Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label dadah. Show all posts
Showing posts with label dadah. Show all posts

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURANI DAN TARMAZI

Dua Anggota Polis Tolak Rasuah Diberi Anugerah Integriti

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Dua anggota polis yang menolak rasuah lebih setengah juta ringgit daripada dua pengedar dadah bagi mengelak 480 bungkusan syabu bernilai RM280 juta dirampas pada Mei lepas, dianugerahkan Anugerah Integriti Selasa.

Detektif Koperal Mohd Surani Sarbini, 44, dan Lans Koperal Mohd Tarmazi Arbayee, 25, juga dinaikkan pangkat masing-masing kepada Detektif Sarjan dan Koperal atas kejayaan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah berkenaan kepada kedua-dua anggota polis itu dalam satu upacara selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Bangunan Parlimen di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pada kejadian pada 2 Mei lepas, Mohd Surani dan Mohd Tarmazi yang dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Cenderawasih, Rompin, Pahang pada pukul 6.45 pagi, ternampak sebuah lori yang mencurigakan lalu memeriksa dan mendapati lori itu membawa muatan 96 kotak serta 480 bungkusan plastik disyaki dadah jenis syabu.

Kedua-dua anggota polis itu bertindak menahan dua suspek lelaki yang kemudiannya menawarkan suapan rasuah sebanyak RM10,000 dan berjanji akan menyerahkan lagi RM500,000 sebagai ganjaran membebaskan mereka.

Musa ketika ditemui pemberita berharap masyarakat tidak memberikan rasuah kepada penjawat awam dan pegawai penguatkuasa kerana mereka boleh dikenakan hukuman yang berat.

"Saya minta masyarakat janganlah beri rasuah, kalau hadapi apa-apa masalah terimalah masalah tetapi jangan merasuah kepada pegawai kerajaan kerana kita mempunyai kuasa untuk menangkap kalau orang memberi rasuah," katanya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada kedua-dua anggotanya itu serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana pengiktirafan itu.

"Saya rasa gembira dan rasa bahawa pegawai dan anggota bawahan saya telah melakukan tugas dengan baik. Alhamdulillah apa yang selama ini saya utarakan untuk membetulkan pasukan polis supaya anggota dan para pegawai mempunyai integriti yang tinggi berhasil," katanya.

Ketika ditemui, Mohd Surani dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Rompin berkata beliau berpegang kepada integriti kerana setiap anggota polis perlu ada integriti.

Mohd Tarmizi dari Cawangan MPV, IPD Rompin pula berkata ketika ditawarkan rasuah itu, beliau hanya memikirkan mahu berkhidmat lama dalam polis.

"Saya fikir saya lama lagi hendak kerja sebab saya baru lagi masuk dalam PDRM ini. Kita fikir panjang, sebolehnya memang saya akan tolak (rasuah)," katanya.

-BERNAMA


Tangkapan Syabu Terbesar


Tegas, Adil dan Berhemah

Read More “TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURANI DAN TARMAZI”  »»

TAHNIAH PDRM BERJAYA RAMPAS SYABU BERNILAI RM254 JUTA

Penemuan syabu di Rompin disifatkan rampasan dadah terbesar di Malaysia.

Sebuah lori yang berhenti dibahu jalan Kuantan-Segamat telah diperiksa Polis.

Seorang daripada pemandu terbabit telah menyembur pemedih mata ke atas dua anggota polis dan sempat lari, namun telah diberkas.

Pemeriksaan lanjut terhadap muatan lori itu menemukan 96 kotak dibalut plastik hitam dan setiap kotak mengandungi lima bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan jernih disyaki syabu.

Seorang lagi suspek dikenali sebagai Lim Han Choo atau Ah Chiau, 55, nombor kad pengenalan 541230-10-5521 berasal dari Klang, Selangor sedang dicari.



Sita wang RM2.6j

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes rampasan syabu seberat 978 kilogram bernilai kira-kira RM254 juta di Rompin, dekat sini, 2 Mei lalu, memiliki wang RM2.6 juta dalam akaun banknya.

BUKTI...Othman (kiri) menunjukkan sebahagian dari 978 kilogram
syabu yang dirampas. Gambar kecil, Lim yang diburu polis.


Berikutan itu, polis menyita wang berkenaan, selain menyiasat aset lain sama ada diperoleh hasil kegiatan jenayah itu.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun, berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di rumahnya di Johor Bahru, Johor, jam 1 tengah hari, Rabu lalu untuk disoal siasat berhubung pembabitannya dalam kegiatan pengedaran dadah sintetik itu.

Menurutnya, ahli perniagaan terbabit ditahan selepas tiga lelaki berusia 40 dan 50 tahun termasuk dua beradik diberkas dalam satu sekatan jalan, Sabtu lalu.

Pemeriksaan di kediaman Datuk itu turut menemui sejumlah dadah, sekali gus mengaitkannya dengan penemuan syabu terbabit.

Menceritakan semula penemuan syabu yang disifatkan rampasan dadah terbesar di Malaysia setakat ini, Othman berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Cenderawasih, Rompin, baru selesai menjalankan tugas mengadakan sekatan jalan dalam Ops Bersepadu.

Mereka terserempak sebuah lori dalam keadaan mencurigakan berhenti di bahu jalan sebelah kiri di Kilometer 3, Jalan Kuantan-Segamat, jam 6.45 pagi.

“Dua lelaki itu ditahan dan kad pengenalan mereka diambil untuk diperiksa. Bagaimanapun, ketika mahu memeriksa muatan lori itu, seorang daripada lelaki terbabit menyembur pemedih mata ke atas dua anggota polis.

“Kedua-duanya melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran sebelum gerakan mencari dilancarkan dan berjaya menahan pemandu lori terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Yap Thoon Khuan.

Othman berkata, pemeriksaan lanjut terhadap muatan lori itu menemui 96 kotak dibalut plastik hitam dan setiap kotak mengandungi lima bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan jernih disyaki syabu.

Sehubungan itu, polis kini mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai Lim Han Choo atau Ah Chiau, 55, nombor kad pengenalan 541230-10-5521 berasal dari Klang, Selangor.

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my/myMetro

Read More “TAHNIAH PDRM BERJAYA RAMPAS SYABU BERNILAI RM254 JUTA”  »»

DUNIA ARAK YANG SANGAT MENCABAR

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK DIBESARKAN
































Further Readings [HERE] and {HERE]





























































Kumpulan Dadah Penindas
ALKOHOL


Dr. Abu Bakar Abdul Majeed Dengan Kerjasama Pusat Racun Negara

LARANGAN untuk manusia meminum arak atau alkohol kerana akibatnya yang amat buruk, telah diketahui umum sejak sekian lama dahulu. Malah, setiap agama di dunia ini turut melarang sikap tersebut di kalangan para penganutnya.

Pada 1 Julai 1995, telah diumumkan penguatkuasaan undang-undang yang melarang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol di kawasan Lembah Kelang sebagai satu projek perintis. Mengikut undang-undang tersebut seseorang dilarang memandu atau cuba memandu kenderaan jika paras alkohol di dalam darahnya mencapai 80 mg/dl atau lebih. Satu kajian yang telah dijalankan dalam tahun 1991 menunjukkan hampir 20 peratus mangsa kematian akibat kemalangan jalan raya mempunyai paras alkohol di dalam darah melebihi 100 mg/dl.

Walau bagaimanapun, memang ada sedikit manfaat alkohol seperti kegunaannya sebagai agen pembunuh kuman atau disinfektan, antidot untuk keracunan metanol (yang mungkin mencemar tuak atau samsu haram), atau agen penyejuk bagi melegakan demam panas. Namun begitu, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa keburukan daripada kesan meminum alkohol jauh mengatasi kebaikannya.

Istilah alkohol berasal daripada bahasa Arab al-kuhol, yang bermaksud 'sesuatu yang tersembunyi' atau 'antimoni yang dipecah-pecahkan sehingga halus' yang digunakan sebagai celak. Akhirnya istilah ini memberi maksud 'bauan yang harum'. Ahli kimia Arab dipercayai pertama sekali melakukan proses penyulingan bagi menyediakan alkohol, manakala proses pembuatan minuman beralkohol yang sangat kuat melalui penapaian buah anggur pertama sekali dilakukan secara besar-besaran di Eropah pada sekitar tahun Masehi 1200.

Ramuan utama minuman beralkohol ialah etanol. Etanol ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menekan aktiviti otak, justeru mengubah kewibawaan akal fikiran. Penggunaan alkohol secara berterusan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum terpaksa mengambil amaun yang semakin banyak bagi mendapatkan kesan yang serupa. Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani dan jasmani.

Selepas diminum, alkohol mungkin diserap ke dalam darah melalui perut. Namun begitu, jalan utama kemasukan alkohol ke dalam darah ialah menerusi usus kecil. Alkohol erus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seleuruh tubuh. Seperti yang dinyatakan, kesa utama alkohol ialah di otak. Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti.
Perbandingan paras alkohol di dalam darah dengan kesannya terhadap otak

Semakin tinggi amaun alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Selain daripada kesan-kesan terhadap otak, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Alkohol juga menyebabkab keringsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Peminum alkohol didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

Bahaya alkohol juga amat ketara terhadap peminum alkohol kronik. Pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh mengakibatkan komplikasi fizikal, kejiwaan, dan sosial. Selain daripada ulser perut, alkohol juga dikesan menyebabkan sirosis hati di Hospital Kuala Lumpur di antara tahun 1982-1988. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah, dan ketandusan vitamin). Otot-otot, rangka, dan jantung juga mengalami degenerasi dalam jangka masa panjang.

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri. Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Justeru itu, jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya. Hanya manusia yang masih terus membebal!

Read More “DUNIA ARAK YANG SANGAT MENCABAR”  »»

ARAK MEMILIKI GAYA, MUTU & KEUNGGULAN

Untuk dibesarkan imej, sila klik pada imej berkenaan. Terima kasih






















































Tonik setan


Oleh FUAD HADINATA YAACOB, SHAMRAN SARAHAN dan FAUZI RAHIM MUSTAFA
Mymetro
KUALA LUMPUR: Harganya murah iaitu hanya RM4 sebotol, tetapi kesannya sungguh luar biasa. Ini menjadikan arak ini ‘minuman rasmi’ mat rempit dan bohsia sebelum beraksi di jalan raya dan melepaskan nafsu di ranjang.

Arak berjenama Thai Song yang diseludup dari negara jiran ini kini dijual secara berleluasa, termasuk di kedai runcit yang boleh dibeli remaja dengan bebas.

Minuman yang dianggap ‘tonik setan’ ini dianggap mampu membuatkan mereka khayal segera bagaikan steroid untuk meningkatkan keberanian melakukan aksi maut ketika menunggang motosikal.

Lebih memalukan, ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual mereka.


Thai Song dikatakan lebih ‘power’ berbanding arak lain berikutan mengandungi alkohol tinggi, mencecah 30 peratus. Bagi mendapatkan kesan lebih hebat, ada mat rempit mencampurkan arak itu dengan sejenis air berkarbonat serta pil ecstasy supaya lebih ‘kick’ (cepat dan lebih khayal).

“Sejam selepas itu, mula rasa khayal dan wujud perasaan berani. Apabila lupa diri, waktu itu ada yang berlumba, tidak kurang juga ambil kesempatan melakukan seks kerana lebih bertenaga dan menyeronokkan,” kata mat rempit yang hanya mahu dikenali sebagai Zan berusia 19 tahun.

Dia yang terbabit dalam aktiviti itu sejak berusia 15 tahun berkata, kesan khayal berlarutan antara tiga ke empat jam bergantung pada sebanyak mana seseorang itu meminumnya.

“Pernah kawan saya minum banyak botol, dia tidur dari jam 2 pagi hingga 5 petang keesokan. Apabila khayal, kita tak tahu apa yang kita buat, sebab itu kebanyakan mat rempit menjadikan tempat tersorok seperti bangunan lama atau hutan, malah kubur, sebagai tempat lepak untuk minum dan buat ‘projek’ (seks bebas).

“Apabila sudah pengsan, ia mengambil masa lama untuk sedar dan pulih,” katanya ketika ditemui di Bangsar, baru-baru ini.

Menurutnya, Thai Song dipilih kerana harganya murah dan senang dibeli, selain menjanjikan rasa khayal sama seperti minuman lain.

“Selain Thai Song, ada arak jenis lain seperti ‘kapak’ dan ‘99’ agak mahal dijual antara RM8 dan RM12 sebotol. Biasanya, kami memilih Thai Song kerana kebanyakan mat rempit dan bohsia tidak berduit dan masih bersekolah,” katanya yang sering berkongsi wang bersama rakan untuk membeli Thai Song.

Penganggur, Roy, 22, berkata dia mula minum Thai Song sejak dua tahun lalu kerana menganggap minuman itu lagi ‘power’ berbanding bir yang sekadar mengandungi lima hingga lapan peratus alkohol.

Katanya, bir yang mudah dibeli di mana-mana premis jualan runcit memerlukan belanja besar kerana ia perlu dibeli dalam jumlah banyak, antara empat hingga lapan tin bagi seorang dengan harga sekitar RM7 hingga RM9 setin.

“Kalau minum Thai Song, minum dua botol dah cukup boleh mabuk. Ia tidak sama macam bir yang membuat saya cepat mengantuk dan mudah hilang kawalan diri.

“Jika minum Thai Song, kepala ‘berdenyut’ dan membuatkan saya segar. Saya jadi lebih berani ketika beraksi di jalan raya, buat apa saja saya tidak takut,” katanya yang berasal dari Shah Alam.

Menurut Roy, dia dan rakan mengambil minuman berkenaan biasanya sebelum keluar merayau-rayau dengan motosikal mereka, sama ada sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Katanya, untuk tujuan itu, mereka sekadar mengambil dua hingga tiga botol minuman itu kerana jika diambil berlebihan mereka boleh lupa diri dan mabuk keterlaluan.

“Bahaya jika minum (Thai Song) dalam kuantiti banyak. Ia boleh menyebabkan saya hilang kawalan dan tidak sedar apa yang dilakukan.

“Cukup sekadar mengambil dua botol, itupun sudah ‘kick’. Bukan saja hilangkan rasa segan dan malu, malah ada kala saya dapat lakukan aksi luar biasa, seperti aksi ‘pacak’ dan memecut laju dengan lebih berani berbanding dalam keadaan normal,” katanya.

Pekerja kilang, Adi, 21, dari Kuala Lumpur, berkata meminum arak murah itu bagaikan perkara wajib kepada dia dan rakan jika hendak berlumba dengan geng motosikal daripada kumpulan mat rempit lain.

Katanya, selain mendapat keseronokan dan mabuk selepas meminum arak itu, mereka menjadi agresif dan ia dapat menghilangkan rasa gementar sebelum memulakan perlumbaan.

“Walaupun berlumba sekadar enam hingga 10 tiang (lampu), dalam keadaan normal saya akan berasa gementar. Selepas minum (arak), semua perasaan itu hilang.

“Ketika menarik pedal minyak motosikal, saya bertukar ghairah dan bersemangat. Ia sangat menyeronokkan,” katanya.

Menurut Adi, minum arak itu juga membuatkan dia kelihatan lebih hebat dan digeruni di kalangan mat rempit lain.

Katanya, ini kerana mat rempit yang tidak mengambil arak atau ganja dipandang rendah.

“Memalukan jika turun atas jalan kalau ‘kepala kosong’. Sudah jadi ‘trend’ di kalangan kami buat begini. Tidak kira sama ada ambil Thai Song atau ganja.

“Namun, bagi saya lebih selamat ambil arak. Jika dicekup polis dan pihak berkuasa pun, kesalahan minum arak tidak seperti ambil ganja yang boleh menyebabkan kami dihantar ke pusat serenti,” katanya.

Bagi pemuda berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Ali, dia ketagih Thai Song sejak tamat sekolah tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, dia sangat terseksa ketika mula mencuba minuman itu kerana rasanya pahit dan membuatkan dia mabuk sehingga pengsan.

“Arak ini memang kuat, pertama kali mencuba sukar mengawal diri. Perlu kerap minum supaya lebih biasa. Tidak seperti minum bir, mabuknya boleh dikawal kerana ‘kick’ lambat (terasa).

“Berbanding Thai Song, minum sebotol saja, kalau tidak biasa sudah boleh dapat kesannya. Paling penting, harganya murah dan tidak perlu berbelanja banyak untuk mabuk,” katanya yang kini menetap dengan keluarga di Petaling Jaya.

Selain berseronok, Ali berkata, dia juga meminumnya untuk mendapatkan keberanian ketika melakukan kegiatan mencuri motosikal bersama rakan.

“Susah bergerak (mencuri motosikal) dengan rakan kalau kepala tidak ‘berisi’. Jika dalam keadaan mabuk, saya lebih berani dan mudah jalankan tugas,” katanya.

Read More “ARAK MEMILIKI GAYA, MUTU & KEUNGGULAN”  »»

TAX PAYER CONTRIBUTES RM3K PER MONTH PER ADDICT

The government currently spends RM300 millions annually to support the drug addicts

in its rehabilitation programmes being implemented at the 26 rehab centres nationwide.

This
effort only enrich the various contractors and related parties manning the

centres. Of course the
programmes provide job opportunities for many bread winners

but it is at the expense of
countless other unfortunate souls and their families. 75% of

the "graduate addicts" will return to
the old habits in no time once they left the centres.

Read on to find out more.






Expert: Methadone way can save 90% cost in fight against dadah scourge

bernama/sun2surf
KUALA LUMPUR (Nov 23, 2008) : The government can effectively tackle dadah abuse and save about RM270 million annually in the process, if it fully implements methadone maintenance therapy (MMT) in the fight against the scourge.

Addiction psychiatrist Prof Dr Mohamad Hussain Habil who heads the Psychiatry Department at the University of Malaya's medical faculty, said MMT also reduces the risk of HIV infection as no needles were used.

At present, the government spends about RM300 million annually to tackle the problem through its zero-tolerance, long-term rehabilitation programme at the 26 rehabilitation centres nationwide, with little or no success.

This cost could be slashed drastically if MMT is used, he said, pointing out that it cost the government about RM3,000 per month per addict under the present rehabilitation system, while the cost using the MMT method is only RM300 per patient per month - giving a savings of 90%.

Besides the high cost, the methods used at the centres are not that effective as almost 75% of the addicts who left the centres returned to their old habit within a few months, he said.

He said a nationwide study by the university in 2005 showed that by using the MMT method, most heroin-addicted patients gained employment after six months of therapy and did not engage in high-risk behaviour like self-injection or promiscuity.

He estimated that there were about one million dadah addicts in the country today, with almost 800,000 addicted to heroin. The rest are using other drugs like ecstasy, ketamine, ganja.

Dr Mohamad Hussain added that under the MMT method, the addicts were treated just like other patients requiring medical attention for a disease, unlike in the 90s when heroin addicts were treated like criminals and the general feeling was that they should be ostracised, jailed and condemned.

The criminalisation of heroin dependency not only caused suffering to addicts and their families but also posed a financial burden to the government, he said.

Dr Mohamad Hussain explained that methadone was a drug which helped to reduce the craving in the addict, thereby helping him to kick the habit.

"It (dadah abuse) is just like any other disease, such as diabetes or hypertension, where long-term drug therapy is required to help the patient," he said, adding that there was also no known side-effect from the long-term use of methadone.

Dr Mohamad Hussain said the university had trained about 1,000 local doctors both in the private and public sector on MMT.

"This makes it easy for heroin addicts to seek treatment from a private clinic nearest their home while staying with their families," he said.

He hoped the Health Ministry which has started using MMT in its various hospitals would expand its use to benefit dadah addicts, and the nation as a whole.


More [HERE]

Read More “TAX PAYER CONTRIBUTES RM3K PER MONTH PER ADDICT”  »»

AWAS JANGAN TERTIPU: SMS/EMAIL/PANGGILAN YANG LUAR BIASA

Saudara Yang Di Muliakan: Kita dikurniakan aqal untuk berfikir dan membuat pertimbangan buruk baik, benar tipu, sahih palsu, karut marut, truth fraud, kenyataan atau lakonan dan seterusnya. Dalam kehidupan kita akan dilontar dengan pelbagai persoalan, berita, maklumat dan cerita yang mana kebanyakan waktu mahu tidak mahu kita terpaksa buat keputusan. Setelah keputusan dibuat kita kadang-kadang kena ambil tindakan atau berbuat sesuatu. Di sinilah integriti dan pegangan hidup kita tercabar.

Kisah-kisah wanita Malaysia terjerat oleh sindikat dadah antarabangsa dan penipuan saham internet heboh diperkatakan. Bagimana logik akal menunjukkan kita bahawa tidak munasabah dengan , tiba-tiba, tidak semena-mena satu email memberitahu yang kita adalah pemenang loteri di Netherland atau pewaris harta yang tersimpan di Bank Timbaktu atau kad SIM telah layak menerima hadiah lumayan. Kesemua kes di atas meminta nombor akaun kita atau kita terpakasa membayar dahulu sejumlah wang.

Kisah Wanita Malaysia merengkuk di penjara luar negara gara-gara terpedaya dengan lelaki Afrika yang manis mulut atau "tall, dark and handsome gaya Shah Rukh Khan" telah banyak berlaku. Chatting yang berakhir dengan kes rogol, tertipu wang ringgit atau rompakan telah banyak dilaporkan.

SMS berantai dan surat berantai hari-hari kita terima. Kenapa perlu ada mesej "sebarkan" di akhir pesanan ringkas. Sungguh mudah nak masuk syurga hanya " hantar SMS ini kepada 7 orang rakan anda yang baik-baik" atau "Masjid Aqsa sedang dikepung sekarang, baca........Sebarkan".

Di email khusus untuk aduan rakyat di DUN Selat Klang, saya telah menerima 70 spam yang memberitahu saya telah menang jutaan EURO atau USD!!!!!!!!!!!!! Cerita selanjutnya di bawah.






myMetro » BeritaUtama 25hb Mei 2008


Imam terjerat

Oleh Rashidi Karim


am@hmetro.com.my


KANGAR: “Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh,” kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, Muridi Mohammad.

Muridi, 42, berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.

“Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu.



Mengimbas kejadian itu, Muridi berkata, beliau menerima SMS daripada nombor telefon +6281584051 yang tertera ‘From Astro AF6. Nombor Sim Card anda berjaya memenangi RM14,000. Untuk info sila hubungi 0062817705397’ pada Selasa lalu.
Menurutnya, ketika dihubungi, seorang lelaki bertutur dengan pelat Indonesia mendakwa wakil Astro mengesahkan Muridi adalah pemilik kad modul pengenalan pengguna (SIM) bertuah, lalu meminta nombor akaun bank untuk urusan deposit wang hadiah.

“Pada mulanya saya sedikit ragu untuk mengikuti arahan terbabit, tetapi terpedaya dan menyerahkan satu daripada tiga nombor akaun milik saya yang mempunyai nilai simpanan paling sedikit.

“Saya kemudian diminta ke bank dan menghubungi nombor berkenaan untuk kali kedua, tetapi mula meragui dan terus memeriksa baki akaun sebelum mendapati dua transaksi tidak sah dilakukan dengan nilai pengeluaran masing-masing RM120.

“Pelik dengan kejadian berkenaan, saya terus meminta penjelasan bank sebelum dimaklumkan ia kejadian pertama seumpama itu dan terus membuat laporan di Balai Polis Kangar,” katanya

Selain itu, beliau membuat aduan mengenai penipuan terbabit di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perlis, Deputi Superintendan Wong Ing Sung, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 12 kes hampir sama terutama membabitkan penipuan SMS yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sindiket penipuan AF bukan perkara baru dan sudah lama berlaku. Malah, pihak berkuasa termasuk polis dan institusi perbankan di negara ini sudah berkali-kali mengingatkan orang ramai jangan mudah terpedaya.

“Berdasarkan maklumat, kami percaya mereka mempelbagaikan taktik termasuk menggunakan nama pelbagai jabatan atau syarikat termasuk Astro sebagai samaran untuk memperdaya mangsa bagi menyerahkan nombor akaun bank,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Perlis, Mohd A Aruwan Ab Aziz, berkata walaupun perkara ini bukan baru, ia aduan pertama diterima di negeri ini, terutama membabitkan penipuan SMS AF6.

“Kami akan memanjangkan aduan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut. Sementara itu, orang ramai diminta tidak menyerahkan sebarang butiran peribadi kepada pihak tertentu terutama yang menawarkan hadiah lumayan tanpa sebab.

“Seelok-eloknya, semak terlebih dulu sebarang peraduan melalui SMS dengan syarikat terbabit, sebelum memberikan maklumat bagi mengelak menjadi mangsa,” katanya.

Read More “AWAS JANGAN TERTIPU: SMS/EMAIL/PANGGILAN YANG LUAR BIASA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com