Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label PBT. Show all posts
Showing posts with label PBT. Show all posts

AIR PERCUMA 20 M UNTUK PENDUDUK PERUMAHAN GUNA METER AIR PUKAL


Kenyataan Media

21 APRIL 2010


PEMBERIAN AIR PERCUMA 20 METER PADU KEPADA PENDUDUK PERUMAHAN BERTINGKAT KOS RENDAH YANG MENGGUNAKAN METER AIR PUKAL

Kerajaan Negeri mahu penduduk pangsapuri-pangsapuri atau pembangunan berstrata yang lain melakukan migrasi ke meter individu. Dengan itu, mereka boleh menikmati skim air percuma 20 meter padu.

Walau bagaimanapun, agar mereka yang berpendapatan rendah dapat menikmati skim air percuma ini sebelum migrasi dapat dilakukan, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kupon-kupon yang bersamaan dengan nilai 20 meter padu air kepada penduduk pangsapuri kos rendah.

Kupon-kupon ini akan diedarkan melalui Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Building (COB) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada penduduk melalui pemaju, agen pengurusan, Badan Pengurusan Bersama/JMB atau Perbadanan Pengurusan/MC.


Skim ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan perintis terlebih dahulu mulai bulan Jun 2010. Terdapat 620 pembangunan pangsapuri kos rendah yang belum melakukan migrasi. Ini merangkumi 168,479 unit kediaman.

Kos untuk memberi air percuma kepada pangsapuri-pangsapuri ini dianggarkan RM24,422,715.84.


Walau bagaimanapun, migrasi kepada meter individu mestilah dilakukan dengan segera untuk penyelesaian jangka panjang .

Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
21 April 2010




Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Laman web: www.selangorkini.com.my, www.selangor.gov.my, www.tvselangor.com.
Tel: 03-55447456, Fax: 03-55135068
(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Pegawai Perhubungan Awam Selangor, Ginie Lim 013-6276862)

Read More “AIR PERCUMA 20 M UNTUK PENDUDUK PERUMAHAN GUNA METER AIR PUKAL”  »»

AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN SELANGOR

Selangor Umum Senarai Ahli Majlis PBT Bulan Depan

SHAH ALAM, 24 Jun - Senarai nama ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru akan diketahui Julai ini. Statistik komposisi ahli Majlis PBT penggal yang lepas seperti di sebelah.

Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata senarai ahli majlis itu sepatutnya dikeluarkan kerajaan negeri bulan ini namun telah di tunda kepada bulan hadapan bagi memastikan mereka yang dilantik benar-benar layak.

“Kerajaan negeri memerlukan masa untuk menyemak latar belakang ahli yang dilantik bagi mengelakkan perkara sama berulang”, katanya kepada pemberita selepas katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco disini petang tadi.

Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beberapa ahli majlis yang dilantik mempunyai rekod tidak bersih selain terlibat dalam kes polis.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu turut memaklumkan senarai ahli majlis yang akan dilantik akan ditentukan oleh parti masing-masing.

“Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) ianya akan dinilai oleh ketiga- tiga parti (Pakatan Rakyat)”, katanya.

Selangorkini

Read More “AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN SELANGOR”  »»

KAUNTER KLINIK KERJAYA DITERUSKAN HINGGA HUJUNG MEI 2009

Program 'Retrenchment Helpline' akan disertai oleh pihak JobStreet.com adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi-12.30 tengah hari
Tempat: Seperti di bawah

Kerajaan Selangor menyediakan perkhidmatan ini adalah sebagai usaha membantu dari sudut khidmat nasihat dan runding cara kepada pengadu untuk memulihkan keyakinan dalam mencari pekerjaan.

Kaunter klinik kerjaya disambung untuk rakyat Selangor

SHAH ALAM, 15 Mei (Hrkh) - Kerajaan Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah membuat keputusan menyambung program 'Retrenchment Helpline' hingga 30 Mei ini.

Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan program itu amat berguna kepada semua pihak terutama orang awam yang menghadapi masalah dalam pekerjaan mahupun yang sedang mencari kerja.

Kaunter klinik kerjaya dibuka setiap minggu pada hari Sabtu di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Manakala skuad bantuan Jobstreet.com pula akan turut sama turun ke kaunter tersebut di pejabat PBT tertentu setiap minggu.

Pada minggu ini, kaunter klinik kerjaya dan retrenchment helpline yang akan sertai oleh pihak JobStreet.com adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi-12.30 tengah hari
Tempat :

1- Petaling Jaya - Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
2- Selayang - Pejabat Majlis Perbandaran Selayang.
3- Klang - Pejabat Majlis Perbandaran Klang.
4- Kajang - Pejabat Majlis Perbandaran Kajang.

Orang ramai yang menghadapi masalah dalam pekerjaan atau diberhentikan kerja, boleh membuat pendaftaran dikaunter tersebut sekitar kawasan masing-masing mengikut PBT yang berdekatan.

Kerajaan Selangor menyediakan perkhidmatan ini adalah sebagai usaha membantu dari sudut khidmat nasihat dan runding cara kepada pengadu untuk memulihkan keyakinan dalam mencari pekerjaan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam di setiap pejabat Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing atau urus setia di talian 03-55447113/7114/7121 (urusan waktu pejabat).

mks/Saidah Hairan/harakahdaily

Read More “KAUNTER KLINIK KERJAYA DITERUSKAN HINGGA HUJUNG MEI 2009”  »»

PREMIS TABIKA KEMAS BEROPERASI KINI DITADBIR PBT


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya

cuba memperbetulkan "keadaan" yang sudah

begitu lama wujud di Selangor seperti Ahli DUN

serta anak beranak mereka menjadi ahli majlis

perbandaran atau bandaraya, ahli majlis yang

juga ADUN membolot semua projek PBT dan

projek kelolaan Pejabat Daerah, Premis TABIKA

KEMAS hanya boleh digunakan untuk aktiviti

ahli UMNO/BN sahaja, Dewan Orang Ramai hanya boleh digunakan untuk aktiviti UMNO/BN

sahaja, Bilik gerakan UMNO/BN dibina sewenang-wenangnya di atas tanah milik kerajaan

negeri dan senarai penyalahgunaan ini berterusan. Sila klik pada imej diambil dari akhbar Sinar

Harian bertarikh 08hb Jan 2008 yang membincangkan isu Tabika Kemas dihalau dari

premisnya, Tabika Kemas dirampas, Bangunan Tabika Kemas dikunci serta dirantai dan

berbagai-bagai lagi laporan dan aduan pihak tertentu.

Read More “PREMIS TABIKA KEMAS BEROPERASI KINI DITADBIR PBT”  »»

DUNIA ARAK YANG SANGAT MENCABAR

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK DIBESARKAN
































Further Readings [HERE] and {HERE]





























































Kumpulan Dadah Penindas
ALKOHOL


Dr. Abu Bakar Abdul Majeed Dengan Kerjasama Pusat Racun Negara

LARANGAN untuk manusia meminum arak atau alkohol kerana akibatnya yang amat buruk, telah diketahui umum sejak sekian lama dahulu. Malah, setiap agama di dunia ini turut melarang sikap tersebut di kalangan para penganutnya.

Pada 1 Julai 1995, telah diumumkan penguatkuasaan undang-undang yang melarang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol di kawasan Lembah Kelang sebagai satu projek perintis. Mengikut undang-undang tersebut seseorang dilarang memandu atau cuba memandu kenderaan jika paras alkohol di dalam darahnya mencapai 80 mg/dl atau lebih. Satu kajian yang telah dijalankan dalam tahun 1991 menunjukkan hampir 20 peratus mangsa kematian akibat kemalangan jalan raya mempunyai paras alkohol di dalam darah melebihi 100 mg/dl.

Walau bagaimanapun, memang ada sedikit manfaat alkohol seperti kegunaannya sebagai agen pembunuh kuman atau disinfektan, antidot untuk keracunan metanol (yang mungkin mencemar tuak atau samsu haram), atau agen penyejuk bagi melegakan demam panas. Namun begitu, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa keburukan daripada kesan meminum alkohol jauh mengatasi kebaikannya.

Istilah alkohol berasal daripada bahasa Arab al-kuhol, yang bermaksud 'sesuatu yang tersembunyi' atau 'antimoni yang dipecah-pecahkan sehingga halus' yang digunakan sebagai celak. Akhirnya istilah ini memberi maksud 'bauan yang harum'. Ahli kimia Arab dipercayai pertama sekali melakukan proses penyulingan bagi menyediakan alkohol, manakala proses pembuatan minuman beralkohol yang sangat kuat melalui penapaian buah anggur pertama sekali dilakukan secara besar-besaran di Eropah pada sekitar tahun Masehi 1200.

Ramuan utama minuman beralkohol ialah etanol. Etanol ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menekan aktiviti otak, justeru mengubah kewibawaan akal fikiran. Penggunaan alkohol secara berterusan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum terpaksa mengambil amaun yang semakin banyak bagi mendapatkan kesan yang serupa. Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani dan jasmani.

Selepas diminum, alkohol mungkin diserap ke dalam darah melalui perut. Namun begitu, jalan utama kemasukan alkohol ke dalam darah ialah menerusi usus kecil. Alkohol erus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seleuruh tubuh. Seperti yang dinyatakan, kesa utama alkohol ialah di otak. Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti.
Perbandingan paras alkohol di dalam darah dengan kesannya terhadap otak

Semakin tinggi amaun alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Selain daripada kesan-kesan terhadap otak, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Alkohol juga menyebabkab keringsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Peminum alkohol didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

Bahaya alkohol juga amat ketara terhadap peminum alkohol kronik. Pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh mengakibatkan komplikasi fizikal, kejiwaan, dan sosial. Selain daripada ulser perut, alkohol juga dikesan menyebabkan sirosis hati di Hospital Kuala Lumpur di antara tahun 1982-1988. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah, dan ketandusan vitamin). Otot-otot, rangka, dan jantung juga mengalami degenerasi dalam jangka masa panjang.

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri. Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Justeru itu, jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya. Hanya manusia yang masih terus membebal!

Read More “DUNIA ARAK YANG SANGAT MENCABAR”  »»

ARAK MEMILIKI GAYA, MUTU & KEUNGGULAN

Untuk dibesarkan imej, sila klik pada imej berkenaan. Terima kasih






















































Tonik setan


Oleh FUAD HADINATA YAACOB, SHAMRAN SARAHAN dan FAUZI RAHIM MUSTAFA
Mymetro
KUALA LUMPUR: Harganya murah iaitu hanya RM4 sebotol, tetapi kesannya sungguh luar biasa. Ini menjadikan arak ini ‘minuman rasmi’ mat rempit dan bohsia sebelum beraksi di jalan raya dan melepaskan nafsu di ranjang.

Arak berjenama Thai Song yang diseludup dari negara jiran ini kini dijual secara berleluasa, termasuk di kedai runcit yang boleh dibeli remaja dengan bebas.

Minuman yang dianggap ‘tonik setan’ ini dianggap mampu membuatkan mereka khayal segera bagaikan steroid untuk meningkatkan keberanian melakukan aksi maut ketika menunggang motosikal.

Lebih memalukan, ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual mereka.


Thai Song dikatakan lebih ‘power’ berbanding arak lain berikutan mengandungi alkohol tinggi, mencecah 30 peratus. Bagi mendapatkan kesan lebih hebat, ada mat rempit mencampurkan arak itu dengan sejenis air berkarbonat serta pil ecstasy supaya lebih ‘kick’ (cepat dan lebih khayal).

“Sejam selepas itu, mula rasa khayal dan wujud perasaan berani. Apabila lupa diri, waktu itu ada yang berlumba, tidak kurang juga ambil kesempatan melakukan seks kerana lebih bertenaga dan menyeronokkan,” kata mat rempit yang hanya mahu dikenali sebagai Zan berusia 19 tahun.

Dia yang terbabit dalam aktiviti itu sejak berusia 15 tahun berkata, kesan khayal berlarutan antara tiga ke empat jam bergantung pada sebanyak mana seseorang itu meminumnya.

“Pernah kawan saya minum banyak botol, dia tidur dari jam 2 pagi hingga 5 petang keesokan. Apabila khayal, kita tak tahu apa yang kita buat, sebab itu kebanyakan mat rempit menjadikan tempat tersorok seperti bangunan lama atau hutan, malah kubur, sebagai tempat lepak untuk minum dan buat ‘projek’ (seks bebas).

“Apabila sudah pengsan, ia mengambil masa lama untuk sedar dan pulih,” katanya ketika ditemui di Bangsar, baru-baru ini.

Menurutnya, Thai Song dipilih kerana harganya murah dan senang dibeli, selain menjanjikan rasa khayal sama seperti minuman lain.

“Selain Thai Song, ada arak jenis lain seperti ‘kapak’ dan ‘99’ agak mahal dijual antara RM8 dan RM12 sebotol. Biasanya, kami memilih Thai Song kerana kebanyakan mat rempit dan bohsia tidak berduit dan masih bersekolah,” katanya yang sering berkongsi wang bersama rakan untuk membeli Thai Song.

Penganggur, Roy, 22, berkata dia mula minum Thai Song sejak dua tahun lalu kerana menganggap minuman itu lagi ‘power’ berbanding bir yang sekadar mengandungi lima hingga lapan peratus alkohol.

Katanya, bir yang mudah dibeli di mana-mana premis jualan runcit memerlukan belanja besar kerana ia perlu dibeli dalam jumlah banyak, antara empat hingga lapan tin bagi seorang dengan harga sekitar RM7 hingga RM9 setin.

“Kalau minum Thai Song, minum dua botol dah cukup boleh mabuk. Ia tidak sama macam bir yang membuat saya cepat mengantuk dan mudah hilang kawalan diri.

“Jika minum Thai Song, kepala ‘berdenyut’ dan membuatkan saya segar. Saya jadi lebih berani ketika beraksi di jalan raya, buat apa saja saya tidak takut,” katanya yang berasal dari Shah Alam.

Menurut Roy, dia dan rakan mengambil minuman berkenaan biasanya sebelum keluar merayau-rayau dengan motosikal mereka, sama ada sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Katanya, untuk tujuan itu, mereka sekadar mengambil dua hingga tiga botol minuman itu kerana jika diambil berlebihan mereka boleh lupa diri dan mabuk keterlaluan.

“Bahaya jika minum (Thai Song) dalam kuantiti banyak. Ia boleh menyebabkan saya hilang kawalan dan tidak sedar apa yang dilakukan.

“Cukup sekadar mengambil dua botol, itupun sudah ‘kick’. Bukan saja hilangkan rasa segan dan malu, malah ada kala saya dapat lakukan aksi luar biasa, seperti aksi ‘pacak’ dan memecut laju dengan lebih berani berbanding dalam keadaan normal,” katanya.

Pekerja kilang, Adi, 21, dari Kuala Lumpur, berkata meminum arak murah itu bagaikan perkara wajib kepada dia dan rakan jika hendak berlumba dengan geng motosikal daripada kumpulan mat rempit lain.

Katanya, selain mendapat keseronokan dan mabuk selepas meminum arak itu, mereka menjadi agresif dan ia dapat menghilangkan rasa gementar sebelum memulakan perlumbaan.

“Walaupun berlumba sekadar enam hingga 10 tiang (lampu), dalam keadaan normal saya akan berasa gementar. Selepas minum (arak), semua perasaan itu hilang.

“Ketika menarik pedal minyak motosikal, saya bertukar ghairah dan bersemangat. Ia sangat menyeronokkan,” katanya.

Menurut Adi, minum arak itu juga membuatkan dia kelihatan lebih hebat dan digeruni di kalangan mat rempit lain.

Katanya, ini kerana mat rempit yang tidak mengambil arak atau ganja dipandang rendah.

“Memalukan jika turun atas jalan kalau ‘kepala kosong’. Sudah jadi ‘trend’ di kalangan kami buat begini. Tidak kira sama ada ambil Thai Song atau ganja.

“Namun, bagi saya lebih selamat ambil arak. Jika dicekup polis dan pihak berkuasa pun, kesalahan minum arak tidak seperti ambil ganja yang boleh menyebabkan kami dihantar ke pusat serenti,” katanya.

Bagi pemuda berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Ali, dia ketagih Thai Song sejak tamat sekolah tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, dia sangat terseksa ketika mula mencuba minuman itu kerana rasanya pahit dan membuatkan dia mabuk sehingga pengsan.

“Arak ini memang kuat, pertama kali mencuba sukar mengawal diri. Perlu kerap minum supaya lebih biasa. Tidak seperti minum bir, mabuknya boleh dikawal kerana ‘kick’ lambat (terasa).

“Berbanding Thai Song, minum sebotol saja, kalau tidak biasa sudah boleh dapat kesannya. Paling penting, harganya murah dan tidak perlu berbelanja banyak untuk mabuk,” katanya yang kini menetap dengan keluarga di Petaling Jaya.

Selain berseronok, Ali berkata, dia juga meminumnya untuk mendapatkan keberanian ketika melakukan kegiatan mencuri motosikal bersama rakan.

“Susah bergerak (mencuri motosikal) dengan rakan kalau kepala tidak ‘berisi’. Jika dalam keadaan mabuk, saya lebih berani dan mudah jalankan tugas,” katanya.

Read More “ARAK MEMILIKI GAYA, MUTU & KEUNGGULAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com