk melantik Pegawai Perubatan Gred UD41 sebagai kakitangan awam walaupun tidak mengambil peperiksaan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Apa yang mengejutkan lagi ialah perkara itu telah mendapat persetujuan daripada JPA dan telah berkuatkuasa sejak 23 Feb yang lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.
Beliau sendiri sebagai seorang doktor perubatan berpendapat syarat penguasaan bahasa Melayu adalah penting demi keberkesanan hubungan doktor dan pesakit khasnya dalam negara kita. Ia juga melambangkan patriotisme kepada negara.

Comments :

0 comments to “BAHASA MELAYU JATUH NILAI??”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com