Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Utusan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Utusan Melayu. Show all posts

INSAFLAH WAHAI NUJ UTUSAN MELAYU

Di dunia tuan-tuan rugi, tiada siapa yang kenang budi, di akhirat mungkin lebih teruk lagi.

"Asobiyah ialah kamu membantu kaum kamu melakukan kezaliman"-maksud Hadith Nabi SAW.

Ketua NUJ Utusan hadapi siasatan dalaman


Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Amran Ahmad hari ini dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib majikannya dalam siasatan dalaman yang bermula 10 pagi ini.

Amran dikenakan tindakan berkenaan dengan dakwaan memfitnah Utusan Melayu (M) Bhd selepas membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan syarikat.

Beliau hadir di Pusat Latihan Utusan di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sehingga 6 petang apabila prosiding tatatertib ditangguhkan kepada 11 Ogos.

Difahamkan beberapa saksi majikan telah dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan itu dan pemimpin kesatuan itu, setakat ini, belum membela diri.

Panel tatatertib itu dianggotai tiga pegawai kanan Utusan Melayu (M) Bhd yang diketuai oleh Pengurus Besar Pengiklanannya, Adi Satria Ahmad.

Sementara Amran diwakili oleh dua anggota exco NUJ Utusan - yang didedahkan nama mereka - dan Presiden NUJ Norila Daud bertindak sebagai pemerhati.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Kesatuan sekerja itu masih lagi bergelut untuk mematerai perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA sebelumnya.

Bagaimanapun perjuangan mereka untuk mendapatkan tuntutan CA itu masih gagal walaupun perjanjian lama telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

Abdul Rahim Sabri/Malaysiakini

Read More “INSAFLAH WAHAI NUJ UTUSAN MELAYU”  »»

UMNO TAK JAGA KEBAJIKAN PEKERJA SYARIKAT AKHBARNYA

"Piket ini adalah medan komunikasi yang berkesan untuk menyuarakan masalah kami" luahan hati Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Utusan Melayu yang menuntut hak mereka.

Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad berkata keputusan berpiket semasa Perhimpunan Agung UMNO dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya.


"Sebelum ini, kami telah menghantar surat kepada Presiden Umno, Timbalan Presiden Umno serta beberapa menteri dari Umno tetapi tidak mendapat maklum balas dan piket ini adalah medan komunikasi yang berkesan untuk menyuarakan masalah kami."


Tidak puas hati gaji:Wartawan Utusan ugut piket di sidang Umno

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu memberi kata kedua kepada majikannya iaitu Umno: meteraikan perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011 menjelang jam 6 petang Isnin depan atau menghadapi piket semasa perhimpunan agung Umno yang bermula keesokannya.

Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad berkata keputusan berpiket itu dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya.

"Kesatuan merasakan rundingan antara majikan Utusan dengan kesatuan tidak akan membolehkan kakitangan menikmati hak dan kebajikan yang setaraf dengan industri, justeru campur tangan pemilik Umno perlu bagi membantu kesatuan," katanya yang dipetik daripada Malaysiakini.

"Sebelum ini, kami telah menghantar surat kepada Presiden Umno, Timbalan Presiden Umno serta beberapa menteri dari Umno tetapi tidak mendapat maklum balas dan piket ini adalah medan komunikasi yang berkesan untuk menyuarakan masalah kami."

NUJ Utusan mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Rundingan CA terbaru NUJ Utusan itu adalah sambungan kepada CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

Mengulas lanjut, Amran berkata, NUJ Utusan bertekad untuk meminta pelarasan gaji 10 peratus untuk tempoh tiga tahun akan datang kerana NUJ cawangan The Star mendapat pelarasan 14 peratus, manakala NUJ kumpulan New Straits Times Press (NSTP) yang sedang berunding menerima tawaran 12 peratus.

"Permintaan kami ini tidak keterlaluan kerana masih di bawah pelarasan gaji kakitangan The Star dan NSTP selain Utusan diyakini mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat bayaran tersebut kerana sedang merancang untuk membina bangunan baru berharga RM60 juta," jelasnya.

Jika piket ini tidak berjaya untuk membantu matlamat kesatuan, tambah Amran, NUJ Utusan akan terus berusaha mengadakan pertemuan dengan lebih ramai pemimpin Umno bagi mendesak agar pengurusan atasan Utusan Melayu (M) Bhd memenuhi permintaan kesatuan.

azm /Harakahdaily/malaysiakini


Pautan NUJ-UM

Besar, Berani dan Berpengaruh

Read More “UMNO TAK JAGA KEBAJIKAN PEKERJA SYARIKAT AKHBARNYA”  »»

BEKAS KETUA PENGARANG UTUSAN KATA BN KALAH BAGUS UNTUK SEMUA

Said Zahari, lebih dikenali sebagai Pak Said, yang pernah ditahan di bawah ISA selama 17 tahun meramalkan bahawa UMNO mampu bangun semula jika ia mahu berubah kerana ia sudah mula tahu bagaimana hendak berubah. Teruskan membaca..

Umno mampu bangun semula jika sedar - Said Zahari

Ali Bukhari Amir
Wed | Jun 18, 08 | 12:22:22 pm MYT

SHAH ALAM, 18 Jun (Hrkh) - Jatuh bangun Umno sebagai sebuah parti Melayu banyak bergantung kepada sejauh mana kesedaran yang mereka terima hasil daripada kekalahan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kalau dia bermuhasabah, maka dia akan dapat melihat di mana kelemahannya. Dan dia akan dapat membuat pembaikan. Kalau tidak, mereka akan menjadi lebih teruk," kata bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Said berkata, semua penolakan rakyat ke atas BN ini berikutan kemarahan rakyat ke atas kepemimpinan Umno dan BN itu sendiri dan parti-parti itu perlu mengkaji dasar-dasar dan janji-janji mereka sebelum ini.

"Lihat di Pulau Pinang. Bagaimana orang Melayu di sana memberi reaksi kepada pemimpin bukan Melayu. Kemarahan itu menyebabkan peralihan kuasa itu boleh berlaku. Dan, kekuatan Gerakan dan MCA di situ telah musnah sama sekali.

"Satu lagi di Perak. Sama juga. Kalau di Kedah, saya rasa memang orang-orang Melayu telah memilih PAS. Dan, di Selangor pun begitu juga. Jadi, apabila kita lihat apa yang terjadi secara keseluruhan di negara ini, memang Umno sendiri dapat berasakan bahawa mereka telah hilang kuasa.

"Di Perak, susah Umno mahu terima hakikat mereka hilang kuasa itu. Dan juga di Selangor. Di sini kita lihat orang-orang Melayu di Selangor dan Perak telah beralih sokongannya. Inilah yang saya harap orang Umno akan sedar," kata beliau.

Bekas tahanan ISA selama 17 tahun ini juga menyifatkan dugaan yang diterima oleh PAS lebih besar dalam pilihan raya baru-baru ini berbanding parti-parti pembangkang lain.

"Ini kerana, PAS menghadapi dugaan dan rintangan yang jauh lebih besar. Kita ambil contoh negeri Kelantan. Bagaimana Umno ini sudah bersiap sedia untuk mengambil semula Kelantan. Sehinggakan mereka bawa orang luar Kelantan untuk pulang mengundi dengan suatu kepercayaan bahawa ada perubahan besar akan berlaku. Tapi, tetap tiada berlaku apa-apa perubahan," katanya.

[Wawancara eksklusif bersama Said Zahari boleh diikuti dalam siaran Harakah bersama Ahmad Lutfi Othman dan Ali Bukhari Amir.]

Read More “BEKAS KETUA PENGARANG UTUSAN KATA BN KALAH BAGUS UNTUK SEMUA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com