Pray For MH370

Pray For MH370

SELANGOR BERUSAHA BAWA PELAJAR MESIR PULANG





Harakahdaily

SHAH ALAM, 1 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan bersama-sama dengan Wisma Putra bagi menguruskan kepulangan para pelajar Malaysia di Mesir ekoran keadaan negara itu yang tidak stabil sekarang.

Exco Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali berkata, beliau telah bertemu dengan pegawai Wisma Putra pagi ini bagi membincangkan soal itu dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar negeri itu di sana.

Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat segera dengan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dan Pengarah Jais hari ini juga bagi merangka pelan tindakan untuk membawa mereka keluar segera.

Ini kerana, kebanyakan pelajar Selangor di Mesir adalah pelajar jurusan agama dan mendapat pinjaman atau bantuan dari Pusat Zakat Selangor.

"Diharap semua para ibu bapa bertenang dan banyakkan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan," kata Halimah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, PAS dan PKR telah mendesak kerajaan supaya membawa keluar semua pelajar Malaysia di sana kerana keadaan sudah tidak terkawal lagi.


Ini ekoran dari tindakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk diri sendiri dengan cara merompak dan mengganggu pelajar Malaysia di sana selepas polis tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.

Comments :

3 comments to “SELANGOR BERUSAHA BAWA PELAJAR MESIR PULANG”
Khairi said...
on 

Salam YB Dr Halimah,

Terimakasih diatas usaha tersebut. Yang penting keselamatan & kesejahteraan anak-anak kita yang patut diberi perhatian, dengan penjara yang telah roboh, orang awam mudah terdedah kepada penjahat yang mengambil kesempatan dari apa yang sedang berlaku.

Tambah pula, dengar khabar banyak bank yang telah ditutup operasinya, harga barangan yang bakal naik, ini semua akan menyulitkan keadaan pelajar kita yang telah pun berdepan dengan kesusahan yang sedang berlaku.

Semuga YB dan kepimpinan membuat keputusan yang tepat dan cepat. Terimakasih.

kiasu said...
on 

Salam Dr. saya berharap mempercepetkan perpindahan pelajar mesir kerana berita dari pelajar yang pulang mengatakan dalan tempoh 24 jam bekalan air akan terputus dan kegagalan mengawal keadaan akan meyebabkan perang saudara akan meletus dalam tempoh 36 jam semoga kerajaan selagor bertindak menyelamatkan para ilmuan kita. semoga allah memberi kemudah kepada kerajaan selangor untuk melakkuna jihat ini

Unknown said...
on 

Insyaallah kerajaan Selangor di bawah EXCO PENDIDIKAN TINGGI yang telah berkolaborasi dengan WISMA PUTRA, melalui LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN JAIS akan buat terbaik.Pengalaman saya dalam Yayasan Amal Malaysia sedikit sebanyak membantu membaca situasi genting yang memerlukan strategi yang tepat. Terima kasih atas komen anda

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com