Pray For MH370

Pray For MH370

JANGAN JADI BUAH CATUR AMERIKA-ZIONIS


SATU set catur diperbuat daripada tokoh terkenal dunia termasuk Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad; pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden; bekas pemimpin Iraq, Saddam Hussein dan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, dilihat di sebuah sekolah tinggi dekat tepi pantai Bosphorus. Set catur itu menjadi tarikan ketika pengunjung lalu di sekolah Turki itu ketika Ratu Elizabeth melakukan lawatan ke Istanbul mulai semalam.



Malaysia jangan jadi macam buah catur Amerika seperti yang diumpamakan pada gambar di atas. Siapa yang menjaga Selat Teberau dan Selat Singapura sekarang? Putih mata pun disangka "win-win situation".

AS puji Malaysia kerana

peranan keselamatannya

Sumber: Bernama/ Berita Harian online

SINGAPURA: Amerika Syarikat hari ini memuji Malaysia kerana memainkan peranan efektif dan penting dalam aspek keselamatan antarabangsa secara keseluruhannya.

Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates, berkata Malaysia sudah membuktikan keupayaannya dalam melindungi Selat Melaka dan langkahnya menentang lanun dan pengganas.

Gates bercakap pada sidang akhbar di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-7 anjuran Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik (IISS) - Dialog Shangri-La di sini, selepas mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang turut menyertai dialog itu.

Gates berkata, hubungan antara AS dengan Malaysia terutama antara dua pihak tentera mereka adalah baik dan mereka sedang melihat peluang baru bagi mempertingkat kerjasama tentera. Beliau juga berkata, mereka sudah membincangkan mengenai bagaimana kedua-dua negara boleh membuat persiapan awal dalam memberi bantuan kemanusiaan dan bagaimana ini dapat disusun dengan lebih baik di peringkat serantau.

Najib yang hadir di sidang akhbar itu menyetujui komen Gates mengenai hubungan baik antara kedua-dua negara ketika ini. Katanya, Malaysia akan mencari jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan terutama dalam usaha menjamin keamanan dan keselamatan serantau.

Najib berkata mereka juga membincangkan perkembangan keselamatan di Asia Tenggara termasuk Selatan Filipina dan keselamatan maritim.

Najib dan Gates juga menyentuh isu yang berlaku di Afghanistan dan Timur Tengah.


Comments :

0 comments to “JANGAN JADI BUAH CATUR AMERIKA-ZIONIS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com