
Ketua Putera UMNO mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.
"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.
Azeez yang ketua Putera Umno, berkata beliau sedang mempertahankan Datuk Ismail Sabri daripada diperlakukan sedemikian rupa dalam kejadian pada kira-kira jam 9.20 itu.
"Masa saya nak selamatkan Datuk Ismail Sabri, saya telah kena pukul bertubi-tubi dan ditendang di belakang saya," katanya.
Beliau turut mendakwa, salah seorang daripada individu berkenaan telah memegang dan menggoncang badannya berkali-kali dan mengatakan kepadanya: "Tahu atau tidak rasuah tu haram?"
Katanya lagi, penyokong-penyokong berkenaan telah menunjukkan duit kertas kepadanya dalam kejadian berkenaan.
Buat laporan polis
"Yang saya pasti mereka adalah penyokong-penyokong PAS. Pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian PAS," katanya lagi, yang telah membuat laporan polis dan pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan.
"Saya tidak boleh bagitahulah hospital mana takut mereka datang kacau saya," katanya lagi.
Tambahnya, pemeriksaan x-ray yang dibuat di hospital berkenaan mendapati beliau kini menderita kecederaan tulang serviks akibat trauma, kesan daripada serangan tersebut.
Cerita selanjutnya di SINI-MALAYSIAKINI
AISEHMAN article on AZEEZ "The Lie Of The Land"
Di Kuala Terengganu Azeez membuat dakwaan yang sama
TELOK KEMANG, 5 Okt: PAS berpendapat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim layak dianugerahkan Tokoh Kontroversi Umno 2009 ekoran dakwaan Ketua Putera Umno itu kononnya dipukul lapan Pemuda PAS pada hari penamaan calon, di sini.
Ini kerana, semasa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Azeez juga membuat dakwaan yang sama dengan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya.
Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Azeez itu sekadar mencari publisiti murahan, sama seperti dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.
"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh 8 orang pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih waktu menunggu pengumuman SPR.
"Inilah kerja provokasi jahat Azeez, menggunakan media. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian melahirkan keraguan demikian kerana beliau sendiri sempat bersemuka dengan Azeez di perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Tambahnya lagi, Azeez tidak seperti seorang yang dipukul, jika dilihat sendiri pada keratan sebuah akhbar harian semalam.
Januari lepas, Azeez dilaporkan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Padahal, Azeez selaku salah seorang ejen yang membawa pengundi hantu di sana sebenarnya cuba meloloskan diri, apabila petugas-petugas PAS mula memburunya.
Salahuddin juga menyifatkan Azeez mempunyai niat yang sama, seperti di Kuala Terengganu dahulu.
Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut, Salahuddin berkata, PAS dan Pakatan tidak ada masa melayan politik kebudak-budakan Ketua Putera Umno Malaysia itu.
Tindakan Azeez itu memperlihatkan Umno sedang mencari rentak isu membenamkan kempen bersih Pakatan.
Sedangkan, khalayak mula mempersoal integriti Umno serta calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dipalit beberapa tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dzulfikar Mashoor/HARAKAHDAILY
CEDERA TULANG BELAKANG MASIH MAMPU BERJALAN SERTA TERSENYUM
3 OKTOBER PENAMAAN CALON & 11 OKT PRK BAGAN PINANG

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.
Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.
Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.
"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR
Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).
"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.
Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.
"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.
"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.
"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.
Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA/malaysiakini
PRK N11 PMTG PASIR: CALON PAS IALAH UST MOHD SALLEH MAN
Permatang Pasir: Salleh Man lawan Rohaizad
PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.
Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.
Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.
Wartawan Harakahdaily
====================================================================================
PRK N11: Penempatan Petugas PAS
Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN Pmtg Pasir
No Telefon : 04-3984226
Peta Lokasi SINI
1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung
2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor
3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru
4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera
5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor
6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal
7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan
8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam
9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas









