Sumber Suara Selangor Maju
SHAH ALAM, 16 Mei – Puan Sri Salbiah Tunut, isteri kepada Dato’ Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan isteri-isteri wakil rakyat Selangor di kediaman rasminya di Bukit Megawati, Seksyen 7 dekat sini.
Puan Sri Salbiah berkata pertemuan itu diadakan bertujuan memperkenalkan isteri-isteri wakil rakyat di negeri ini.
“Diharap dengan pertemuan ini kita dapat mengenali antara satu sama lain selain dapat menjalin persahabatan yang berkekalan,” katanya dalam pertemuan pertama mereka sejak Tan Sri Khalid dilantik sebagai Menteri Besar.
Program ramah mesra pagi tadi turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, So Soh Koon, isteri kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dan Datin Shahariah Hashim isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli Mahmud.-

Kelihatan isteri-isteri Yang Berhormat di majlis pertemuan di kediaman Dato' MB Selangor
Kelihatan YB Hannah Yeo.
Kelihatan YB Rodziah, Isteri YB Speaker Pn So Soh Koon dan Pn Sri SalbiahRead More “ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT BERTEMU” »»





















YAB Tan Sri Khalid bersama Puan Sri Salbiah (foto pada hari Penerimaan Watikah Pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selepas PRU 12)



