Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label MPK. Show all posts
Showing posts with label MPK. Show all posts

PENDUDUK PULAU KETAM DAPAT JETI BARU


KENYATAAN MEDIA
12 NOVEMBER 2009

KERAJAAN SELANGOR SELESAI MASALAH PENDUDUK PULAU KETAM

Kerajaan Negeri Selangor berjaya mendapatkan persetujuan pihak pemaju Syarikat Asa Niaga Sdn Bhd untuk menyediakan satu bahagian khas jeti di Pelabuhan Klang untuk penduduk dan orang ramai yang berulang alik ke Pulau Ketam dengan percuma.

Persetujuan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat dengan jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkenaan yang diadakan pada 10 November atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang, YB Dr Halimah Ali.

Mesyuarat yang turut dihadiri wakil daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Tanah Klang, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Northport (Malaysia) Bhd itu adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk Pulau Ketam sejak pontun jeti awam tenggelam pada 27 April 2009.

Halimah berkata dalam satu kenyataan media bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan kemudahan terbaik diberi kepada rakyat di Pulau Ketam.

“Kami meminta agar penduduk Pulau Ketam bersabar dan bertenang menghadapi masalah ini sementara pontun baru disiapkan,” ujar Exco Kerajaan Negeri itu.

Menurutnya pihak LPK telah memulakan proses menyediakan pontun baru di lokasi asal dan dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.

Pengerusi Eksekutif Asa Niaga Sdn Bhd, Datuk Shaari Jihin juga memperakui kewajipan syarikat beliau untuk menyediakan satu bahagian khas jeti untuk penduduk dan orang ramai yang berulang alik di Pulau Ketam.

Perkara lain yang juga dipersetujui adalah aktiviti-aktiviti pengurusan jenazah juga dibenarkan untuk menggunakan jeti awam ini secara percuma.

Walau bagaimanapun, bot perniagaan tidak dibenarkan menggunakan jeti tersebut dan harus menggunakan jeti ‘barter trade’ yang sedia ada.


SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Read More “PENDUDUK PULAU KETAM DAPAT JETI BARU”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 26/07/08: Perasmian Kempen Gaya Hidup Sihat

Bertempat di Tmn Pengkalan Batu Di tepi Sg Klang satu kempen gaya hidup sihat telah dianjurkan bersama oleh pejabat ADUN Selat Klang dengan Majlis Perbandaran Klang pada pagi 26hb Julai 2008.

ADUN sedang berucap dalam majlis perasmian. Kelihatan duduk di belakang ialah ahli Majlis MPK yang baru dilantik.

Pertandingan melukis bagi kanak-kanak
Aktiviti Senamrobik
Para Ahli Majlis MPK menerima cenderahati masing-masing dari pihak penganjur

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 26/07/08: Perasmian Kempen Gaya Hidup Sihat”  »»

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT ANJURAN MPK-PEJ ADUN SELAT KLANG

Satu Kempen kesihatan bertemakan Gaya Hidup Sihat akan diadakan seperti butiran dibawah:

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT


TARIKH: 26 JULAI 2008 (SABTU)



MASA: 0700 PAGI- 1200 TENGAHARI



TEMPAT: TAMAN PENGKALAN BATU KLANG (TEPI SUNGAI KLANG)



PENYERTAAN: PERCUMA




PERTANYAAN: HUBUNGI 03-33755555/ 03-55192167/ 03-33723923



Read More “KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT ANJURAN MPK-PEJ ADUN SELAT KLANG”  »»

KATA SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Klang pada 12hb Jun 2008, buat pertama kalinya suatu perbincangan telah diadakan di antara wakil-wakil penduduk Flat Sri Perantau Pelabuhan Klang dengan PKNS, MPK, Syarikat Pengurusan Rimbun Kukuh dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Majlis telah dipengerusikan oleh ADUN Selat Klang. Banyak isu telah dibancangkan berkaitan dengan pengurusan Flat Sri Perantau.





Laporan Pemberita Saudara Affaizul Majid dari Sinar Harian seperti di bawah.

Read More “KATA SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com