Pray For MH370

Pray For MH370

PUTEH MATA KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH

Pedra Branca atau Pulau Batu Putih kini secara rasmi milik Singapura. Namun, Menteri Luar berpendapat bahawa keputusan ICJ PBB itu "menang-menang". Tolak ansur, tolak ansur masuk laut. Putih mata. Peta di bawah telah dilukis pada tahun 1979. Pulau tersebut telah wujud ribuan tahun. Sebelum ini semua orang tak kisah siapa punya pulau berkenaan.






Sila lihat kenyataan yang terdapat di Wikepedia

For over 130 years since 1847, Malaysia had been silent over Singapore's activities and exercise of sovereignty over Pedra Branca. No other state had challenged Singapore's claims, and she had done so without having to seek approval from any other state. Ambassador at Large Tommy Koh highlighted this, saying "A key feature of this case is the constant stream of Singapore's acts of administration in relation to Pedra Branca, contrasted with the complete absence of Malaysian activities on Pedra Branca or within its territorial waters, and with Malaysia's silence in the face of all these state activities of Singapore... Such silence on Malaysia's part is significant and must be taken to mean that Malaysia never regarded Pedra Branca as her territory. Lim, Lydia. "Malaysia's 130-year silence 'speaks volumes'", The Straits Times, 7 November 2007.

"Berdiam maknanya setuju", begitulah tindak tanduk Malaysia selama ini, membiarkan aktiviti tentera Singapura.


ICJ putuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura
Harakahdaily
Fri | May 23, 08 | 7:00:17 pm MYT

THE HAGUE, 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

Mahkamah itu juga, menurut laporan Bernama, menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatin adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah.

Penghakiman itu menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan Singapura berhubung pulau itu, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, dan juga dua terumbu karang itu.

Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala.

Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat Al-Khasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 Nov tahun lepas.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai 10 pagi di sini (4 petang di Malaysia).

Menteri Luar Dato' Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di sini menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang".

Comments :

4 comments to “PUTEH MATA KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH”
Canser vs B17 said...
on 

Salam Puan YB,

Saya tak mahu komen apa-apa dalam isu Batu Putih ini, kerana memang sudah dijangkakan akan kalah.

1) Kerana isu WPI yang banyak keuntungan kepada Singapura.
2) Kerana isu-isu seperti Pantai Holding, ECM Libra
3) Kerana hubungan kuat antara Khinzir Jantan dan Kalimullah.
4) Kerana Khinzir Jantan (KJ) amat akrap dengan pemerintah Singapura.
5) Hubungan diplomatik Singapura dan Israel/US amat rapat, tentulah dalam usaha melobi keputusan mahkamah.

Dalam senario di atas kita dapat menduga keputusan mahkamah tersebut. Dan apa yang dirisaukan kini, adakah Negeri Johor bakal tergadai dalam tempoh 20tahun lagi.

Dalam pada itu, bolehkah saya dapatkan email address YB Rodziah Ismail, kerana beliau adalah ADUN kawan saya iaitu Seksyen 24, Shah Alam, atau bagamana cara untuk saya menghubungi beliau, kerana urusan masalah setempat. Komplen ke MBSA sudah di ajukan dan tiada respons.

Terima Kasih
aimancrs@gmail.com

lan said...
on 

salam Johar
maaf la sibuk pula saya yang respond.. tapi kalau saudara ke website kerajaan Selangor, ada senarai nama dan contacts ADUN dan MP

siap ada alamat rumah lagi jadi boleh la melawat mereka :)

http://www.selangor.gov.my/main.php

Unknown said...
on 

Salam. Terima kasih kepada kedua Tuan yang telah respons. Tentang YB Rodziah, betul apa yang diberitahu oleh En Mohaamad. Masuk "ADUN" N31-40 ada maklumat tentang dia.

Respons saudara Faizal memang tepat. Inilah masalah pemimpin Melayu UMNO. Fikir duit dan keuntungan jangka pendek. Kepentingan Negara tak pernah fikir. WPI mereka tak kaji atau buat-baut tak tahu tentang implikasi jangka panjang. Terima kasih.

Canser vs B17 said...
on 

Terima kasih kepada En. Mohamad dan Puan YB, Insyallah akan cuba menghubungi YB Rodziah.

Berkenaan Pulau Batu Putih, nasi telah menjadi bubur dan perkara dah berlaku. Sekarang ini adalah masa untuk menentang perlaksanaan WPI, supaya generasi akan datang tidak menjadi pelarian seperti rakyat Palestin.

Khususnya kepada rakyat Johor, harus membuka mata dan minda akan kemungkinan yang bakal terjadi kelak. Apakah tindakan kita sekarang ini???? Mencegah lebih baik daripada merawat.

Terima kasih

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com