Pray For MH370

Pray For MH370

UiTM MAMPU DIJADIKAN ISU UNTUK MENYERANG PAKATAN RAKYAT

Pertama dan utama ditegaskan bahawa isu untuk "membuka" UiTM telah berjaya dipolitikkan untuk mencemar kejujuran kerajaan Pakatan Rakyat oleh pihak-pihak tertentu kerana ia ditimbulkan ketika mana UiTM akan mengadakan program "HOMECOMING ALUMNI UiTM" pada 15hb hingga 17hb Ogos 2008 dan secara kebetulan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diadakan beberapa hari lagi.

Kedua, selaku orang yang diamanahkan sebagai Pengerusi tetap Pendidikan Tinggi, saya faham bidang tugas saya iaitu urusan UiTM bukan di bawah pengurusan serta pengawasan saya. Pendidikan dan Pendidikan Tinggi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat dan kita dalam Pakatan Rakyat tidak dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi untuk masuk ke sekolah menengah, inikan pula untuk meninjau keadaan di Universiti awam seperti UiTM.

Ketiga, saya maklum bahawa UiTM merupakan benteng dan kubu kuat UMNO, putera dan puterinya sebab itu dalam pilihanraya kampus UiTM mengenakan pelbagai syarat untuk kumpulan selain Aspirasi. Seperkara lagi, secara terang-terang pelajar UiTM di"brainwash" dan diindokrinasikan oleh pihak berkenaan dengan semangat nasionalisme totok/total bermula dari hari pertama mereka menjejakkan kaki ke kampus-kampus UiTM seluruh negara. Sebab itu tidak hairan UiTM boleh mengerakkan 2-3 ribu pelajarnya untuk berarak ke dataran SUK Shah Alam dan seterusnya menyerahkan memorundum. Untuk apa? Sayapun tak tahu sebab segala-gala yang berlaku di sistem UiTM adealah di luar bidang kuasa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

KRONOLOGI: Mari kita lihat bagaimana saya dan seterusnya YAB Dato' MB Selangor "terjerat" dan "terheret" dalam masalah dalaman UiTM. Memang benar UiTM telah banyak berjasa kepada Unisel (universiti swasta milik kerajaan Selangor) khususnya dalam membekalkan tenaga pensyarah serta pentadbiran di Unisel dan kita berterima kasih untuk itu.
Namun, kebanyakan pensyarah yang berhijrah ke Unisel mempunyai alasan dan sebab yang yang tersendiri yang mereka sahaja yang mengetahui selain ALlah.

Pada suatu majlis penutup "kursus menjahit untuk ibu tunggal" di Kg Delek Klang Selangor kira-kira jam enam petang 08hb Ogos 2008, di mana selepas program saya telah diwawancara oleh seorang pemberita dari akhbar Sinar Harian. Beliau meminta pendapat saya tentang pendedahan Pemuda UMNO Shah Alam tentang cubaan membuka pintu UiTM kepada pelajar kaum lain. Saya sebut tentang persaingan sihat, keperluan mengkaji hasrat ini dengan lebih terperinci serta betapa perlunya wujud persaingan dalam meningkatkan prestasi. Sila lihat Sinar Harian bertarikh 10hb Ogos 2008 di bawah ini.




Saya suka menambah di sini bahawa dengan adanya persaingan, kita akan memperbaiki prestasi serta pencapaian kita. Ini terbukti dalan dunia sukan. Kenapa kita perlu mendedahkan atlet kita kepada liga atau acara peringkat antarabangsa. Kenapa tidak kita berlumba atau berloawan sesama kita dalam Malaysia. Bukankah lebih menjimatkan? Kenapa perlu menjanjikan jutaan ringgit untuk juara acara sukan Olimpik? Ini kerana kita maklum, pertandingan peringkat antarabangsa akan menaikkan taraf serta mutu sukan di Malaysia.

Apabila saya menyentuh persaingan sihat dalam akademik dan kerjaya, kita sebenarnya memberi peluang dan kesempatan untuk orang Melayu serta kaum Bumiputra yang lain seperti orang Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain untuk membuka minda serta melihat dunia dari perspektif yang makro. Seperti kita maklum, minda yang tertutup diibaratkan seperti sebuah payung terjun yang tertutup dan enggan terbuka ketika melakukan terjun dari pesawat.

Bangsa Amerika Utara yang rata-rata berkulit putih dapat dikalahkan oleh Bangsa Jepun dalam teknologi pembuatan kereta dan bidang eletronik. Siapakah Deming (1900-1993) ? Seorang Bangsa Amerika yang kecewa dengan sikap orang Amerika tentang ide-ide bernasnya dalam industri pembuatan lalu berhijrah ke Jepun kerana orang jepun boleh menerima pandangannya. Maka lahirlah raksaksa seperti Toyota, Sony dan lain-lain yang mengamalkan konsep Kitaran Deming (PDCA- plan, do, check, act atau PDSA-plan, do, study, act).

Kita mementingkan kualiti serta kuantiti, tetapi jika kuantiti tinggi tetapi tiada kualiti juga merupakan masalah. Di sini bukan saya mengatakan kualiti graduan UiTM yang lampau tidak baik tetapi tidak mahukah kita yang lebih baik dan lebih cemerlang. Bagaimanakah caranya menghasilkan kecemerlangan di kalangan pelajar? Kenapa kita ada sekolah kluster, MRSM dan lain-lain? (If better is posible, good is not enough ). Mungkin kita belum bersedia untuk bersaing di UiTM. Ok. Sudahkah kita membuat kajian mendalam tentang hal ini?

Keratan Sinar Harian bertarikh 9hb Ogos apabila tiga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam mendedahkan ada cubaan untuk "membuka" UiTM kepada kaum lain di Malaysia. Saya pernah terdengar hasrat untuk mewujudkan sistem francais seperti yang dilakukan oleh IPTA terkemuka di Malaysia. Jika ini berlaku bermakna institusi yang terlibat mahu tidak mahu akan mengambil pelajar selain pelajar bumiputra. Ini bererti graduan UiTM akan berbilang kaum mencerminkan masyarakat majmuk di negara kita.

Pada pagi Ahad 10hb Ogos 2008, YAB Dato' MB Selangor telah diwawancara oleh akhbar Sinar Harian selepas perasmian program "FUN WALK" anjuran MBSA. Yang diajukan kepada YAB Tan Sri Khalid ialah untuk membuat ulasan tentang kenyataan akhbar saya pada 8hb Ogos 2008, keluar di SH pada 10hb Ogos 2008. Saya berpendapat Tan Sri Khalid pagi itu mungkin belum sempat membelek akhbar SH pagi itu disebabkan terpaksa bergegas ke "FUN WALK".
Sila lihat SH di bawah bertarikh 11hb Ogos 2008. MB Selangor hanya setakat secara spontan mencadangkan angka 10 peratus sebagai kuota yang mungkin diberi kepada pelajar bukan bumiputra.

Sekonyong-konyong pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada MB Selangor kerana memberi cadangan 10 peratus. Saudara lihat bagaimana respons UMNOputra serta barisan pemimpin mereka. Angka 10 peratus itu sekadar perbincangan akademik sebab selaku Menteri Besar dan kapasiti beliau selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Selangor Berhad, dalam menentukan pentadbiran dan pengurusan UiTM, YAB MB tiada memiliki kuasa dan tidak akan diberi kuasa untuk menentukan peratus kuota di atas. Adakah memberi ide dan pendapat sedikitpun tidak boleh? Sikap akademik dan profesional apakah ini? Minda prejudis, prasangka, persepsi negatif dan lain-lain kaum bumiputra inilah yang membuat mereka mundur dan takut bersaing di peringkat terbuka ("open tournment and competition").

Mungkin esok lusa akan ada pelajar UiTM atau bekas graduan menganggur UiTM yang membuat laporan Polis serta SUHAKAM tentang dirinya dianiya oleh kerajaan Pakatan Rakyat atau mindanya belum merdeka lagi.

Dalam pengurusan, kita bercakap mengenai competitive advantage dan sustainable competitive advantage atau kelebihan bersaing dan kelebihan bersaing lestari/mampan. Katakan apa akan terjadi kepada graduan UiTM yang daya saing dan daya juangnya tidak mampu bertahan dengan cabaran di abad-abad akan datang.
Siapa yang menghina UiTM? Politik murahan dan publisiti murahan. Siapakah yang menghina Melayu dan bertanggungjawab menghapuskan bahasa Melayu, tulisan Jawi dan sebagainya. Kini siapakah yang meletakkan minda Melayu sebagai minda kelas ketiga?


Sifat ego dan sombong untuk mendengar pendapat serta idea orang lain hanya dek kerana berlainan ideologi politik. Ahli falsafah ada mengatakan " terimalah kebenaran walaupun dari musuh kamu" dan "idea pembaikan akan hanya datang dari musuh kamu" . Pepatah/Bidalan Melayu ada menyebut " ikut rasa binasa, ikut hati mati" yakni tanpa logik akal yang waras dan berpandukan kepada emosi/perasaan semata-mata seseorang atau sesuatu kaum itu akan menemui jalan buntu atau lebih teruk dari itu. Sebagai Muslim suka kita menambah, "ikut iman/wahyu akan selamat duniawi ukhrawi".

Comments :

10 comments to “UiTM MAMPU DIJADIKAN ISU UNTUK MENYERANG PAKATAN RAKYAT”
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum

Dr. saya amat berharap isu UiTM ini dapat ditangani dengan segera. Ini merupakan satu dugaan dari Allah yang ingin menguji sejauh mana kekuatan kita kepadaNYA. Isu ini serba sedikit telah membuat kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat berubah arah. Diharapkan Dr. dan juga exco2 yg lain dapat mencari jalan penyelesaian bagi meredakan isu ini. Jangan biarkan musuh kita menghancuri niat murni kita.

ikhlas dari saya yang sentiasa menyokong dari belakang dr.

lan said...
on 

jelas ada agenda menyerang bertubi oleh puak puak UMNO ini terhadap MB TS Khalid, walhal ianya hanya cadangan sahaja untuk kebaikan Uitm juga.

biarlah mereka hidup dalam tempurung mereka.. saya fikir akibat tidak baik untuk pelajar disana yang tiada persaingan dan tiada demand yang banyak untuk mereka kelak sebaik tamat belajar

Unknown said...
on 

Malang pelajar tidak berupaya memandang jauh untuk melihat bagaimana dakwah itu menjadi saranan dan gesaan yang amat perlu melepasi sempadan yakni melintasi masyarakat muslim sendiri dan ketidak-sediaan memberi ruang berbeza pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil jelas membataskan diri untuk menangani medan globlalisasi yang lebih menyerlahkan keperluan memiliki idea (yang masih belum tentu benarnya, ia menjadi benar apabila dikupas diulas dianalisa yang menyatukan pandangan pelajar pentadbir sebelum diambil ketetapan melunasi syariat).

Terserlah juga isu bagaimanakah kerajaan negeri tidak diberi kepercayaan untuk mengurus sekolah dan institusi pengajian tinggi yang menjadikan alasan kukuh mengapa Pakatan Rakyat mesti diberi mandat untuk memerintah.

Yang Berhormat,
Fahaman antara tuntutan memahami fardhu ain dan fardhu kifayah mewajarkan dilihat sudut-sudut yang telah diabaikan oleh muslimin (muslim bukan hanya melayu dan dalam isu ini,rakyat tanah air bukan hanya orang melayu)sehingga terpisah duniawi dan ukhrawi umpamanya ketiadaan muslimin mendominasi teknologi atom nuklear untuk menunjukkan makna keamanan yang dituntut oleh dunia setelah sekian lamanya kemajuan ini digunakan untuk kemusnahan alam dan kemanusiaan.
Di kesempatan ini ingin disokong usul mewujudkan Putri PAS kerana yakin pembentukan ini akan upaya membina perhubungan individu mukminah yang menjadi model ikutan pada peringkat antarabangsa. Mukminah ini akan membawa pakaian mukminnya yang upaya mencetus galakan untuk menghargai peradaban yang memuliakan insan.

Unknown said...
on 

Saudara saudari yang Budiman. Tahmid, selawat dan salam. Masih ada lagi insan-insan yang "nampak" apa yang ada di sebalik "bukit". Dakwah lisanul hal/bil hal serta qudwah hasanah dan dakwah fardiah jarang orang fikirkan. Ingat kisah ARRasul ke Thoif tetapi dicederakan dan malaikat bertanya sama ada baginda hendak gunung dihempas ke penduduk.

Era globalisai menuntut pengorbanan dan pendekatan dakwah yang menggunakan lateral thinking serta Strategi "Blue Ocean" serta "sky is the limit".

Kalau tidak anda semua siapa lagi...
kalau tidak kini bila lagi....

Terima kasih banyak-banyak, JZKKK

lan said...
on 

a good write up by Dr Azly Rahman on opening up UITM

http://us2.malaysia-today.net/2008/content/view/11323/84/

if only Malaysia can accept such challenge to free the education system

Anonymous said...
on 

Salam ziarah Dr...

Kalau boleh dapatkan nama-nama Pemuda UMNO Shah Alam yg sebenarnya mencadangkan agar kuota dibuka kepada bukan bumiputera. Nampaknya hal ini benar-benar dipolitikkan oleh kerajaan. Sedihnya mahasiswa MeLaYU yg sempit dan dangkal fikiran akibat kurang bergaul dgn orang luar terbabit sama. Alangkah sedihnya.

Komen saya seterusnya pada laman nekadislam. Teruskan perjuangan. Ana akan link laman web Dr. TQ

Anonymous said...
on 

syabas dr.halimah..syabas...
ingatlah katak pepatah "terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata terimalah padahnya"
saya berpendapat dr.halimah dan kerajaan PR x perlulah nak tunjuk pandai dlm mementukan hala tuju atau masa depan uitm..sesungguhnya wlpn uitm dihuni oleh pelajar bumiputera, kami tetap berdaya saing..kami bukan lah spt katak bwh tempurung spt yg dr.halimah sangkakan..setelah bertahun2 uitm menghasilkan graduan bumiputera khususnya Melayu.ALHAMDULILLAH kami x makan pasir lagi..wlpun menganggur selepas graduate..tetapi ilmu yg kami miliki amat berguna di dalam kerjaya..kami bukanlah seperti graduan IPTA/IPTS yg lain...di mana mereka tercungap2 untuk berkominikasi dlm BAHASA INGGERIS ketika ditemuduga..pengalaman saya bekerja dari peringkat bawah sehingga menjadi top level management syarikat Senarai Bursa Malaysia adalah atas sumbangan UiTM..saya rasa berbangga mendapat pendidikan tinggi di uitm...hasilnya, saya berjaya membantu anak2 melayu atau junior2 saya dari uitm bekerja di syarikat majikan saya..malah saya juga memiliki syarikat sendiri di atas kendalian isteri saya (graduan uitm)..kami rekrut staf juga grasuan dari uitm..alhamdulillah..mereka boleh perform dgn baik..dan ada diantara mereka berjaya mendapatkan banyak client daripada golongan Cina yg terkenal dgn "chauvinis" mereka..
kejayaan itu adalah kerana graduan uitm yg saya ambil bekerja memiliki kemahiran komunikasi bahasa Mandarin..sungguh menakjubkan bukan..saya percaya, bukan seorang atau dua orang grasuan uitm berkemahiran dlm bahasa mandarin atau bahasa2 lain..tetapi jumlah itu ramai..ini kerana uitm sudah jauh ke hadapan melihat tentang kepentingan bahasa asing dalam dunia globalisasi ini..
saya juga berbangga kerana gradua uitm tidak pernah mengecewakan syarikat majikan saya..mereka mahir dalam komunikasi (cabang penting dalam pengurusan dan perniagaan)..

SAYA MENGESYORKAN AGAR DR.HALIMAH,MB SELANGOR, PAKATAN RAKYAT DAN SIAPA2 SAHAJA DIKALANGAN PAS,PKR DAN DAP UTK TUTUP MULUT BAGI MEMBINCANGKAN PASAL UiTM..JGN ANGKUH SGT DGN UNDI YG ANDA TERIMA SEHINGGA DPT MEMERINTAH SELANGOR..TUMPU SAHAJA APA YG DIJANJIKAN..JGN NAK PANDAI2 USIK UiTM..DR.HALIMAH DOK DIAM2 OK..KAMI BERI 1 PENGGAL JER..PERCAYALAH, ISU UiTM AKAN KEMBALIKAN SEMULA SOKONGAN ORG MELAYU KPD UMNO..PAS, DAP DAN PKR UMPAMA "kera mendapat bunga"...
Lu pikir la sendiri...

Unknown said...
on 

Untuk Anak Kandung UiTM, kita bercakap mengenai sustained competitive advantage/market leader etc.Kita bukan berbicara hanya aspek IQ, tetapi SQ, EQ,dan Spiritual Quotient. Tak boleh terima tak mengapa. Saya telah menjalankan amanah yg dipikulkan kepada saya. Sila rujuk blog di bawah dan lihat komen HR syarikat2.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/13/kenyataan-media-mb-selangor/

http://us2.malaysia-today.net/2008/content/view/11323/84/

http://us2.malaysia-today.net/2008/content/view/11335/84/

Tolong kaji komen -komen mereka dengan dada yang lapang dan fikiran terbuka

roslisalem said...
on 

Perkara ini timbul secara spontan dan simple.

Jadi saya harap perkara ini tidak perlu kecoh.

Pelik juga sikap ahli akademik yang tunduk saja bila MRSM buka kuota kepada non-bumi, tetapi bangkit tiba-tiba bila MB selangor bersuara, tanpa ada kuasa pun.

Sedangkan UiTM dan MRSM sama-sama menumpang nama MARA. Pelbagai justifikasi diberi untuk menyokong kuota MRSM kepada non-bumi, tetapi yang menyokong ini juga menentang bila diusik MB selangor pasal kuota 10% UiTM.

PERCAYALAH, setiap patah perkataan yang keluar dari Pakatan Rakyat akan dimainkan dan dimanipulasi sepenuhnya oleh UMNO-BN.

BERDOALAH agar setiap kita terpelihara tingkah laku dan kata-kata yang boleh membawa mudarat.

Anonymous said...
on 

Maklumat lanjut tentang VC UiTM

http://educationmalaysia.blogspot.com/2008/08/spotlight-on-uitm-vc.html
http://educationmalaysia.blogspot.com/2006/11/dubious-phd-faculty-members.html
http://www2.uitm.edu.my/ibrahimshah/english/index.php?option=com_content&task=view&id=25&Itemid=36

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com