Apakah konsep 5M
Lazimnya rata-rata kita diajar konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selebih 2M lagi iaitu "memikir" dan "mengamalkan" tidak diajar diperingkat sekolah rendah hatta di peringkat Universiti unsur yang ke lima iaitu "mengamalkan" apa yang kita baca, tulis, kira dan fikir.
Maka "ilmu" dan "teori" akan tinggal sekadar di atas kertas atau di dalam otak , TIDAK dipraktikan atau diamalkan.
Jadi M yang kelima menekankan "amalkan apa yang kita tahu" atau "DO WHAT YOU KNOW" atau "JUST DO IT"
KUASAILAH 5M UNTUK MAJU
PROGRAM BTN ANTI 1MALAYSIA



Selangor rasmi boikot program BTN
Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.
Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.
Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.
Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.
Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama."
"Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.
"Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat."
Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.
ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Abdul Rahim Sabri/malaysiakini
Selangor boycotts Biro Tata Negara programmes
MODAL INSAN DUNIAWI UKHRAWI

Kualiti Hidup Boleh Dicapai Melalui Pembangunan Modal Insan SPIES
SHAH ALAM, 13 Okt - Pembangunan modal insan di Selangor, kini berteraskan konsep SPIES iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social yang diilhamkan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Usaha ini penting untuk melahirkan masyarakat Selangor yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara, sekaligus mewujudkan persekitaran hidup yang selesa dan selamat.
Program SPIES sudah diterapkan dipelbagai peringkat, termasuk institusi keluarga, sosial, pendidikan dan perkhidmatan di sektor awam, mahupun swasta.
Pada Dialog Bajet 2010 anjuran kerajaan negeri semalam, satu kertas kerja bertajuk “Kehidupan Masyarakat Berkualiti Melalui Pembangunan Modal Insan” turut dibentangkan oleh Pengurus Besar, Akademi Zakat Selangor, Dr Ruziah Ghazali.
Ketika membuat rumusan, Dr Halimah berkata, pendidikan dan pembangunan modal insan adalah tunjang kepada pencapaian kejayaan negeri Selangor.
“Kita mahu melahirkan insan-insan atau rakyat negeri Selangor yang mahu membina aset, mind set, attitude, yang mempunyai ilmu dan kemahiran, learned worker yang teachable, mahu melakukan, akan menjadi delivery system kepada dasar kerajaan, segala perancangan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor. Seluruh pembentang kertas kerja, seluruh Exco yang telah pun memberi ringkasan, rumusan dalam kertas kerja masing-masing telah secara langsung atau tidak langsung bahkan YAB Menteri Besar di dalam ucapan perasmiannya semalam pun menyebutkan bahawa pendidikan dan pembangunan modal insan adalah tunjang kepada pencapaian kejayaan di negeri Selangor ini”, kata Dr Halimah.
Beliau menegaskan, modul SPIES bukan hanya untuk peserta beragama Islam sahaja, bahkan pelaksanaannya adalah meluas dan holistic, merangkumi semua kaum.
Di samping itu, Dr Halimah turut mewujudkan majlis permaufakatan bagi menyelaras program modal insan yang berpotensi dengan mengembleng tenaga bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antaranya Majlis Permaufakatan PIBG, Majlis Permaufakatan Siswa Selangor, Majlis Permaufakatan Tadika Selangor dan Majlis Permaufakatan Pendidikan Islam Selangor.
Katanya, satu pengkalan data perlu diwujudkan untuk menyimpan maklumat terperinci setiap rakyat Selangor sebagai penanda aras dan mengenalpasti keberkesanan pembangunan modal insan yang holistic, melalui modul SPIES nanti.
“Kerajaan Negeri Selangor harus memfokus kepada usaha-usaha serius untuk mempertingkatkan kualiti hidup, mempertingkatkan lagi usaha-usaha untuk membangunkan rakyat di negeri Selangor ini, dan juga kita harus memikirkan bagaimana kita harus merancang dan kita harus menyokong dan mendokong mempertingkatkan kualiti rakyat di negeri Selangor ini. Jadi perancangan untuk memastikan segala pembangunan, segala struktur dan infrastruktur, pembangunan yang sebutkan tadi, mestilah diimbangi dengan pembangunan modal insan yang holistik mencakupi keupayaan mereka bersama dengan kita”, jelasnya lagi. -
MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/Selangorkini


