

Harakahdaily
SHAH ALAM, 1 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan bersama-sama dengan Wisma Putra bagi menguruskan kepulangan para pelajar Malaysia di Mesir ekoran keadaan negara itu yang tidak stabil sekarang.
Exco Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali berkata, beliau telah bertemu dengan pegawai Wisma Putra pagi ini bagi membincangkan soal itu dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar negeri itu di sana.
Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat segera dengan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dan Pengarah Jais hari ini juga bagi merangka pelan tindakan untuk membawa mereka keluar segera.
Ini kerana, kebanyakan pelajar Selangor di Mesir adalah pelajar jurusan agama dan mendapat pinjaman atau bantuan dari Pusat Zakat Selangor.
"Diharap semua para ibu bapa bertenang dan banyakkan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan," kata Halimah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, PAS dan PKR telah mendesak kerajaan supaya membawa keluar semua pelajar Malaysia di sana kerana keadaan sudah tidak terkawal lagi.
Showing posts with label LZS. Show all posts
Showing posts with label LZS. Show all posts
SELANGOR BERUSAHA BAWA PELAJAR MESIR PULANG
Aktiviti ADUN Selat Klang pada 10/08/08: Menghadhiri Taklimat LZS di Pejabat ADUN Sg Bertih
Lembaga Zakat Selangor telah bermurah hati dan melapangkan masa pada pagi Ahad 10hb ogos untuk memberi taklimat kepada petugas DUN Selat Klang.
Kelihatan dari kiri Ust Farid, Tn Hj Mustapha dan En Abd Razak, di baris belakang dari kiri En Hussin Latif, Hj Tumeran dan Sdr Azhar.
Labels:
DUN Selat Klang,
LZS
Subscribe to:
Posts (Atom)


