Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN MEDIA DATO' MB SELANGOR ISU SPRM


KENYATAAN MEDIA
SEPTEMBER 12, 2009
PEGUAM NEGARA PERLU JAGA KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN KAKITANGAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor komited dalam melindungi kepentingan dan keselamatan semua
pegawai dan kakitangannya.
Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setelah mendapat persetujuan EXCO, telah mengeluarkan
Pekeliling No. 4 bertarikh 22 Julai 2009 yang menyatakan bahawa Pegawai dan Kakitangan perlu memberi
kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di antara 8.00 pagi sehingga 6.30
petang di dalam pejabat masing-masing dan dengan diberi akses kepada khidmat guaman.
Malangnya, keputusan ini ini telah ditentang oleh Peguam Negara Malaysia yang telah memfailkan saman
pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Ogos 2009 untuk membatalkan pekeliling tersebut.
Saya sebagai Menteri Besar dan bagi pihak Kerajaan Negeri telah pun menjawab afidavit Peguam Negara
dan antara lain telah menyenaraikan kes-kes penyiasatan dan soal-siasat yang telah dilakukan oleh SPRM di
semua peringkat, bermula dengan saya,sebagai (i) Menteri Besar, (ii) Pegawai Kewangan Selangor (iii)
pekerja-pekerja di Pejabat Menteri Besar (iv) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) dan (v)
pembantu mereka, (vi) Ahli Dewan Negeri Selangor, (vii) kakitangan awam di Pejabat Tanah dan Daerah dan
Majlis Perbandaran di negeri Selangor dan juga (viii) kakitangan Syarikat-syarikat Negeri dan anak-anak
syarikatnya.
Siasatan yang dijalankan akan dibuat secara mengejut tanpa mengira masa, sehingga ada yang melewati
tengah malam dan keesokan harinya. Malah, saya juga telah memperincikan bagaimana siasatan SPRM telah
dilakukan secara rambang sehingga kerapkali berlaku pemancingan bukti semata-mata.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Selain daripada afidavit tersebut, Kerajaan Negeri Selamgor juga telah memfailkan satu Saman Dalam Kamar
juga di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membatalkan permohonan Peguam Negara. Kami berasa perlu
membuat permohonan ini kerana, kami berpendapat, antara lain, Peguam Negara tiada locus standi untuk
memulakan prosiding ini yang sepatutnya dimulakan oleh SPRM.
Kami menyatakan bahawa Seksyen 30 Akta SPRM yang membenarkan para pegawai SPRM menyoal siasat
pada bila-bila masa dengan menggunakan apa cara sekalipun perlu dilaksanakan dengan mengambil kira hakhak
di bawah Perlembagaan dengan pendekatan penyiasatan yang professional. Di dalam kes ini, hak-hak
asasi telah dikesampingkan dan berlaku pelanggaran hak kebebasan asasi atau kebebasan diri yang
diperuntukkan dalam Perkara 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajan Negeri berpendirian bahawa peruntukan SPRM tersebut juga tidak konsisten dengan hak seorang
pekerja Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditahan untuk dinasihati oleh seorang peguam pilihannya seperti
yang disebut dalam perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri juga berpendapat tindakan SPRM merupakan satu bentuk diskriminasi yang nyata terhadap
Kerajaan Negeri Selangor berbanding dengan kes-kes lain yang disiasat di negeri-negeri lain di Malaysia pada
masa yang sama.Oleh itu, kami juga berpendirian bahawa peruntukan tersebut adalah tidak konsisten dengan
perlindungan Kesamarataan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu bentuk
diskriminasi kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam perkara 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, pada pandangan saya, adalah wajar bahawa sebagai penjaga kepentingan awam, Peguam Negara
Malaysia bukan hanya perlu menjaga kepentingan SPRM sahaja tetapi juga kepentingan dan keselamatan
18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Comments :

0 comments to “KENYATAAN MEDIA DATO' MB SELANGOR ISU SPRM”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com