

Bagi Penasihat Undang-Undang, kuasa memecat atau menggantung tugas terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Datuk Ahmad Kamal Md Shahid (foto kanan), Tan Sri Mohd Sidek Hassan(foto kiri) dan Datuk Dr Abdul Rahman Hashim (foto tengah)
KSN: Pengantungan Abdul Rahman Dan Ahmad Kamal Tidak Sah
PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Mengikut peruntukan sedia ada, pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu Ahmad Kamal Shahid adalah tidak sah dan kedua-duanya masih layak menjalankan tugas seperti biasa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Beliau berkata Menteri Besar tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk menggantung kerja kedua-dua pegawai itu kerana kuasa untuk mengantung kerja seseorang pegawai awam adalah terletak pada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan.
"Bagi Penasihat Undang-Undang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar dalam talian yang menyatakan sebaik mengambil alih semula pentadbiran negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengantung tugas Abdul Rahman dan Ahmad Kamal.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Mohd Sidek berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.
Justeru katanya dalam keadaan kes itu, memandangkan alasan-alasan pengantungan tidak berbangkit maka kedua-dua pegawai tidak boleh digantung kerja.
Ketika ditanya sekiranya Mohammad Nizar tetap berkeras dengan keputusannya itu, beliau berkata: "Sebagai penjawat awam kita mengikut peraturan maka soal pertentangan tidak timbul, apa yang perlu ialah melaksanakan tugas mengikut peraturan".
Mohd Sidek berkata beliau akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada kedua-dua pegawai terbabit hari ini.
BERNAMA
=====================================================================================
Suspension of Perak SS and Legal advisor invalid: Sidek
PUTRAJAYA (May 12, 2009) : The suspension of Perak State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim and Perak Legal Advisor Datuk Ahmad Kamal Md Shahid is invalid and both of them are eligible to conduct their duties as usual, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan said today.
He said the Mentri Besar did not have the legal authority to suspend either of the officers as the power to suspend a public officer was vested with the relevant disciplinary authority.
"As for the legal advisor, the authority is vested with the Judicial and Legal Service Commission while in the case of the state secretary it is vested with the Public Service Commission," he told reporters after presenting 2008 excellent service awards for the Prime Minister's Department, here.
Mohd Sidek was asked to comment on news reports that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, after he was declared the rightful Mentri Besar of Perak yesterday by the High Court, had suspended Abdul Rahman and Ahmad Kamal.
Mohd Sidek said the suspension of a public officer was subject to the provisions of the Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993.
BERNAMA
SUK DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PERAK KEKAL (dwibahasa)
SIVAKUMAR SERLAH KEHEBATAN DENGAN MENYAMAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK
Satu lagi perkembangan yang menambahkan lagi kerencaman dan kekalutan di Perak. Speaker Sivakumar telah memfailkan satu tindakan undang-undang dan menyaman Penasihat Undang-undang Perak." I know what I'm doing" he must have said that.
Takut tengok kes-kes saman menyaman macam pesta berbalas pantun, engkau jual aku beli, engkau silap akau saman, jumpa di mahkamah. Biar Hakim yang arif tentang selok belok undang-undang lagi adil dan bijaksana dan bijak di sini buat keputusan. Tak puas hati dengan keputusan, mahkamah rayuan ada.
Sivakumar saman penasihat undang-undang negeri Perak
Satu lagi tindakan undang-undang difailkan berhubung kemelut politik di Perak apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, hari ini menyaman Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.
Writ saman itu difailkan melalui Tetuan, Tommy Thomas, di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil jam 3.40 petang, hari ini.
Sivakumar mahu mahkamah mengisytiharkan antaranya bahawa Penasihat Undang-undang Negeri Perak, yang namanya tidak dinyatakan dalam writ saman, bertindak tanpa kuasa apabila defendan mewakili beliau semasa permohonan injunksi dalam prosiding pertama dalam kamar hakim Selasa lalu dan semalam.
Sivakumar juga menuntut deklarasi bahawa defendan bertindak secara cuai dan memungkiri tugasnya sehingga menyebabkan injunksi itu dibenarkan terhadap beliau dalam prosiding pertama itu.
Speaker DUN Perak itu juga mahu perintah deklarasi bahawa defendan sudah memungkiri kewajipan fidusiarinya kepada beliau apabila mewakilkan dirinya sebagai peguam untuk pendengaran permohonan injunksi itu.
Di dalam pernyataan tuntutannya, Sivakumar memohon deklarasi bahawa perintah injunksi yang diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim dalam prosiding pertama adalah palsu, batal dan tidak sah.
Beliau meminta ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan, faedah, kos tindakan dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Sivakumar mendakwa sebagai Speaker DUN Perak yang dilantik selaras dengan Artikel 36(A) Perlembagaan Negeri Perak, beliau adalah ketua badan perundangan kerajaan di Perak.
Beliau mendakwa defendan adalah Penasihat Undang-undang kepada badan eksekutif kerajaan Negeri Perak, pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 5 Februari lalu yang bercanggah dengan kepentingan beliau yang bukannya seorang ahli BN.
Akibatnya, Sivakumar menegaskan bahawa sejak 5 Februari lalu, defendan tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk melindungi dan mengekalkan kepentingan beliau.
Secara alternatifnya, Sivakumar mendakwa defendan berada dalam keadaan konflik di antara kepentingan peribadinya dalam mempromosikan keperluan majikannya dan kewajipannya kepada beliau.
Sivakumar juga mendakwa beliau tidak pernah melantik defendan sebagai penasihat undang-undangnya dan tidak pernah berunding atau berkomunikasi dengannya.
Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan bantahan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bahawa Sivakumar tidak boleh diwakili oleh peguam, sebaliknya memutuskan bahawa Sivakumar hendaklah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak.
Sivakumar mendakwa selepas keputusan itu diumumkan pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu, peguam yang mewakilinya berundur daripada kamar pesuruhjaya kehakiman itu.
Beliau mendakwa berdasarkan laporan media, prosiding dalam kamar diteruskan tanpa kehadiran peguam Sivakumar untuk mendengar dan seterusnya membenarkan permohonan injunksi yang difailkan oleh Dr Zambry untuk menghalang Sivakumar daripada meneruskan sebarang persidangan DUN.
Bernama/ Berita harian Online


