http://www.selangor.gov.my/main.php
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN |
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
Bil | Syarat-Syarat Permohonan | Keterangan |
i. | Kelahiran | - Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
|
ii | Peringkat Pengajian | - Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
|
iii | Penajaan | - Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja akan diberi keutamaan;
|
iv | Pencapaian Akademik | - Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;
|
v | Tahun Pengajian | - Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
|
Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Bil | Peringkat Pengajian | Kelayakan Akademik |
i. | Ijazah Pertama | - Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
|
ii | Diploma | - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
|
iii | Sijil (IPTA) | - Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM
|
iv | Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja) | - Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;
|
TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN |
Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) | Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor: |
| Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan). |
(ii) | Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor: |
| Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja. |
KADAR TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN |
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian | Kadar Pinjaman (Setahun) |
Ijazah (Perubatan) | RM 7,000.00 |
Ijazah (Lain-lain) | RM 6,500.00 |
Diploma | RM 4,900.00 |
Sijil | RM 4,000.00 |
Nota: Kadar tajaan pinjaman ini tersebut adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan
Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran akan dimulakan selepas tempoh enam (6) bulan pelajar menamatkan pengajian.
Read More “PINJAMAN PELAJARAN PENGAJIAN TINGGI KERAJAAN SELANGOR TANPA FAEDAH” »»