OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR: PROGRAM SIRI KE II : 2- 3.3.2011
Di samping dialog serta motivasi pelajar MODUL ini diharap dapat membantu pelajar Selangor yang bakal meneruskan pelajaran mereka supaya sentiasa berusaha meningkatkan daya tahan, daya maju dan daya juang serta daya saing agar mampu meraih kejayaan dunia dan akhirat. Pelajar juga diingatkan agat hormat dan taat kepada ibubapa serta Allah dan Rasul s.aw.
Siri ke II akan bermula dari 2 - 3.3.11
BAS disediakan untuk pengangkutan peserta di MASJID NEGERI di Shah Alam pada 7.30pg
PASTIKAN ANDA HADIR TEPAT PADA MASANYA!!
SILA BAWA PASPORT ANTARABANGSA Read More “OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR: PROGRAM SIRI KE II : 2- 3.3.2011” »»
PERSATUAN NON MUSLIM DI ST KLANG DIARAH BUBAR
KETETAPAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERHADAP KEBEBASAN PELAJAR PELBAGAI KAUM
Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor ingin memberi respon kepada laporan daripada akhbar mengenai tindakan mengarah persatuan non-Muslim di SEKOLAH TINGGI KLANG dibubarkan.
Kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR sentiasa mengambil berat tentang keperluan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum.Tidak boleh dinafikan kewujudan perbezaan keperluan hidup di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum, budaya dan agama. Menyedari hakikat ini, kerajaan pakatan rakyat Selangor mahu rakyatnya terbangun secara holistic termasuk pembangunan elemen spiritual. Inilah yang mahu diterapkan melalui model pembangunan modal insan Selangor,S.P.I.E.S.TM iaitu akronim kepada S-spiritual; P-‘physical’; I-intelek; E-emosi;S-sosial.
Justeru, pembangunan 4 elemen teras SPIESTM iaitu fizikal,intelek, emosi dan pembangunan kemahiran social MESTI dibangunkan di atas ASAS (foundation) yang kuat iaitu elemen spiritual. Kelima-lima elemen ini mesti dibangunkan secara serentak, seimbang dan sepadu(‘wholistic integrated approach’).
Ini strategi Kerajaan Selangor untuk melahirkan modal insan yang terbaik. Tafsiran mengenai metodolgi pembangunan elemen spiritual sudah tentu akan berbeza menurut kepercayaan atau agama masing-masing.Orang Islam akan membangun rohani menurut aqidah Islamiyyah. Orang bukan Islam akan membangun spiritual menurut ajaran agama masing-masing.
Pembangunan elemen I-intelek dalam SPIES#TM
Saya ingin menegaskan di sini kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR mendokong sepenuhnya perlembagaan MALAYSIA. Pertama, Kerajaan mendokong ISLAM sebagai agama rasmi MALAYSIA. Kedua, kerajaan Selangor juga mengiktiraf kebebasan beragama kepada semua rakyat dan ini adalah selaras dengan ajaran Islam.
Kerajaan yang menerima Islam sebagai sistem hidup yang lengkap perlu berlaku adil kepada keperluan rakyatnya yang beragama lain untuk memilih menyertai persatuan yang serasi dengannya.
Saya sangat musykil kenapa kerajaan yang melaung-laungkan slogan 1MALAYSIA dan menghabiskan sebegitu banyak wang ringgit rakyat untuk tujuan tersebut bertindak sangat bertentangan dengan falsafah 1Malaysia.
Dr Hjh Halimah Ali
Pengerusi Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Negeri SELANGOR
14/7/10
| ![]() |
![]() |
KONVENSYEN PENDIDIKAN PRASEKOLAH SELANGOR 2010
1.0 Mukadimah
Pengurusan tadika secara amnya, pengurusan kurikulum dan pengurusan kokurikulum serta jalinan perhubungan antara komuniti dengan tadika setempat menjadi semakin mencabar untuk diuruskan dari sehari ke sehari. Di Malaysia, kemajuan pendidikan prasekolah berkembang secara perlahan, sebaliknya pengendalian tadika dibiarkan berjalan atas inisiatif orang perseorangan, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) khususnya berasaskan agama dan dakwah serta parti-parti politik. Hanya semenjak satu dua darsawarsa ini sahajalah pihak pemerintah mula untuk menyelaraskan kemajuan tadika-tadika seluruh negara. Tugas ini bukannya mudah setelah wujud pelbagai lompang dan kekangan yang menghalang kemajuan sesebuah tadika. Dalam konteks Selangor Negeri Maju, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Rakyat membantu menjadikan Selangor sebagai ”Hub Ilmuan” yang efektif, cekap dan berkesan menerusi platform Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Tugas MPTS sebagai sekretariat yang ditubuhkan oleh Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bukan bertujuan untuk merekayasakan (reengineering) pengurusan tetapi mengadunkan keunikan sejarah penubuhan tadika ini khususnya di Selangor ini kepada suatu aset yang sangat bernilai dan berharga untuk dibangunkan. Selain itu, sekretariat ini akan bertindak untuk memastikan kemajuan prasekolah Selangor dapat dipacu sebaik-baiknya menerusi program-program yang disusun dalam kalendar pendidikan Selangor bagi memastikan anak-anak prasekolah, guru-guru, ibu bapa dan komuniti Selangor dapat dibela dan diberi tunjuk ajar untuk membangun modal insan mereka. Akhirnya nanti akan lahirlah warga Selangor warga yang memiliki modal insan yang terpuji, baik dan dikagumi oleh rakyat dan diredai oleh Tuhan.
2.0 Objektif
2.1 Meningkatkan kerjasama dan ukhwah dalam kalangan guru dan pengurus tadika Selangor dan keanggotaan mereka menerusi platform Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS).
2.2 Mendedahkan cabaran pengurusan dan pelan bertindak kemajuan tadika Selangor di awal dasawarsa milenium baru.
2.3 Memantapkan program pembangunan modal insan pengurus dan guru tadika Selangor menerusi model SPIES Kerajaan Negeri Selangor.
2.4 Meningkatkan keupayaan tadika Selangor sebagai sebahagian daripada entiti penyampaian maklumat (delivery system) Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa hubungan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat Selangor.
3.0 Tema Program
Tema Konvensyen Pendidikan Prasekolah Selangor kali pertama tahun 2010 ialah ”Kecemerlangan Pendidikan Pra-sekolah Selangor melalui modul SPIES”
Subtema: ”MPTS Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Pra-sekolah Selangor”
4.0 Tarikh Program
Tarikh pelaksanaan program ialah pada 30 Mei 2010 (Sabtu).
5.0 Tempat Program
Cadangan tempat pelaksanaan program ialah di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
6.0 Anjuran & Kawalan Program
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh jawaankuasa ad-hoc program di bawah pengawasan dan kawalan MPTS dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
7.0 Aturcara Program
(Rujuk Lampiran A)
8.0 Jawatankuasa Program
(Rujuk Lampiran B)
9.0 Penilaian Program
Keberkesanan program akan dinilai berdasarkan beberapa aspek;
9.1 Keberkesanan mesyuarat jawatankuasa adhoc program sekurang-kurangnya dua kali (2 kali) sebelum tarikh pelaksanaan program.
9.2 Maklum balas penyertaan daripada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Kampung (JKKK) biro pendidikan, anggota MPTS, organisasi dan Jabatan Kerajaan Negeri dan swasta, IPT dan IPTS serta orang perseorangan.
9.3 Kelancaran pengurusan setiap portfolio / urusetia yang dibentuk.
9.4 Sambutan penyertaan mencapai sasaran 975 peserta (75%) daripada 1300 peserta yang dijemput hadir.
9.5 Hebahan program sampai ke semua saluran yang ditetapkan.
9.6 Maklum balas borang soal selidik yang disediakan oleh penganjur.
10.0 Penutup
Program ini diharap menjadi titik permulaan untuk menjayakan misi dan visi MPTS iaitu menjadi ”Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Awal Negeri Selangor”. Selain itu program ini diharap dapat menjadi pemangkin untuk memajukan pendidikan prasekolah Selangor dengan langkah sederap dan fokus hala tuju yang sama oleh setiap tingkat pengurusan tadika Selangor. Dengan visi dan misi yang jelas, program pembangunan Insan dan program ilmuan negeri Selangor dapat direalisasikan.
Lampiran A (Jadual Atur Cara Program)
KONVENSYEN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
DEWAN JUBLI PERAK
30 MEI 2010
TENTATIF PROGRAM
8.00 – 8.30 am : Pendaftaran peserta, pembentang kertas kerja dan organisasi jemputan
8.30 – 10.00 am: Ucap Utama Wakil Kerajaan Negeri Selangor :
YB Dato Dr Hassan Ali (Exco Agama, Adat Istiadat Melayu dan Infrastrukur)
Tajuk: ”Mendidik Modal Insan Selangor menjadi Warga Penyayang dan Warga Berminda Kelas Pertama.”
Moderator: Dr Ruziah Ghazali
10.15 – 10.30 am: Minum pagi / persegaran (refreshment)
10.30 – 11.30 pm: Pembentangan & Diskusi Kertas Kerja Utama:
”SPIES Kids : Peranan Kombinasi Pengusaha Tadika dan Komuniti Setempat Menyediakan Keperluan Pendidikan Sempurna Anak-anak Prasekolah Negeri Selangor.”
Oleh: Prof Madya Dr Supyan Hussin (UKM)
Moderator: Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusuf (UKM)
11.35 – 12.35 pm: Pembentangan Kertas Kerja Kedua:
Tajuk : ”Pengalaman Makmal Pembangunan Kanak-kanak (Prasekolah) Universiti Putra Malaysia Menyediakan Keperluan Pembelajaran yang Asas dan Kaedah Pembelajaran yang Efektif.”
Oleh: Puan Nani Menon (Penyelaras Makmal Pembangunan Kanak-kanak Prasekolah, Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia, UPM)
Moderator:Prof. Madya Dr Habib Mat Som (Universiti Malaya)
12.45 – 1.45 pm: Makan Tengahari & Rehat / Solat Zohor
2.00 – 4.00 pm: Forum Pendidikan Prasekolah:
Tajuk: Sekilas Pandang Profil Kemajuan Pendidikan Prasekolah Malaysia: ” Cabaran-cabaran Semasa dan Mendatang serta Kesediaan Warga Tadika Selangor Melakukan Anjakan Paradigma.”
Pemforum 1: Prof. Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub
(Fakulti Pendidikan UKM)
Pemforum 2: En Azrin Abd Majid
(Ketua Pengarah PASTI Malaysia)
Pemforum 3: Puan Patricia Teh
( Mantan Setiausaha Tadika Malaysia / Pengusaha Tadika Rangkaian Peter & Jane)
Pengerusi Forum: Prof Madya Dr Halim Tamuri (UKM)
4.00 – 5.00 pm: Ucapan Perasmian;
1. Penaung Program: Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan)
2. Persembahan & Penyampaian Hadiah:
(i) Tayangan Montaj MPTS (Aktiviti Pendidikan Prasekolah Selangor – Organisasi Prasekolah Utama Selangor; Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Persatuan Tadika Islam Selangor, Tadika Agensi Kerajaan Selangor, Tadika Pertubuhan Agama dan Dakwah, Tadika Ladang dll...
(ii) Penyerahan dan Pelancaran logo MPTS
(iii) Penyampaian Hadiah Sambutan Hari Guru Selangor kepada Ketua-ketua Guru MPTS
(iv) Penyampaian Hadiah Panel Forum dan Perasmi.
5.00 : Bersurai.
Lampiran A (Jawatankuasa Program)
Penaung: Dr Halimah Ali (Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan)
Penasihat: Ustaz Hasbullah Bin Ridzwan
Pengarah: Sdr Roseman Bin Abdul Rahman
Timb. Pengarah: Pn Hjh Zaharah Bt Sirin
Setiausaha: Sdr Saiful Bahari Bin Khamis
Pen. Setiausaha: Pn Siti Rozita Bt Ramli
Bendahari: Sdr Rozi Bin Malik
Ahli Jawatankuasa:
Unit Protokol: 1. Pn Fauziah
Shamsul Hadi
Unit Logistik: 1. Tn Hj Jelani
Sdr Roslan
Unit Pendaftaran: 1. Pn Hjh Zaharah Bt Ahmad
Pn Maimoon Saidan Bt Ahmad
Unit Jamuan: 1. Sdr Mazlan Bin Saien
2. Pn Wan Munierah
Unit Pameran & Gerai: 1. Sdr Hafiz Bin Adzlan
Pn Junaidah
Unit Publisiti & Dokumentasi
& Persembahan Montaj: 1. Sdr Mohd Azman Bin Mahusin
Pn Rozita Bt Ramli
Unit Tajaan & Hadiah 1. Mohd Shah Mior Bin Kosin
Pn Anizah
Salimah Bt Saien
Unit Penyediaan Kertas Kerja: 1. Pn Khairiah Bt Mohammad
Pn Hjh Rahana
ADAKAH ANDA MENGIMPIKAN GENERASI IDAMAN SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor serius merancang mahu menjadikan Selangor negeri idaman, maju, selamat, sejahtera dan berkebajikan. Diantara teras pembangunan lestari negeri ialah memacu pembangunan modal insan. Perancangan rapi yang mengambilkira input daripada pelbagai pakar pembangunan insan yang mempunyai pengalaman dan ahli akademik serta pakar motivasi dan telah dibentang kepada wakil warga pendidik, pimpinan masyarakat, siswa, belia dan NGO serta akitivis masyarakat. Maka, lahirlah satu model pambangunan modal insan sebagai satu dasar kerajaan baharu negeri Selangor iaitu S.P.I.E.S tm.
Pembangunan insan secara menyeluruh dan sepadu ini digagaskan bagi melahirkan modal insan berkualiti sebagai agen yang akan menyokong dan mendokong pembangunan negeri Selangor hingga tercapai visi menjadi Selangor baldatun tayyibatun wa robbun ghafuur iaitu negeri yang baik dan diampuni serta dirahmati oleh Allah swt.
Namun, usaha pembangunan insan ini perlu diseimbangkan dengan program mitigasi insan liabiliti yakni meminimakan jumlah insan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negeri. Golongan yang dimaksudkan insan liabiliti ialah mereka yang terjebak dalam gejala sosial seperti penagihan dadah, penagihan arak, jenayah dan vandalisme.
Gejala social yang melanda masyarakat terutama yang melibatkan golongan remaja dan belia seperti buang bayi, sumbang mahram, video lucah,lumba haram dan sebagainya telah memporakperandakan institusi kekeluargaan dan mengancam keutuhan dan keharmonian masyarakat dan Negara. Fenomena ini dijangka akan bertambah teruk jika tiada tindakan yang drastik dan efektif dirangka dan dilaksanakan segera.
Kerajaan wajib melakukan dua perkara ini serentak bukan terasing atau terpisah-pisah seperti yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dahulu. Inilah yang dimaksudkan dengan pendekatan amar ma’ruf nahi mungkar atau mengajak kepada perkara kebajikan dan mencegah kemungkaran.
Justeru, untuk mempastikan keberkesanan ikhtiar menangani gejala sosial maka kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan mewujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial di peringkat negeri yang melibat pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan, JAIS, PDRM, AADK, semua Pegawai Daerah, semua Datuk Bandar/YDP PIHAK BERKUASA TEMPATAN,NGO, pimpinan masyarakat, pertubuhan wanita dan belia, PIBG, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, pimpinan tertinggi IPT negeri dan aktivis masyarakat.
Jawatankuasa ini akan di wujudkan di daerah-daerah yang melibatkan komposisi ahli AJK yang sama dan juga penghulu. Segala program yang dirancang bagi membendung penularan gejala sosial dan jenayah akan di jalankan adalah diberi nama Program GeMS(Generasi Idaman Selangor).
Kaedah pelaksanaan GeMS menggunakan pendekatan 5P iaitu Pembangunan, Pencegahan, Pencelahan, Penguatkuasaan dan Pemulihan ke atas golongan sasaran secara bersepadu dan bersifat jangka panjang.
Ingin saya tekankan di sini, pendekatan yang diperlukan ialah pendekatan holistik dan inklusif. Strategi yang memungkinkan kejayaan mengatasi gejala social ialah kolaborasi sinergistik di antara pelbagai jabatan dan agensi kerajaaan serta badan-badan NGO, pimpinan setempat masyarakat serta keluarga dan rakan taulan. Sudah tentu polisi kerajaan dan pelaksanaan program berimpak tinggi yang sentiasa dipantau dan diberi penambahbaikan. Kajian & Penyelidikan perlu di utamakan.
Adalah harapan saya semua penduduk di Selangor memainkan peranan proaktif bagi melahirkan generasi idaman Selangor yang bersifat positif, berakhlak mulia dan mara ke depan melahirkan budaya bantu membantu, prihatin dan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling dan kebajikan keluarga sekeliling.
SEMINAR IBU BAPA IDAMAN SELANGOR MODUL SPIES
Program telah berlangsung pada 30hb Disember 2009 bertempat di Lotus Hall Petaling Jaya Selangor.
BUDAYA ILMU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Hub Ilmu, Exco mahu semua pihak terlibat
SHAH ALAM, 10 Nov: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu penglibatan semua pihak dalam usaha menjadikan negeri itu Hub Ilmuwan Hub Pendidikan bukan sahaja kepada Malaysia tetapi bertaraf dunia pada satu masa nanti.
Bagi membincangkan matlamat tersebut secara terperinci, Exco Pendidikan, Dr. Halimah Ali telah merancang menjemput semua pihak termasuk NGO, pemimpin masyarakat, aktivis pendidikan, pertubuhan mahasiswa, PIBG, ADUN, Ahli Parlimen Selangor samaada daripada PR mahupun BN pada satu pertemuan 29 Disember ini.
Dalam satu kenyataan, Dr. Halimah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor berkata sedang berusaha memastikan Selangor gah bukan sahaja sebagai pusat tumpuan pendidikan malah sebagai tempat rujukan para ilmuwan di negara ini dan di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, penaiktarafan kualiti pendidikan dan sistem sokongan sedang diperkasakan.
Ianya bukan sahaja meliputi pendidikan peringkat pra sekolah, sekolah rendah, menengah sehingga universiti malah berusaha ke arah pendidikan sepanjang hayat.
Manakala sistem sokongan pula termasuk pembinaan infrastruktur dan penjenamaan semula perpustakaan dan premis pendidikan lain bagi mengoptimakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mencapai matlamat tersebut juga, Selangor ujarnya berusaha memperbanyakkan program bersifat perbincangan dan wacana ilmiah dengan melibatkan kembali pencinta ilmu yang sebelum ini 'dilumpuhkan' kerajaan sebelumnya.
"Program-program cambah fikiran, forum, dialog, seminar yang melibatkan semua 'stakeholders' yakni pimpinan masyarakat di setiap peringkat, golongan pendidik, penglibatan aktif cendiakawan-cendiakawan yang telah dilumpuhkan oleh kerajaan UMNO/BN selama ini; NGO2 dan aktivis masyarakat disedar dan digerakkan untuk menyambut seruan kerajaan untuk sama bangkit melahirkan budaya ilmu," kenyataanya dipetik.
Perancangan holistik melibatkan semua kaum ini katanya sebahagiannya telah dimulakan dan sedang dalam proses perlaksanaan secara bersepadu.
"Usaha meningkatkan kualiti pendidikan adalah meliputi pemantapan proses pengajaran dan pembelajaran yang holistik dan relevan samada secara formal mahupun tidak formal, meningkat literasi ICT di kalangan guru-guru sekolah kerajaaan negeri, program tuisyen rakyat percuma calon SPM 2009 daripada golongan berpendapatan kurang daripada RM1500; meningkatkan elaun guru-guru KAFA; program motivasi ibu bapa, pelajar, PROGRAM SPIES Pendidik; SPIES PIBG; Program Jejak Ilmuwan," ujarnya.
Hubungan dengan semua peringakat termasuk jaringan mahasiswa mula dibentuk seperti Majlis Permuafakatan PIBG, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor dan Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Selangor.
Dakwanya, kesemua mereka sebelum ini telah dinafikan hak untuk bekerjasama secara langsung oleh Kerajaan Malaysia UMNO/BN khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.
"Jawatankuasa Tetap Pendidikan/ Pendidikan Tinggi negeri telah menggunakan BLUE OCEAN Strategi bagi memintas sekatan-sekatan tidak demokratik dan terdesak kerajaan persekutuan yang diterajui UMNO/BN bagi membawa pelajar,guru, ibubapa, pakar pendidikan, sebagai rakyat yang telah memilih kerajaaan Pakatan Rakyat Selangor, boleh menikmati segala perancangan dan tawaran-tawaran yang telah disusunkan melalui Exco Pendidikan/Pendidikan Tinggi," tegasnya lagi.
Selangor sebelum ini sudah pun mewujudkan beberapa program bersifat kebajikan kepada rakyat seperti tuisyen rakyat , bengkel teknik menjawab soalan SPM(3500peserta) di Dewan Jubli Perak, solat hajat perdana Di Masjid Negeri(2000 peserta) dan SPIES.
Manakala kos pelaksanaan bagi menjayakan hasrat itu menelan belanja 91.2 juta ringgit (termasuk kos pembinaan perpustakaan awam baru bernilai RM70 juta) pada tahun ini berbanding 700 ribu tahun 2008.
Nazri Abdullah/harakahdaily
MODAL INSAN DUNIAWI UKHRAWI
Kualiti Hidup Boleh Dicapai Melalui Pembangunan Modal Insan SPIES
SHAH ALAM, 13 Okt - Pembangunan modal insan di Selangor, kini berteraskan konsep SPIES iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social yang diilhamkan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Usaha ini penting untuk melahirkan masyarakat Selangor yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara, sekaligus mewujudkan persekitaran hidup yang selesa dan selamat.
Program SPIES sudah diterapkan dipelbagai peringkat, termasuk institusi keluarga, sosial, pendidikan dan perkhidmatan di sektor awam, mahupun swasta.
Pada Dialog Bajet 2010 anjuran kerajaan negeri semalam, satu kertas kerja bertajuk “Kehidupan Masyarakat Berkualiti Melalui Pembangunan Modal Insan” turut dibentangkan oleh Pengurus Besar, Akademi Zakat Selangor, Dr Ruziah Ghazali.
Ketika membuat rumusan, Dr Halimah berkata, pendidikan dan pembangunan modal insan adalah tunjang kepada pencapaian kejayaan negeri Selangor.
“Kita mahu melahirkan insan-insan atau rakyat negeri Selangor yang mahu membina aset, mind set, attitude, yang mempunyai ilmu dan kemahiran, learned worker yang teachable, mahu melakukan, akan menjadi delivery system kepada dasar kerajaan, segala perancangan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor. Seluruh pembentang kertas kerja, seluruh Exco yang telah pun memberi ringkasan, rumusan dalam kertas kerja masing-masing telah secara langsung atau tidak langsung bahkan YAB Menteri Besar di dalam ucapan perasmiannya semalam pun menyebutkan bahawa pendidikan dan pembangunan modal insan adalah tunjang kepada pencapaian kejayaan di negeri Selangor ini”, kata Dr Halimah.
Beliau menegaskan, modul SPIES bukan hanya untuk peserta beragama Islam sahaja, bahkan pelaksanaannya adalah meluas dan holistic, merangkumi semua kaum.
Di samping itu, Dr Halimah turut mewujudkan majlis permaufakatan bagi menyelaras program modal insan yang berpotensi dengan mengembleng tenaga bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antaranya Majlis Permaufakatan PIBG, Majlis Permaufakatan Siswa Selangor, Majlis Permaufakatan Tadika Selangor dan Majlis Permaufakatan Pendidikan Islam Selangor.
Katanya, satu pengkalan data perlu diwujudkan untuk menyimpan maklumat terperinci setiap rakyat Selangor sebagai penanda aras dan mengenalpasti keberkesanan pembangunan modal insan yang holistic, melalui modul SPIES nanti.
“Kerajaan Negeri Selangor harus memfokus kepada usaha-usaha serius untuk mempertingkatkan kualiti hidup, mempertingkatkan lagi usaha-usaha untuk membangunkan rakyat di negeri Selangor ini, dan juga kita harus memikirkan bagaimana kita harus merancang dan kita harus menyokong dan mendokong mempertingkatkan kualiti rakyat di negeri Selangor ini. Jadi perancangan untuk memastikan segala pembangunan, segala struktur dan infrastruktur, pembangunan yang sebutkan tadi, mestilah diimbangi dengan pembangunan modal insan yang holistik mencakupi keupayaan mereka bersama dengan kita”, jelasnya lagi. -
MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/Selangorkini
GANJARAN WANG TUNAI MENCIPTA LAGU TEMA S.P.I.E.S
RM13,000 hadiah menanti pencipta lagu tema SPIES
Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Pertandingan ini meliputi kategori lagu terbaik dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000; lirik terbaik, RM5,000; vokal terbaik, RM2,000; persembahan terbaik, RM1,000 dan disertakan dengan sebuah piala iringan.
Pertandingan ini akan bermula iaitu tarikh hantar lagu pada 24 Julai ini dan pertandingan akan diadakan pada 16 Ogos 2009.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik.
"Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.
"Menyebarluaskan kempen program ini dan elemen-elemen SPIES dapat dihayati serta menjadikan ia dekat dihati rakyat negeri ini.
"Selain itu, penggunaan muzik sebagai salah satu kaedah dalam penyampaian inti pati program mampu menarik minat orang ramai. Oleh itu, kepada mereka yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah menghubungi pihak sektretariat pertandingan," ujarnya.
Sekretariat Pertandingan Mencipta Lagu Tema SPIES, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, 23 Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Center, 40100, Shah Alam atau hubungi di talian 0355121352 fax 0355131351, event@nasyeed.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
mns/Muhammad Arif Ismail/HARAKAHDAILY_
PORTAL PROGRAM MODAL INSAN S.P.I.E.S DILANCARKAN
Selangor Lancar Portal S.P.I.E.S.
Kerajaan Negeri Selangor tidak ketinggalan dalam usaha memanfaatkan setiap perkembangan dan kegunaan teknologi bagi melancarkan serta menyebarluaskan maklumat kepada orang awam khususnya rakyat di negeri yang maju ini.
Antara perkembangan mutakhir teknologi internet dan web, termasuklah penggunaan konsep portal dan laman web yang lebih dinamik dan interaktif.
Tambahan pula, ketika ini semakin banyak aplikasi dan modul-modul laman web yang sofistikated dan serasi dengan letusan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malah konsep ICT itu sendiri kini semakin bersilih ganti dengan konsep Sains Teknologi dan Inovasi atau “STI”, bergantung pada peranan dan keperluan.
“Laman web S.P.I.E.S. merupakan antara contoh yang terbaik, yang dibangunkan berasaskan konsep portal dan laman web terkini yang lebih dinamik, interaktif, mesra pengguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih efisien, bersesuaian dengan kehendak semasa”, kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika majlis pelancaran laman web SPIES Negeri Selangor di Bilik Gerakan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini petang tadi.
Dalam pada itu, “S.P.I.E.S” merupakan singkatan bagi konsep-konsep Spritual, Physical, Intellectual, Emotional, dan Social (Kerohanian, Jasmani, Cendekiawan, Emosi dan Kemasyarakatan atau Sosial) yang juga diinspirasikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Hjh Dr. Halimah Ali.
Abdul Khalid berharap agar laman web S.P.I.E.S ini dapat berperanan sebagai pusat sehenti atau “One Stop Centre” terhadap pelbagai maklumat dan kandungan berkaitan dengan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai dengan mudah.
Antara maklumat umum berkaitan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai sekarang termasuklah berita-berita serta progam-program terkini yang berjaya dilaksanakan menerusi Standco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Laman web ini dilengkapi galeri gambar, multimedia, video-video menarik serta forum yang membolehkan masyarakat umum berinteraksi atau memberi maklum balas, berkongsi idea dan pendapat.
Di samping itu, dengan pelancaran laman web ini, secara tidak langsung dapatlah Sekretariat Program S.P.I.E.S. menampilkan dan menyebarluaskan pelbagai aktiviti yang berhubung kait dengan pembangunan modal insan.
Dan perkara yang lebih penting lagi ia membolehkan penyaluran maklumat dan penyertaan interaktif kepada pihak awam, khususnya rakyat negeri Selangor.
Justeru, diharapkan laman web S.P.I.E.S ini dapat memberikan pelbagai maklumat kepada masyarakat umum tentang tanggungjawab dan rancangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor dalam usaha melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik dan bersepadu melalui pelbagai program yang sedang dilaksanakan serta yang bakal direncanakan.
Golongan belia muda boleh mengikuti dan mendapatkan perkembangan semasa aktiviti dan program yang sudah diaturkan Kerajaan Negeri Selangor dengan melayari laman webnya di alamat spies.selangor.gov.my
MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/selangorkini online