Pray For MH370

Pray For MH370

130 ORANG KELUAR BARISAN MASUK BULATAN DI MALAM BULAN MENGAMBANG













Pada PR ke-10 (1999) hampir berlaku keganasan jika tidak kerana campurtangan pihak POLIS Klang apabila petugas PAS dihalang memasang poster di kawasan ini oleh puak UMNO. Malah tidak dibenarkan sebarang gerak kerja pilihanraya diadakan. Tiada satu poster atau benderapun yang mampu bertahan di tiang lampu jalan sebelum disabit atau dibuang.

Satu kain rentang raksaksa digantung pada pintu masuk kawasan ini yang tertera tulisan

"Bulan menumpang cahaya matahari, PAS menumpang belas ehsan Barisan Nasional"


Pada PR ke-11 (2004) para petugas PAS hanya mampu menaikkan beberapa bendera dan penduduk kawasan ini masih dalam ketakutan untuk menyokong PAS dek kerana ugutan pemimpin UMNO yang akan menyenaraihitamkan sesiapa yang menyokong PAS. Mereka diugut akan dihalau keluar dari kampung atau tidak akan menerima sijil TOL (temporary occupation of land) untuk tanah tapak rumah yang telah mereka diami hampir 20 tahun.

Pada tahun 2008, seperti yang umum maklum, satu tsunami politik telah melanda Malaysia dan kawasan ini yang juga berhampiran dengan pantai Selat Melaka tidak terkecuali dari dilanda tsunami.

Mulai tanggal 8hb Mac 2008, tempat yang disebut sebagai kubu kuat dan benteng UMNO kini dengan izin ALlah telah dapat ditembusi dengan tertubuhnya satu demi satu cawangan PAS. Tempat yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Kampung Sungai Sireh Tambahan Pelabuhan Klang yang diwartakan oleh SPR sebagai kawasan Parlimen Kapar dan di bawah DUN Selat Klang. Esok lusa mungkin bertukar kawasan jika ada proses pensempadanan semula oleh SPR untuk tujuan politik pihak tertentu.

Dengan izin ALlah pada malam bersejarah tanggal 8hb Februari 2009, beberapa hari selepas berlakunya peristiwa gerhana matahari, satu majlis yang sederhana bagi tujuan penyerahan borang seramai 130 orang ahli baru telah disempurnakan di Dewan Orang Ramai Sg Sireh Tambahan. Pada malam itu, dewan telah dibanjiri penduduk sehingga ada yang melempah ke luar.

PAS kawasan Kapar telah diwakili oleh Tn Hj Kamaluddin Johari selaku Timbalan YDP Pas Kapar menggantikan Dr Hj Rani Othman. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan bagi tujuan membentuk satu cawangan PAS. Turut serta ialah wakil PKR Selat Klang serta akhbar Harakah.

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Terimakasih Dr. kerana sudi berkhidmat untuk kami penduduk kawasan N45.

Kami terhutang budi pada Dr. kerana mampu merampas kawasan ini dari umno yang durjana itu.Selagi ada umno dalam kekuasaan, negara Malaysia tak akan maju kerana sifat mereka yang amat rakus mengumpul harta.Kita mesti berkerjasama untuk membeteras rasuah dalam negara tercinta ini.
Yang tertindas khas nya Rakyat yang miskin. Khabar dari negeri Perak pun bukan nya baik lagi.Apakah pandangan Dr. untuk memberitahu dan menerangkan situasi sebenarnya kepada penduduk N45 tentang apa yang sedang di mungkiri dinegeri Perak selaku ADUN kami.


Terima kasih sekali lagi, Dr.
Saya minta diri.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com