SHAH ALAM, 18 Dis - Pemimpin politik bagi sesebuah negara perlu mengamalkan dan mempraktikkan ilmu sains dan teknologi dalam mengatur halatuju dan matlamat negara supaya dapat dicontohi rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, segala usaha yang ingin dilakukan haruslah dimulakan dengan pempimpin itu sendiri yang turut mempraktikkan segala ilmu untuk manfaat semua.
“Bukan sahaja mereka ini mencapai satu pencapaian cemerlang sehingga boleh melahirkan saintis yang dianggap ‘expert’ atau pakar di dunia tetapi mereka harus membawa satu gelombang di kalangan rakyat masing2 termasuk juga pemimpin politik negara mereka,” beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan penutupan hari terakhir Persidangan Akademik Sains Islam Dunia ke 17 di Hotel Concorde, di sini, semalam.
Halimah berkata, hanya 4 peratus daripada penemuan sains yang dimanfaatkan dan menghasilkan produk kerana kebanyakan penemuan tersebut sukar difahami masyarakat dan usahawan.
Menurutnya, kerajaan harus berusaha supaya setiap penemuan ini dapat diintegrasikan supaya boleh digunapakai membangunkan negara sekali gus memberi kebaikan kepada semua rakyat.
“Bagaimana ilmu sains dan teknologi ini apabila menjadi satu ilmu, satu penemuan baru, boleh dimanfaatkan. Apa yang kita dengar hanya 4% drpd penemuan baru drpd penyelidikan yang sukar oleh saintis yang mengambil masa lama dan menelan belanja tinggi dijadikan produk baru dan memanfaatkan masyarakat dan Negara kerana seakan ada pemisah di antara saintis dengan usahawan,” katanya.
Halimah berkata, bagi mewujudkan sebuah Negara Islam yang maju, satu bajet atau peruntukan yang mencukupi perlu disediakan untuk tujuan kajian dan penyelidikan (R&D) dalam bidang sains dan teknologi kerana dapat membawa kepada pembangunan negara.
Katanya, ilmu harus diintegrasikan dalam kehidupan seharian supaya penemuan sains dan teknologi ini dapat digunakan sepenuhnya menghasilkan produk baru untuk kebaikan semua.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi kefahaman kepada masyarkat tentang penemuan sains dan teknologi ini agar dapat menghubungkan peranan ahli sains dengan usahawan supaya penemuan sains itu tidak ditinggalkan begitu sahaja.
Sementara itu, Halimah berkata, persidangan kali ini turut dihadiri 34 negara yang mengambil bahagian termasuk Gambia, Uzbekistan dan Russia.
Halimah berpendapat, untuk mencapai matlamat tersebut, permasalahan asas seperti masalah literasi harus diatasi terlebih dahulu.
FANSURINA ABDULLAH/SELANGORKINI
PEMIMPIN POLITIK NEGARA HARUS TERLIBAT DENGAN PERKEMBANGAN ILMU
PENGUMUMAN FORUM DAN WACANA DI SHAH ALAM 21 DIS- 23DIS 09
PERSIDANGAN AKADEMI ISLAM UNTUK SAINS DI SHAH ALAM

Selangor Tuan Rumah Persidangan Antarabangsa Sains IAS 2009
SHAH ALAM, 20 November - Selangor julung kalinya tahun ini akan menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains IAS 2009 kali ke-17 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 14 hingga 17 Disember depan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, acara berprestij ini adalah sebagai peluang kepada peserta untuk membina hubungan baik dengan Negara luar yang berpengalaman luas dalam bidang Sains sekaligus menimba pengalaman.
“Ini memberikan satu peluang kepada mereka untuk membina jaringan, networking dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman daripada saintis-saintis yang berpengalaman dan berkecimpung dalam bidang sains masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada TvSelangor selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kebangsaan Penganjur di bangunan SUK, Shah Alam, hari ini.
Menurut Halimah, program ini juga akan mengketengahkan peranan wanita dalam sains untuk membuka mata dunia luar bahawa wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan menerusi ilmu sains.
Acara bertaraf antarabangsa ini adalah anjuran bersama World Academy Of Science (IAS), International Islamic Academy For Life Sciences and Biotechnology (IIALSB) dan Universiti Industri Selangor (Unisel).
Tambah Dr Halimah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan turut serta mempengerusikan sesi khas untuk berkongsi pengalaman menghubungkaitkan ilmu sains dengan perniagaan dan memperlihatkan sains sebagai salah satu jaringan untuk pengembangan pembangunan.
“Kita mengharapkan dengan program ini nanti memang temanay tadi untuk membudayakan masyarakat umat islam benar-benar akan dibawa kepada Negara masing-masing kerana kita melibatkan pelbagai Negara OIC,” katanya.
Bertemakan “Towards Knowledge Society In The Islamic World”, konferen ini akan diadakan di Hotel Concorde Shah Alam dengan kehadiran Negara-negara OIC antaranya Pakistan, Arab Saudi, Turki, Indonesia, dan juga jemputan dari Negara barat seperti Amerika Syarikat dan Perancis.
ATIQAH YAACOB/Selangorkini
BERKAITAN: ANNOUNCEMENT: CONFERENCE TOWARDS KNOWLEDGE SOCIETY IN ISLAMIC WORLD
Aktiviti Exco Pendidikan dari 23/08/08 - 28/08/08: Mewakili Selangor (Unisel) di Persidangan Akademi Sains Dunia Islam di Kazan, Tartarstan Russia
Seperti yang anda sedia maklum, di antara projek Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor ialah projek jejak ILMUAN dan hasrat untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah hab pendidikan di Malaysia. Untuk mempromosikan Selangor di peringkat antarabangsa agar para ILMUAN DUNIA dapat menerima jemputan dari Kerajaan Selangor selaku tuan rumah persidangan ILMUAN yang bakal dianjurkan pada 2009, Kerajaan Sealangor telah mengamanahkan saya serta Prof Abd Latif Ibrahim dari Unisel untuk menghadhiri persidangan di atas.


Abstrak kertas yang disampaikan oleh Prof Latif di persidangan di atas berjudul "Selangor As An Islamic Centre Of Indigenous And Scientific Biological Knowledge for Sustainable Development"


Menyerahkan cenderahati dari Kerajaan Selangor kepada Menteri Pendidikan dan Sains Republic Of Tartarstan, Mr Nail M. Valeev di pejabat beliau














