


Pada PR ke-10 (1999) hampir berlaku keganasan jika tidak kerana campurtangan pihak POLIS Klang apabila petugas PAS dihalang memasang poster di kawasan ini oleh puak UMNO. Malah tidak dibenarkan sebarang gerak kerja pilihanraya diadakan. Tiada satu poster atau benderapun yang mampu bertahan di tiang lampu jalan sebelum disabit atau dibuang.
Satu kain rentang raksaksa digantung pada pintu masuk kawasan ini yang tertera tulisan
"Bulan menumpang cahaya matahari, PAS menumpang belas ehsan Barisan Nasional"
Pada PR ke-11 (2004) para petugas PAS hanya mampu menaikkan beberapa bendera dan penduduk kawasan ini masih dalam ketakutan untuk menyokong PAS dek kerana ugutan pemimpin UMNO yang akan menyenaraihitamkan sesiapa yang menyokong PAS. Mereka diugut akan dihalau keluar dari kampung atau tidak akan menerima sijil TOL (temporary occupation of land) untuk tanah tapak rumah yang telah mereka diami hampir 20 tahun.
Pada tahun 2008, seperti yang umum maklum, satu tsunami politik telah melanda Malaysia dan kawasan ini yang juga berhampiran dengan pantai Selat Melaka tidak terkecuali dari dilanda tsunami.
Mulai tanggal 8hb Mac 2008, tempat yang disebut sebagai kubu kuat dan benteng UMNO kini dengan izin ALlah telah dapat ditembusi dengan tertubuhnya satu demi satu cawangan PAS. Tempat yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Kampung Sungai Sireh Tambahan Pelabuhan Klang yang diwartakan oleh SPR sebagai kawasan Parlimen Kapar dan di bawah DUN Selat Klang. Esok lusa mungkin bertukar kawasan jika ada proses pensempadanan semula oleh SPR untuk tujuan politik pihak tertentu.
Dengan izin ALlah pada malam bersejarah tanggal 8hb Februari 2009, beberapa hari selepas berlakunya peristiwa gerhana matahari, satu majlis yang sederhana bagi tujuan penyerahan borang seramai 130 orang ahli baru telah disempurnakan di Dewan Orang Ramai Sg Sireh Tambahan. Pada malam itu, dewan telah dibanjiri penduduk sehingga ada yang melempah ke luar.
PAS kawasan Kapar telah diwakili oleh Tn Hj Kamaluddin Johari selaku Timbalan YDP Pas Kapar menggantikan Dr Hj Rani Othman. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan bagi tujuan membentuk satu cawangan PAS. Turut serta ialah wakil PKR Selat Klang serta akhbar Harakah.








130 ORANG KELUAR BARISAN MASUK BULATAN DI MALAM BULAN MENGAMBANG
SATU DEMI SATU CAWANGAN UMNO BUNGKUS


Ahli Umno bakal sertai PAS beramai-ramai di Kubang Kerian
Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya rakan mereka di sini pula mengisytiharkan meninggalkan parti itu.
Hari ini seramai enam bekas Ketua Cawangan Umno di bahagian Kubang Kerian menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato' Husam Musa.
Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.
Mereka yang menyertai PAS iaitu bekas ahli jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Parit Barat, Mohd Noor Mustafa, Naib Ketua Cawangan Pasir Tumboh, Mohd Basir Mohd Zain, bekas Ketua Cawangan Taman Tiong, Ismail Daud.
Selain itu anggota jawatankuasa Cawangan Padang Enggang, Zahari Yaacob, ahli di cawangan Taman Tiong, Abdullah Kadir dan Mohamed Yusoff, bekas ketua cawangan Umno Pengkalan Patah.Image
Ismail Daud yang menjadi ahli Umno lebih 40 tahun berkata, Umno bukan lagi menjadi landasan kepada perjuangan orang Islam dan Melayu.
"Umno kini sudah hilang maruah. Kami merasakan Umno sudah hancur setelah menjalani pemilihan Umno peringkat cawangan Julai lalu. Rayuan kami terhadap penyelewengan yang berlaku tidak diendahkan pemimpin peringkat tertinggi," ujar beliau.
Mohd Basir Mohd Zain berkata, Umno sering mempermainkan hukum hudud seolah-olah memperlihatkan kejahilan mereka.
Menurutnya Umno yang menguasai negara ini sepatutnya melaksanakan hukum hudud dan bukannya mempersalahkan PAS yang hanya berkuasa di peringkat negeri.
"Saya amat tercabar apabila pemimpin Umno mempermainkan hukum Allah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang, sedangkan mereka tahu tanggungjawab itu di bawah bidang kerajaan pusat," ujar beliau.
Mohd Noor Mustafa memberitahu lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno termasuk pemimpin peringkat bahagian akan menyertai PAS selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Sementara itu, Husam berkata, Umno Kubang Kerian dan Kelantan kini sedang dilanda masalah dalaman terutamanya selepas pilihan raya umum ke-12 dan pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.
"Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyertai PAS. Ini memberi gambaran jelas akan reputasi Umno di kalangan ahli mereka sendiri telah tercemar," ujarnya.
Beliau juga berkata, mereka yang menyertai PAS itu akan dibawa membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.
SUMBER: HARAKAHDAILY
Mohd Nor Yahya / Foto Rizal Tahir
Aktiviti Exco Pendidikan & ADUN MERU pada 22/06/08: Majlis Penubuhan Cawangan PAS Tmn Sg Sireh P. Klang
Satu lagi cawangan PAS telah ditubuhkan di kubu kuat UMNO iaitu di Tmn Sg Sireh P. Klang pada malam 22hb Jun 2008. Turut hadhir ialah ADUN MERU merangkap YDP Pas Kawasan Kapar.
Para penyokong dan ahli PAS yang hadhir.
YB Dr Rani sedang berucap.
Penyerahan borang dan dokumen berkenaan.


