Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label KUIS. Show all posts
Showing posts with label KUIS. Show all posts

PENGUMUMAN FORUM DAN WACANA DI SHAH ALAM 21 DIS- 23DIS 09

Read More “PENGUMUMAN FORUM DAN WACANA DI SHAH ALAM 21 DIS- 23DIS 09”  »»

PROFESOR WAHBAH AL-ZUHAILI DI SHAH ALAM




Read More “PROFESOR WAHBAH AL-ZUHAILI DI SHAH ALAM”  »»

KUIS MARA KE HADAPAN

KUIS Tandatangani MoU Bagi Program PhD Dan Membuka Pusat Kecemerlangan


Oleh Mohd Azhar Ibrahim dan Nabilah Saleh

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) baru-baru ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Markfield Institute of Higher Education (MIHE) di United Kingdom, yang akan membolehkan anggota fakulti KUIS meneruskan pengajian di peringkat ijazah doktor kehormat tanpa perlu mengambil cuti panjang daripada tugas akademik mereka.

Di bawah MoU itu, yang ditandatangani oleh Rektor dan CEO KUIS Datuk Mohd Adanan Isman dan Rektor MIHE, Profesor Dr Manazir Ahsan, para pensyarah KUIS yang mahu meneruskan penyelidikan mereka bagi ijazah doktor kehormat hanya perlu mengikuti enam bulan terakhir program PhD di kampus MIHE di Markfield, Leicestershire, England.

"Program penyelidikan ijazah doktor kehormat ini yang terbahagi kepada dua, dan akan bermula pada September, membolehkan kakitangan fakulti, akses kepada penyeliaan akademik dan kemudahan di MIHE dalam pelbagai subjek, terutama bidang pengajian Islam," kata Mohd Adanan.

Dalam ucapan beliau, pengarah KUIS Profesor Dr Sidek Baba menarik perhatian bahawa Islam menggalakkan perbincangan akademik antara pelbagai tamadun dan budaya.

"Pengajian Islam tidak boleh dilaksanakan dengan memencilkannya daripada masyarakat yang lebih besar," kata Dr Sidek.

Menurut Dr Sidek, kemajuan sering kali terhasil daripada idea-idea berlainan daripada yang lazim diterima. Kemunculan idea-idea baru dan yang membawa kemajuan bermakna kita perlu meninggalkan zon selesa kita dan meneroka apa yang tidak diketahui.

"Adalah sangat penting bagi institusi-institusi Islam untuk menjalin kerjasama dengan Barat. Selaras dengan itu, MoU harus dilihat sebagai permulaan visi dan wawasan kolej ini ke arah membangunkan kerjasama dengan Barat," kata Dr Sidek.



MENGHUBUNGKAN UMAT ISLAM DENGAN YANG LAIN

Dr Manazir berpendapat bahawa institusi pengajian tinggi Islam mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi, dalam cara mereka tersendiri, iaitu bagi keperluan masyarakat yang lebih besar di mana mereka berada.

"Jika anda benar-benar mahu menyaksikan perubahan, anda perlu mendekatkan diri dengan mereka yang berlainan dari anda," kata Dr Manazir kepada Bernama selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Markfield Institute of Higher Education, yang memiliki satu-satunya perpustakaan Islam di Eropah, dikendalikan oleh Yayasan Islam UK yang berfungsi sebagai sebuah pusat utama yang menggalakkan dialog antara agama antara warga Islam Britain dan rakyat bukan Islam.

MIHE berpotensi untuk muncul sebagai antara pusat terkemuka di Eropah bagi pengajian ijazah lanjutan mengenai Islam dan dunia Islam.

Dengan bekerjasama dengan University of Loughborough dan University of Portsmouth di United Kingdom, ini merupakan institut akademi Islam pertama yang mahu membina hubungan antara umat Islam dengan yang lain dengan menggalakkan persefahaman lebih baik mengenai Islam di Barat menerusi dialog-dialog proaktif antara agama dan budaya berlainan.

"Selepas insiden 11 Sept (2001), wujud persepsi negatif terhadap komuniti Islam di Barat. Kita perlu memastikan perspektif yang betul dengan melibatlan diri dalam dialog-dialog proaktif supaya mereka di Barat faham yang budaya kita bukanlah budaya konflik dan keganasan," kata Dr. Manazir.

"Krisis kewangan global semasa membawa peluang terbaik bagi umat Islam menunjukkan bagaimana sistem kewangan dan perbankan seperti yang diamalkan Islam adalah lebih adil dan saksama kepada masyarakat. Tetapi kita perlu melakukan ini dengan menggunakan istilah-istilah moden yang setara dengan istilah Arab, yang Barat mungkin mendapati mengelirukan," kata Dr Manazir.

"Sudahpun, mula wujud kesedaran dalam kalangan pihak tertentu di Barat bahawa, penyelesaian kepada krisis kewangan semasa yang dihadapi dunia ialah berdasarkan konsep perkongsian keuntungan dan risiko yang termasuk di dalam perbankan dan kewangan Islam," jelas beliau.



STATUS UNIVERSITI PENUH

KUIS, yang ditubuhkan sebagai sebuah kolej swasta pada 1995, merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Di kampus seluas 42.1-ha di Bandar Seri Putra dekat sini, lebih kurang 5,000 penuntut termasuk 180 penuntut antarabangsa dari negara-negara Asean dan juga dari Afrika dan China, sedang mengikuti 42 disiplin akademik daripada pengajian peringkat asas hinggalah program ijazah sarjana.

Dalam meneruskan dengan wawasannya untuk muncul sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi yang disegani di peringkat antarabangsa, KUIS juga mengadakan program bersama dengan universiti di Ireland, London, United Kingdom, Mesir dan Australia.

Menurut Mohd Adanan, KUIS sedang menuju ke arah menjadi sebuah universiti penuh pada akhir 2010.



KUIS LANCAR PUSAT KECEMERLANGAN

Sementara itu, KUIS hari ini melancarkan Pusat Kecemerlangannya (CoE).

Pengarah CoE KUIS Shaya'a Othman ketika ditemui Bernama berkata fungsi CoE ialah sebagai pemangkin pusat kecemerlangan ilmu KUIS dalam aspek pembangunan organisasi dan insani.

Shaya'a menjelaskan bahawa antara program yang bakal dilaksanakan CoE ialah memberi khidmat pakar runding dan latihan kepada organisasi luar - tempatan dan luar negara.

Ini sejajar dengan kelebihan KUIS yang menyediakan pelbagai kursus pengajian dalam bidang seperti perniagaan, teknologi maklumat, perundangan, kewangan, komunikasi dan pengajian Islam.

Disebabkan itu KUIS memperkenal agenda KUIS BEST - pelajar terbaik, pensyarah terbaik, kemudahan terbaik dan petugas terbaik.

"Sehubungan itu, CoE akan berusaha mempersiap KUIS ke arah itu dan agenda KUIS BEST merupakan antara sasaran awal yang akan dilaksanakan," katanya.

Bagi memastikan CoE ini efektif, sebelum penubuhannya unit kajian PPP mengadakan lawatan ke negara-negara seperti Indonesia, Kazakhstan dan Turki untuk mempromosi KUIS.

Katanya antara universiti yang bersetuju menandatangani MoU dengan KUIS ialah Universitas Gadjah Madha, Universitas Andalas, Universitas Sharif Hiyatullah dan Universitas Yafsir.

CoE yakin dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menambah baik kualiti pendidikan di KUIS dengan adanya objektif yang jelas untuk mengubah dan membangun organisasi muslim dalam aspek sistem pengurusan, penyelidikan dan pembangunan.

"Pada masa akan datang, saya berharap KUIS tidak lagi hanya melahirkan graduan yang memenuhi pasaran pekerjaan tetapi sebaliknya melahirkan graduan yang mampu mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan," kata Shaya'a penuh optimis.

BERNAMA

Read More “KUIS MARA KE HADAPAN”  »»

KOS PENGAJIAN DI KUIS BANGI BERPATUTAN

Bayaran murah yang dikenakan untuk satu-satu produk atau perkhidmatan bukan bermakna produk atau perkhidmatan berkenaan berkualiti rendah.Hanya puak kapitalis sahaja yang mahu mengaut untung berlipat kali ganda secepat mungkin tanpa mengambil kira faktor-faktor lain kecuali kepentingan para pelabur.

Berteraskan konsep merakyatkan ekonomi Selangor serta negeri berkebajikan, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) masih menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma pada kadar bayaran yang berpatutan.

Kemudahan prasarana dan pembelajaran tidak diabaikan. Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber serta semakan status pelajar secara dalam portal.



Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah

Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.


Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.

Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.

"Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.

Manakala, Diploma Sains Komputer,

di

Kuis yuran RM12,325;

Kolej Risda Melaka, RM18,792;

Kolej Infometik, RM27,200;

Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.

"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya.

Muhammad Arif Ismail/ mns / HARAKAHDAILY

Read More “KOS PENGAJIAN DI KUIS BANGI BERPATUTAN”  »»

BEDAH AKADEMIK PPSMI TANPA ROBOCOP

Pakar bidang bahasa, perundangan, matematik dan peradaban Melayu akan melakukan pembedahan akademik terhadap PPSSMI Sabtu ini 14hb Mac 2009 bertempat di Dewan Teater
KUIS Bangi. Kehadiran anda sangat dialu-alukan. InsyaALlah anda tidak akan dikejar atau dihujani dengan air kimia atau gas pemedih mata oleh Robocop. Kedatangan anda dinanti.

Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac 2009.

Rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke seminar PPSMI yang akan dibentangkan lima tokoh terkemuka di Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada hari Sabtu 14 Mac 2009 . Pakar akan membentangkang kertas kerja mereka dalam seminar yang sehari yang akan bermula jam 8.00 pagi itu.


Dato' Dr Hassan Ahmad,

Profesor Dr Abdul Aziz Bari,

Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan,

Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain

Profesor Dr Mat Rofa Ismail



Seminar dijangka lebih menarik apabila perjuangan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak dan ketuanan bahasa sendiri, dinafikan oleh Umno yang melabelkan penentangan mereka sebagai didalangi elemen politik.

Rakyat yang mahu mengetahui kebenaran yang lebih mendalam mengenai impak PPSMI terhadap bangsa Melayu dijemput hadir beramai-ramai.


Bagi yang berminat, sila hubungi urusetia program seperti berikut:


Hazwani 0133684906 | rsbgurl@yahoo. com
Razali Bidin 0196442868 | arieff_86@yahoo. com.my
Hakim 0132829225 | hakimin_abdullah@ yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 | azli_000@yahoo. com

Penganjur juga menetapkan yuran penyertaan bagi orang awam iaitu RM30 seorang, manakala pelajar ditetapkan RM15 seorang.

Harakahdaily

Read More “BEDAH AKADEMIK PPSMI TANPA ROBOCOP”  »»

PENDIDIKAN BERSEPADU TERAS KEJAYAAN

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang dahulunya dikenali sebagai KISDAR atau Kolej Islam Darul Ehsan telah membuktikan kejayaannya memartabatkan pendidikan tinggi berteraskan ilmu Islam yang syumul dan bersepadu. Dato' Rektor KUIS menjelaskan enam program pembangunan kemahiran insaniah pelajar turut dijalankan bagi memastikan mereka bersedia memasuki pasaran pekerjaan iaitu sistem tarbiyah pelajar, usrah, program masjid, latihan industri, program SPIES dan Formula 7K.


Modal insan holistik



Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my

LEBIH 4,000 graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang berada di pasaran pekerjaan kini bukan saja berkhidmat dalam institusi keagamaan, malah turut menyumbang kepakaran dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, sukan, pelancongan dan teknologi maklumat (IT).

Rektor dan Ketua Eksekutif Kuis, Datuk Mohd Adanan Isman, berkata kejayaan graduan Kuis menempatkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya, sekali gus menangkis tanggapan sesetengah pihak yang menyifatkan pasaran pekerjaan berkaitan kursus Pengajian Islam amat tipis dan mendakwa graduan bidang itu tidak laku.

Katanya, kunci utama kejayaan Kuis melahirkan modal insan holistik adalah komitmennya memartabatkan pendidikan tinggi berteraskan ilmu Islam menerusi program pengajian kendalian sendiri yang mana kurikulumnya dibangunkan kakitangan akademik institusi itu.

Sebanyak 44 program pengajian peringkat asasi, diploma, sarjana muda dan sarjana kini ditawarkannya menerusi tujuh fakulti iaitu Pendidikan, Akademi Islam, Teknologi Maklumat dan Sains Informasi, Pengurusan dan Muamalah, Sains Kesihatan Bersekutu, Bahasa Moden dan Komunikasi serta Pusat Pengajian Siswazah.

Beliau menjelaskan, enam program pembangunan kemahiran insaniah pelajar turut dijalankan bagi memastikan mereka bersedia memasuki pasaran pekerjaan iaitu sistem tarbiyah pelajar, usrah, program masjid, latihan industri, program SPIES dan Formula 7K.

“Selain bidang pengkhususan utama seperti IT, pelajar perlu lulus program wajib universiti iaitu Syariah, Usuluddin, Akhlak dan subjek elektif iaitu bahasa Arab atau Mandarin bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan agama kukuh.

Bagi pengkhususan Pengajian Islam pula mereka perlu mengambil subjek wajib seperti Pengurusan dan IT sebagai kemahiran tambahan kepada ilmu agama dimiliki.

“Enam program tambahan yang bertujuan membangunkan modal insan pelajar secara menyeluruh turut dilaksanakan bagi menghasilkan graduan berkualiti.

“Justeru, tidak hairan graduan Kuis menyandang jawatan tinggi di pelbagai sektor termasuk Pegawai Syariah Polis Diraja Malaysia, Eksekutif Majlis Sukan Negara, Pegawai Pelancongan dan Ketua Eksekutif syarikat IT, malah graduan Sains Kesihatan Bersekutu menjadi rebutan hospital di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di kampus Kuis, Bandar Seri Putra, Bangi, baru-baru ini.

Mohd Adanan berkata, bagi memastikan kurikulum pengajian bersepadu yang dibangunkan menepati keperluan semasa industri serta mampu membekalkan pengetahuan sewajarnya kepada pelajar, panel akademik yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu turut dianggotai ahli yang berpengalaman bekerja dalam industri.

Katanya, selain mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia, program pengajian Kuis diiktiraf universiti luar negara termasuk United Kingdom, Australia dan negara Timur Tengah, sekali gus membolehkan pemindahan kredit jika pelajar ingin melanjutkan pengajian ke universiti terbabit.

Kuis turut menjalin kerjasama dengan universiti luar negara dan pemindahan kredit antara perkara dipersetujui dalam memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani membuktikan pengiktirafan universiti terbabit terhadap program pengajian berkualiti yang kami tawarkan.

“Program pengajian terbabit termasuk IT, Pengurusan, Perniagaan dan Kewangan serta Pengajian Islam membabitkan universiti ternama seperti Universiti Dublin, Lancashire dan Leeds Metropolitan (United Kingdom), Universiti Monash, Australia dan Universiti Cairo, Mesir,” katanya.

Sementara itu, katanya, program SPIES adalah yang terbaru dalam usaha Kuis membangunkan kemahiran insaniah pelajar dengan penekanan dalam lima aspek iaitu spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial.

“Buat permulaan seramai 150 ketua kumpulan pelajar akan menjalani program SPIES pada pertengahan bulan ini mengikut modul yang dibangunkan bersama Bahagian Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Program lain, katanya, turut dijalankan secara berterusan merentas kurikulum terutama Formula 7K yang menekankan pembangunan tujuh kemahiran insaniah iaitu komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional serta kepimpinan.

Read More “PENDIDIKAN BERSEPADU TERAS KEJAYAAN”  »»

Aktiviti Exco Modal Insan pada 22/09/08: Perbincangan bersama Rektor KUIS

Satu sesi perbincangan antara Exco dan Pembantu Exco Modal Insan bersama Rektor KUIS telah diadakan di KUIS Bangi.

Read More “Aktiviti Exco Modal Insan pada 22/09/08: Perbincangan bersama Rektor KUIS”  »»

Aktiviti YAB MB Selangor serta Exco Pendidikan pada 20/07/08: Istiadat Konvokesyen Ke 11 KUIS

Bertempat di Pusat Konvensyen KUIS, berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 20hb JULAI 2008 bersamaan 17 rejab 1429. Seramai 857 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian mereka dari kesemuanya 4 fakulti dan satu akademi. Sebanyak 17 jenis diploma dan dua ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan E-dagang dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (multimedia).


Ahli keluarga para graduan
Foto kenangan sempena Istiadat Konvokesyen, dari kiri Dr Halimah, Datuk Paduka Zauyah (Penasihat Undang-undang), YAB Dato' MB Selangor, YAD Dato' Setia Hj Mohamad Azib (Pengerusi MAIS), Prof Dr Sidek Baba (Ahli Lembaga Pengarah KUIS/UIAM) dan Dato' Hj Mohd Adanan (Rektor/CEO KUIS).

Read More “Aktiviti YAB MB Selangor serta Exco Pendidikan pada 20/07/08: Istiadat Konvokesyen Ke 11 KUIS”  »»

PAMERAN PENDIDIKAN & KERJAYA DI PROGRAM HIMPUNAN 1000 GENERASI MUDA SELAT KLANG

Bersempena dengan Program Himpunan 1000 Generasi Muda Selat Klang( N 45) Selangor yang berlangsung pada 29hb Jun lalu, pelbagai Agensi Kerajaan, Universiti, NGO dan pihak swasta telah mengadakan pameran kerjaya dan pendidikan.



Kelihatan Doktor Vetrinar di perkarangan Dewan di mana Pameran Kerjaya dan Pendidikan telah diadakan.

Khemah Program Jejak Ilmuan Selangor
Khemah PEMADAM, PENGASIH dan Sekretariat Pemuda Selat Klang

Seorang Muslimat kelihatan tidak melepaskan peluang membawa anak kecil untuk melawat tapak pameran.
Khemah Jabatan Kesihatan Selangor

Khemah Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor(KUIS).
Jabatan Bomba dan Penyelamat juga tidak ketinggalan
Khemah Jabatan Tenaga Kerja
Khemah Universiti Industri Selangor(Unisel)

Yayasan Amal Malaysia (AMAL)
Khemah NISA' Selangor
Syarikat swasta termasuk CIMB Wealth Builder.

Read More “PAMERAN PENDIDIKAN & KERJAYA DI PROGRAM HIMPUNAN 1000 GENERASI MUDA SELAT KLANG”  »»

WACANA "BANGI BANDAR ILMU": TIGA KERTAS DIBENTANGKAN

Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari kertas ucaputama oleh Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi Selangor, peneraju konsep Bangi Bandar Ilmu yang telah disampaikan pada wacana 22hb Jun 2008 sempena Pelancaran Bangi Bandar Ilmu bertempat di KUIS Bangi Selangor DE.


Di bawah ikuti kertas perbincangan Prof Chamhuri Siwar dari LESTARI UKM pada wacana sempena majlis Pelancaran Bangi Bandar Ilmu
Di bawah merupakan kertas yang telah dibentangkan oleh Prof Dr Shaharir Md Zin Pakar Matematik UKM pada majlis wacana sempena Pelancaran Bangi Bandar Ilmu pada 22hb Jun 2008.

Read More “WACANA "BANGI BANDAR ILMU": TIGA KERTAS DIBENTANGKAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com