Alhamdulillah isu tuntutan Brunei ke atas Limbang Sarawak akhirnya selesai. Semoga tiada lagi isu yang menjadi duri dalam daging di antara kita dengan jiran-jiran yang lain. Sudahlah Pulau Butih Putih menjadikan kita putih mata hingga bila-bila.
Brunei secara rasmi gugur tuntutan wilayah ke atas Limbang: PM
Brunei hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan wilayah ke atas Limbang.
Demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media di Kedutaan Malaysia di sini.
Terdahulu di Istana Darul Iman, Abdullah dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, menandatangani Surat Pertukaran bagi penyelesaian isu sempadan Malaysia-Brunei yang sudah lama berlarutan.
LIMBANG KINI MILIK KITA SECARA RESMI
JANGAN JADI BUAH CATUR AMERIKA-ZIONIS
PUTEH MATA KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH
Pedra Branca atau Pulau Batu Putih kini secara rasmi milik Singapura. Namun, Menteri Luar berpendapat bahawa keputusan ICJ PBB itu "menang-menang". Tolak ansur, tolak ansur masuk laut. Putih mata. Peta di bawah telah dilukis pada tahun 1979. Pulau tersebut telah wujud ribuan tahun. Sebelum ini semua orang tak kisah siapa punya pulau berkenaan.

Sila lihat kenyataan yang terdapat di Wikepedia
For over 130 years since 1847, Malaysia had been silent over Singapore's activities and exercise of sovereignty over Pedra Branca. No other state had challenged Singapore's claims, and she had done so without having to seek approval from any other state. Ambassador at Large Tommy Koh highlighted this, saying "A key feature of this case is the constant stream of Singapore's acts of administration in relation to Pedra Branca, contrasted with the complete absence of Malaysian activities on Pedra Branca or within its territorial waters, and with Malaysia's silence in the face of all these state activities of Singapore... Such silence on Malaysia's part is significant and must be taken to mean that Malaysia never regarded Pedra Branca as her territory. Lim, Lydia. "Malaysia's 130-year silence 'speaks volumes'", The Straits Times, 7 November 2007.
ICJ putuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura
| Harakahdaily Fri | May 23, 08 | 7:00:17 pm MYT | |
| THE HAGUE, 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah. Mahkamah itu juga, menurut laporan Bernama, menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatin adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah. Penghakiman itu menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan Singapura berhubung pulau itu, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, dan juga dua terumbu karang itu. Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor. Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa Bersatu. Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala. Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat Al-Khasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 Nov tahun lepas. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai 10 pagi di sini (4 petang di Malaysia). Menteri Luar Dato' Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di sini menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang". |


