Pray For MH370

Pray For MH370

MELAYU YANG SERBA BOLEH KERANA JAHIL ATAU APA

Beberapa nama yang cemerlang, gemilang dan terbilang di alam Melayu dulu, kini dan mungkin selamanya pernah dan akan terlibat dengan menyebarkan kerosakan kepada umat Melayu yang rata-rata beragama Islam.

Tak percaya, Anda cuba layari laman web Carlsberg, siapa lembaga pengarah serta Pemegang saham terbesar, Genting siapa Timbalan pengerusinya, Sports Toto satu ketika dulu siapa ahli BOD.

Di bulan ramadhan al mubarak ini kita dikejutkan dengan berita seorang tokoh korporat Melayu haprak yang terlibat dengan pengeluaran arak, malah terlibat secara tidak langsung dengan penternakan KHINZIR di Vietnam (hog farm)



laporan berkaitan:

1.Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah pengeluar arak terbesar Filipina

2.Mirzan Mahathir appointed director on San Miguel Corp board

3.Mirzan says San Miguel stake is just business

Read More “MELAYU YANG SERBA BOLEH KERANA JAHIL ATAU APA”  »»

ADUN BATU TIGA LAPOR UGUTAN ROGOL

Pelbagai kata kesat dan mencarut telah keluat dari mulut hadirin Majlis Dialog Anjuran MBSA tentang pemindahan isu kuil sek 23 Shah Alam. Kesemua aksi dan ucapan peserta telah dirakamkan. Turut membuat laporan Polis ialah Ahli Majlis bandaraya Shah Aaalam Uthaya Sooriyan dan seorang penduduk Shah Alam Khairul Anuar Ahmad Zainudin.


Assemblywoman lodges report on rape threat


Maria J.Dass/sun2surf

SHAH ALAM (Sept 11, 2009): Batu Tiga assemblyman Rodziah Ismail who is embroiled in the heated issue pertaining the relocation of a temple from Section 19 to 23 in her constituency lodged a report today on a threat to rape her made during a Sept 5 dialogue with Section 23 residents.

The dialogue was organised to brief residents on the relocation and to gather their feedback on the matter but turned rowdy when a group of men claiming to be residents created a ruckus upon entry into the hall.

Some threatened to throw a chair and shoes, and hurled insults and profanities at Rodziah and her fellow panelist which included Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Shah Alam MP Khalid Abdul Samad, Selangor Development Corp general manager Othman Omar and Shah Alam City Council (MBSA) mayor Mazalan Md Noor.

The mother of three, who is also state executive councilor for Science, Technology, Innovation and Culture, lodged her report at the Section 11 police station here.

She said it was not her intention to prolong the issue but decided to lodge the report as she was concerned for the safety of her staff and herself.

In her report, she said among the audible words used against her were: “I will rape you Rodziah.” It is learnt that her staff had captured this threat on video.

Among other words used against her were "jalang" (slut), "babi" (pig) and "sundal" (loose woman) as the protestors asked her not to speak.

“This intimidation is a clear violation to my safety and honour, and I worry that other women too will have to face this environment when dealing with such people,” she said.

This kind of behaviour should be curbed to ensure that women everywhere feel safe, she added.

“The group had clearly attended the dialogue with the intention of tarnishing the image of the state government and individuals for certain political agenda,” she said.

Two other reports have been lodged on the threat, including one by a Shah Alam City Council (MBSA) municipal councilor Uthaya Sooriyan and Shah Alam resident and Keadilan Youth member Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

Also present at the police station today were Bukit Lanjan assemblywoman Elizabeth Wong and Pas Muslimat, Wanita Keadilan and DAP members.

-------------------------------------------------------------------------------------Rodziah Buat Laporan Polis Terhadap Ugutan Seksual

SHAH ALAM, 11.September- Laporan polis dibuat, hari ini, berhubung kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan terhadap Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail .

Beliau berkata, kata-kata kesat berbaur ancaman yang dilemparkan kepadanya semasa Sesi Majlis Dialog Awam bersama penduduk Seksyen 23, 5 September lalu dikhuatiri mengancam keselamatannya.

“Bukanlah hasrat saya, untuk memenjangkan isu ini, kerana isu sebenar ialah isu sebeanr ialah pemindahan kuil sek19 namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya semakin hari semakin bertambah memandangakan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata kepada media sebelum membuat rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis, Shah Alam, tengahari tadi.

Beliau yang juga ahli penal Dialog tersebut dicemari perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan tertentu yang mencetuskan kekecohan dengat kata-kata seperti “ Aku akan rogol kau, Rodziah!” yang boleh memburukan nama beliau.

“Dialog yang lepas begitu jelas perkara itu berlaku, begitu jelas hamburan kata-kata tetapi setelah semingu yang berlalu tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak tertentu,

“Saya telah hadir bagi wakil rakyat daerah itu bagi menyelesaikan masalah itu tapi apa yang saya dapati dalam dialog itu, beberapa perkataan yang menuju kepada saya iatu perkataan jalang, “Rodziah mengalahkan pelacur”, “babi” dan “sundal” dan satu kata yang menyentuh kepada keselamatan saya ialah, “Aku akan rogol kau Rodziah!, intimedasi ini jelas untuk memburukan nama dan menghina saya,” katanya.

Selain itu, katanya, tindakan melaporkan perkara ini juga bagi mewakili dan memperjuangkan melindungi hak kaum wanita diluar sana yang diancam dengan kenyataan berunsur ganguan seksual seperti itu.

“Saya akan bekalkan klip video yang menunjukan jelas perlakuan tersebut, saya tuntut pihak polis untuk menyiasat perkara ini sama-ada lemparkan kepada saya atau sesiapa yang yang dilamparkan, siasat mereka ini bawa kemuka pengadilan dan demi keselamatan semua individu terutamanya mereka tidak boleh menghina maruah wanita,” katanya.

KEMALIA OTHMAN/Selangorkini

Read More “ADUN BATU TIGA LAPOR UGUTAN ROGOL”  »»

"PAS FOR ALL" BERUSIA DUA TAHUN

Wawancara Bersama Pengerusi lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat: PAS for ALL - PAS untuk Semua

Read More “"PAS FOR ALL" BERUSIA DUA TAHUN”  »»

SAMPUL DUIT RAYA UNTUK DIJUAL

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor ada menjual sampul duit raya yang direkacipta khas untuk kegunaan muslimat dan muslimat sempena Eidul Fitri pada tahun untuk mengisi tabung LPN PAS Selangor bagi menampung kos aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Tempahan melalui email saya sujaki@yahoo.com atau hubungi 019-2729152

Harga untuk 100 keping RM14.00 tidak termasuk belanja penghantaran.

Sila dapatkan segera sementara stok masih ada.

Harap dapat war2kan kepada sahabat lain.


Sujak Ibrahim

Read More “SAMPUL DUIT RAYA UNTUK DIJUAL”  »»

KENYATAAN MEDIA DATO' MB SELANGOR ISU SPRM


KENYATAAN MEDIA
SEPTEMBER 12, 2009
PEGUAM NEGARA PERLU JAGA KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN KAKITANGAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor komited dalam melindungi kepentingan dan keselamatan semua
pegawai dan kakitangannya.
Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setelah mendapat persetujuan EXCO, telah mengeluarkan
Pekeliling No. 4 bertarikh 22 Julai 2009 yang menyatakan bahawa Pegawai dan Kakitangan perlu memberi
kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di antara 8.00 pagi sehingga 6.30
petang di dalam pejabat masing-masing dan dengan diberi akses kepada khidmat guaman.
Malangnya, keputusan ini ini telah ditentang oleh Peguam Negara Malaysia yang telah memfailkan saman
pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Ogos 2009 untuk membatalkan pekeliling tersebut.
Saya sebagai Menteri Besar dan bagi pihak Kerajaan Negeri telah pun menjawab afidavit Peguam Negara
dan antara lain telah menyenaraikan kes-kes penyiasatan dan soal-siasat yang telah dilakukan oleh SPRM di
semua peringkat, bermula dengan saya,sebagai (i) Menteri Besar, (ii) Pegawai Kewangan Selangor (iii)
pekerja-pekerja di Pejabat Menteri Besar (iv) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) dan (v)
pembantu mereka, (vi) Ahli Dewan Negeri Selangor, (vii) kakitangan awam di Pejabat Tanah dan Daerah dan
Majlis Perbandaran di negeri Selangor dan juga (viii) kakitangan Syarikat-syarikat Negeri dan anak-anak
syarikatnya.
Siasatan yang dijalankan akan dibuat secara mengejut tanpa mengira masa, sehingga ada yang melewati
tengah malam dan keesokan harinya. Malah, saya juga telah memperincikan bagaimana siasatan SPRM telah
dilakukan secara rambang sehingga kerapkali berlaku pemancingan bukti semata-mata.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Selain daripada afidavit tersebut, Kerajaan Negeri Selamgor juga telah memfailkan satu Saman Dalam Kamar
juga di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membatalkan permohonan Peguam Negara. Kami berasa perlu
membuat permohonan ini kerana, kami berpendapat, antara lain, Peguam Negara tiada locus standi untuk
memulakan prosiding ini yang sepatutnya dimulakan oleh SPRM.
Kami menyatakan bahawa Seksyen 30 Akta SPRM yang membenarkan para pegawai SPRM menyoal siasat
pada bila-bila masa dengan menggunakan apa cara sekalipun perlu dilaksanakan dengan mengambil kira hakhak
di bawah Perlembagaan dengan pendekatan penyiasatan yang professional. Di dalam kes ini, hak-hak
asasi telah dikesampingkan dan berlaku pelanggaran hak kebebasan asasi atau kebebasan diri yang
diperuntukkan dalam Perkara 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajan Negeri berpendirian bahawa peruntukan SPRM tersebut juga tidak konsisten dengan hak seorang
pekerja Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditahan untuk dinasihati oleh seorang peguam pilihannya seperti
yang disebut dalam perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri juga berpendapat tindakan SPRM merupakan satu bentuk diskriminasi yang nyata terhadap
Kerajaan Negeri Selangor berbanding dengan kes-kes lain yang disiasat di negeri-negeri lain di Malaysia pada
masa yang sama.Oleh itu, kami juga berpendirian bahawa peruntukan tersebut adalah tidak konsisten dengan
perlindungan Kesamarataan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu bentuk
diskriminasi kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam perkara 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, pada pandangan saya, adalah wajar bahawa sebagai penjaga kepentingan awam, Peguam Negara
Malaysia bukan hanya perlu menjaga kepentingan SPRM sahaja tetapi juga kepentingan dan keselamatan
18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Read More “KENYATAAN MEDIA DATO' MB SELANGOR ISU SPRM”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com