Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Harakah. Show all posts
Showing posts with label Harakah. Show all posts

PAS CABAR KERAJAAN SAMAN MEDIA ASING BUAT TUDUHAN TAK BERASAS





Tuduhan terhadap TPM:PAS cabar kerajaan saman media asing


Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).

Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.

PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.

Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi

Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.

"Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,"katanya.

Azamin Amin/ azm/ HARAKAHDAILY

Read More “PAS CABAR KERAJAAN SAMAN MEDIA ASING BUAT TUDUHAN TAK BERASAS”  »»

HARAKAH DAN SUARA KEADILAN DIGANTUNG PERMIT TANPA ALASAN DIBERI

Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'un. Ya, Harakah dan Suara Keadilan digantung permit oleh KDN
berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan tanpa diberi sebarang alasan. lazimnya, surat tunjuk sebab dikeluarkan dahulu.....

Harakah digantung tiga bulan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

azm/Harakahdaily

Read More “HARAKAH DAN SUARA KEADILAN DIGANTUNG PERMIT TANPA ALASAN DIBERI”  »»

KERAJAAN SELANGOR SUMBANG RM SETENGAH JUTA MISI KE GAZA MELALUI YAYASAN AMAL

Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid hari ini menyerahkan cek bernilai RM setengah juta bagi tujuan membantu mengurangkan penderitaan serta kesengsaraan penduduk Gaza akibat serangan Regime Israel yang kini masuk minggu ketiga melalui misi bantuan kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia. Turut serta dalam rombongan tadi antara lain ialah Presiden Yayasan Amal Malaysia sendiri, Cikgu Husin dan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi merangkap Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Selangor dan Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.



Harakah ke Gaza, Yayasan Amal diamanahkan oleh Kerajaan Selangor Menabur Bakti

Julung kalinya, Harakah menyertai misi kemanusiaan ke wilayah yang penuh pergolakan di Gaza,Palestin. Wakil Harakah, Mohd Khalil Abdullah kini sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat bersama Yayasan Amal Malaysia bagi membuat peninjauan serta memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel di Gaza, Palestin.

Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi menjelaskan, penyertaan Harakah dalam misi awal ini merupakan satu peluang yang paling berharga, kerana bukan semua media berpeluang berada di Palestin dalam keadaan bergolak ketika ini.

"Ini peluang terbaik Harakah untuk membongkar betapa kejam golongan Zionis yang didalangi Amerika sehinggakan rakyat Palestin hidup dalam penuh kesengsaraan."

"Bukan sahaja misi ini, malah jika ada misi-misi lain yang dianjurkan oleh NGO-NGO atau mana-mana pihak, Harakah sentiasa menghulurkan tangan bagi memberikan bantuan dari segi keperluan tenaga media untuk membuat liputan," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berharap dengan penyertaan wakil Harakah ini, berita yang tepat terhadap kesengsaraan mangsa dan rakyat Palestin dapat disampaikan.

"Kita mahu membuka minda rakyat,bagaimana realiti sebenar kehidupan dan kesengsaraan yang dilalui di Palestin."

"Diharapkan Harakah dapat mencapai matlamat dan seterusnya membantu anggota misi kemanusiaan yang akan ke Palestin malam ini," jelasnya semasa dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Mohd Khalil dijangka akan menaiki pesawat jam 10.15 malam nanti dan tiba di Kaherah jam 6.00 pagi serta bertolak pula selama 6 jam untuk berada di sempadan Mesir-Rafah atau dikenali sebagai (Rafah Crossing).

Mohd Khalil semasa dihubungi, memberitahu ketika ini, wakil-wakil media di seluruh dunia serta anggota bantuan yang lain masih menanti di pintu sempadan.

"Ini kerana, pihak kerajaan Mesir masih belum memberikan 'lampu hijau' untuk mereka masuk ke Rafah dan seterusnya menuju ke Gaza yang sedang bergolak," katanya semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sumber Harakahdaily

Read More “KERAJAAN SELANGOR SUMBANG RM SETENGAH JUTA MISI KE GAZA MELALUI YAYASAN AMAL”  »»

HARAKAH MEWAWANCARA EXCO PENDIDIKAN

Ikutilah wawancara selanjutnya bersama Saidah Hairan dari Harakah. Program "Jejak Ilmuan" Insya ALlah akan dilancarkan pada 06hb Jun 2008 bertempat di Unisel.

Read More “HARAKAH MEWAWANCARA EXCO PENDIDIKAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com