Pray For MH370

Pray For MH370

NERACA DAN TIMBANG MESTI SESUAI DAN BETUL

Ayat-ayat Cinta Datuk Maslan:" UMNO menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat dalam aspek pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, dan juga Barisan Nasional (BN),"

Kita yang telah dikurniakan akal fikiran yang waras mampu menilai kenyataan di atas. Pertimbangan kita mesti tepat dan betul. Timbang emas tak boleh digunakan untuk menimbang kelapa sawit.

Najib Lancar Program UMNO Juara Rakyat Sabtu Depan

HULU SELANGOR, 2 Jan (Bernama) -- Program Umno Juara Rakyat peringkat kebangsaan akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti di Bandar Bukit Sentosa di sini pada Sabtu depan.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Program terbesar Umno itu pada tahun ini juga bermakna Umno berusaha menjadi nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan Umno, kalau ada masalah apa-apa Umno yang datang dulu turun padang menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat program berkenaan di Pusat Komuniti Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa di sini, pada Sabtu.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Umno negeri akan melaksanakan program itu secara bergilir-gilir setiap bulan bermula di Selangor mengikut tema tertentu manakala semua 191 bahagian Umno di seluruh negara akan melaksanakan program Umno Juara Rakyat pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam pada setiap minggu.

"Antara perkara yang kita tumpukan dalam program ini ialah mengenai pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, sejarah Umno dan juga Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata pelancaran program berkenaan pada 8 hingga 10 Jan dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang yang terdiri daripada anggota Umno, parti komponen BN dan penduduk sekitar.

"Sebanyak 125 gerai pameran melibatkan 100 pengusaha swasta dan individu akan disediakan selain pelbagai aktiviti menarik lain seperti majlis Forum Perdana yang akan dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Jan.

"Selain itu ada juga pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan, pertandingan nasyid serta futsal, sesi bersama ikon rakyat dan banyak lagi...jadi saya menyeru semua dapat hadir memeriahkan majlis," katanya.

Ditanya mengapa lokasi di kawasan Hulu Selangor dipilih untuk majlis perasmian program itu, Ahmad berkata ia adalah permintaan Perdana Menteri yang ingin turun padang bertemu masyarakat.

"Kita nak elakkan program Umno hanya bertumpu di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur) sahaja, kita nak anjakkan ke kawasan pedalaman kerana permintaan Datuk Seri Najib yang ingin turun padang," katanya.
BERNAMA

Read More “NERACA DAN TIMBANG MESTI SESUAI DAN BETUL”  »»

OPERASI BERSEPADU TANGANI JENAYAH SYARIAH

Operasi bersepadu wajar dijalankan dari masa ke semasa bertujuan menguatkuasakan enakmen jenayah syariah serta mencegah jenayah syariah yang semakin meningkat dalam rangka amar bil makruf wan nahyu anil munkar. Adalah menjadi tanggung jawab pihak berwajib agar aqidah serta akhlak muda mudi Islam terpelihara.

208 Peserta Tahun Baru Ditahan Dalam Operasi Bersepadu JAIS

Sebanyak 208 tangkapan melibatkan kesalahan minum minuman keras dan berkhalwat dibuat Jabatan Agama Islam Selangor dalam satu Operasi Khas Tahun Baru 2010 di sekitar Shah Alam, Klang dan Kajang malam semalam.

Operasi itu juga mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, “Daripada jumlah tersebut lebih kurang 200 anggota telah turn bersama, tempat-tempat yang ditujui adalah di taman-taman, pusat-pusat rekreasi, tempat awam hotel dan pusat-pusat hiburan. Operasi bagi tahun baru ini juga pihak penguatkuasaan JAIS dibahagi kepada beberapa zon seperti di Shah Alam, Klang dan Kajang,”katanya.

Operasi yang bermula tepat jam 12 malam berakhir jam 4.30 pagi tadi menyaksikan 25 tangkapan bakal di hadapkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam, 40 kes ke Mahkamah Syariah Kajang dan 33 kes ke Mahkamah Syariah Klang.

Sementara itu, sebanyak 44 tangkapan diarahkan mengikuti sesi kauseling ibu pejabat JAIS, 12 di Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan 54 di Pejabat Agama Islam Daerah Kajang yang diadakan sejurus selepas tangkapan dilakukan.

TVSelangor

Read More “OPERASI BERSEPADU TANGANI JENAYAH SYARIAH”  »»

ROTI PUTIH DAN GULA PEMANGKIN KENAIKAN KOS HIDUP

Apapun alasan serta rasional kenaikan harga gula serta roti putih, para peniaga makanan tidak akan berdiam diri dan menerima kenaikan harga barangan tersebut dengan hati terbuka.

Jikalau kenaikan RM0.20 bagi sekilo gula pasir, harga secawan atau segelas minuman panas akan naik sekurang-kurangnya lima atau sepuluh sen. Sekilo gula boleh digunakan untuk menyediakan berpuluh gelas minuman panas. Yang mampu meraih untung berlipat kali ganda ialah peniaga minuman.



Pembekal dan pemborong gula pula akan menwujudkan suasana seolah-olah bekalan gula di pasaran semakin kurang, sekaligus mengalakkan "budaya sorok". Cerita selanjutnya di SINI dan SINI.


Harga Gula Naik 20 Sen


PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Beliau berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Jan 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Katanya kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

"Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, " katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

"Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

"Tertinggi ialah krimer pekat manis, jika beratnya 505 gram dengan anggaran kandungan gula sebanyak 228 gram, kesannya ialah 4.6 sen iaitu kurang daripada 5 sen," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, selepas cuti tahun baru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan persatuan tertentu bagi memberi nasihat agar tidak menaikkan harga barangan berasaskan gula kerana kesannya sangat minimum.

"Pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga juga akan turun padang untuk melihat keadaan harga barangan yang berasaskan gula, dan jika ada kenaikan harga yang begitu tinggi, pihak kementerian akan menasihatkan agar tidak berbuat demikian," katanya.

Bagi roti putih pula, katanya peniaga tidak boleh menaikkan harga pada hari ini dan ia boleh dilakukan mulai esok berasaskan pertimbangan mereka.

BERNAMA/foto mymetro

PENIAGA TERPAKSA NAIKKAN HARGA CENDO
L

Read More “ROTI PUTIH DAN GULA PEMANGKIN KENAIKAN KOS HIDUP”  »»

SEMINAR IBU BAPA IDAMAN SELANGOR MODUL SPIES

Program telah berlangsung pada 30hb Disember 2009 bertempat di Lotus Hall Petaling Jaya Selangor.



Read More “SEMINAR IBU BAPA IDAMAN SELANGOR MODUL SPIES”  »»

KRITERIA KEMASUKAN KE IPTA

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPTA di www.upu.mohe.gov.my


Prinsip Meritokrasi Untuk Masuk Ke IPTA Kekal


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Prinsip meritokrasi yang menggunapakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum dikekalkan untuk pengambilan kemasukan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

"Markah kokurikulum 10 peratus diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memandangkan penganjuran, pemantauan, penilaian dan penglibatan pelajar adalah di bawah kawalan kementerian berkaitan," kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi (foto di atas) dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Kementerian Pengajian Tinggi akan terus menerima markah kokurikulum 10 peratus daripada Kementerian Pelajaran untuk dipadankan dengan markah akademik 90 peratus yang diperoleh daripada agensi-agensi peperiksaan bagi menentukan markah merit seseorang calon, katanya.

Dr Radin Umar berkata Kementerian Pengajian Tinggi menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai dasar yang diguna pakai bagi pengiraan markah kokurikulum dalam permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA.

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengedarkan brosur lengkap ke semua sekolah menengah seluruh negara mulai minggu pertama Nov lepas mengenai dasar, prosedur permohonan, pemilihan dan kaedah pengiraan markah merit bagi pencapaian akademik dan kokurikulum calon untuk kemasukan ke IPTA.

"Pemohon digalakkan untuk mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan yang jelas serta tepat daripada guru bimbingan dan kaunseling sekolah sebelum mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011," katanya.

Mereka juga boleh melayari laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPTA di www.upu.mohe.gov.my.

Mereka juga boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara "Jom Masuk U" Tahun 2010 di 10 zon terpilih di seluruh negara mulai 9 Jan hingga 29 Mac bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling daripada institusi pengajian tinggi terlibat.

Read More “KRITERIA KEMASUKAN KE IPTA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com