Pray For MH370

Pray For MH370

Ziarah/kunjung hormat YB DR HALIMAH -Naib Musrsyidul Am 1&2 Ikhwan Muslimun



 Kaherah
21.4.12

Kunjungan EXCO Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan Tinggi ke Mesir sudah lama ditunggu oleh para pelajar Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Bagi kunjungan kali ke 2 setelah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor, beliau telah membawa bersama wakil Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor yang diketuai oleh Penasihatnya Ustaz Fauzan dan Pengerusinya Akram Ikrami bin Taib Azamuden yang juga merupakan Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia).

 Selain daripada bertujuan meninjau keadaan pelajar dan menyumbang RM20ribu kepada BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR Mesir dan memberi motivasi IMTIHAN kepada pelajar yang 'exam fever' samada daripada jurusan agama mahupun perubatan dan kesihatan, YB Dr Halimah dan rombongan juga mengambil kesempatan menjejaki ilmuwan tersohor yang telah mengamalkan ilmu mereka sehingga hembusan nafas terakhir seperti AL MARHUM IMAM SHAFIE DAN SYAHID IMAM HASAN AL BANNA.Ini sesuai dengan dasar PROJEK JEJAK ILMUWAN SELANGOR yang telah dilancar oleh YAB MB Selangor Julai 2008.

 Kesempatan untuk mengadakan kunjung hormat kepada Ikhwan Muslimun yang diakui dunia sebagai contoh gerakan utuh yang jelas berjaya menongkah arus , merentasi belantara dan di pukul badai namun akhirnya alhamdulillah dengan iltizam, istiqomah dan silah serta ukhuwwah yang dipraktikkan secara sistematik dan sedar dan semangat jihad maksima mereka sudah menghampiri puncak kejayaan.

Peluang bertemu dan berbincang serta mendengar nasihat dan pesanan daripa kedua-dua NAIB MURSYIDUL AM    (1 dan 2) Ikhwanul Muslimun adalah peluang yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Mentakdirkan. Tidak sia sia doa minta dipertemukan dengan orang baik dan soleh.Alhamdulillah. Masyaallah.
 Dalam kerancakan berbual, azan dikumandangkan, maka kami hentikan perbualan dan semua yang hadir solat bersama dengan Naib Mursyidul Am. Selesai solat kami sambung semula.
Antara pesanan dan juga jawapan kepada orang muda dan khususnya mahasiswa sangat membanggakan dan mengkagumkan kerana bersifat praktikal dan kontemporari.
Tidak ada syak mereka sesuai mengemudikan Mesir.
Mahasiswa katanya perlu menekankan tumpuan kepada pelajaran, cari ilmu, kita perlu perlbagai jenis ilmu dan kemahiran. Kita perlu bukan sahaja ilmu ukhrawi malah mesti dikembarkan dengan ilmu duniawi untuk melayakkan diri mengurustadbir bumi.


Maka sudah je;las bagi mereka yang mahu berjuang tidak ada alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh.

Jangan buat helah mahu 'beribadah' sahaja sedangkan strategi perjuangan jemaah yang diagungkan mempunyai tasawwur yang jelas dan berbeza dengan yang ditanggapi.

Dr Halimah dan Naib Mursyidul Am 1

Makam Imam Shafie

Read More “Ziarah/kunjung hormat YB DR HALIMAH -Naib Musrsyidul Am 1&2 Ikhwan Muslimun”  »»

POLIS BERTINDAK "PROFESSIONAL" MENJADI MANGSA.......


Jawapannya di akhir posting.

Polis yang jadi mangsa, kata Najib

Hisham: Polis tangani perhimpunan secara profesional

 Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan hari ini walaupun berlaku provokasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.
  
"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini, penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan.
  
"Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya kepada pemberita.
  
Beliau mengulas kejayaan polis menghalang percubaan peserta perhimpunan haram itu menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh penghalang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai semalam hingga 1 Mei.

Hishamuddin kesal dengan pihak penganjur dan peserta yang sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
  
Katanya, peserta perhimpunan itu perlu 'membayar balik setimpal' apa yang mereka lakukan iaitu menggadaikan keselamatan majoriti orang awam demi menyuarakan hak asasi mereka.
  
"Saya sedih dengan usaha transformasi kerajaan yang cuba kita bawa, seperti menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, tetapi telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan mengajak rakyat berdemonstrasi dan mengancam keselamatan awam," katanya.
  
"Perkara mengenai orang ramai perlu lihat secara teliti, apa yang cuba penganjur katakan perhimpunan ini adalah aman tetapi tidak aman," katanya.
  
Hishamuddin berkata bukan perkara mudah bagi kerajaan untuk mencapai keseimbangan antara hak asasi manusia dengan menjaga keamanan negara.
  
Beliau berkata perhimpunan hari ini tidak menjejaskan keselamatan dan kepentingan awam di negara ini dan yakin dengan kemampuan polis menjaga keselamatan awam.
  
Menurut laporan Polis Bukit Aman, sehingga 8 malam, seramai 388 orang yang berada di perhimpunan itu telah ditahan dan mereka telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Sementara itu, di SHAH ALAM, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sudah sampai masa golongan majoriti senyap melahirkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap perbuatan menimbulkan huru-hara dan menzahirkan perasaan jijik mereka dengan perbuatan yang melanggar peraturan.
  
"Kita tak mahu perkara huru-hara, tidak ikut peraturan ini terus menjadi budaya minoriti yang vokal yang diketuai dan didalangi pembangkang." katanya mengulas tindakan mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia bersama Persatuan Bekas Polis DiRaja Malaysia Selangor di Universiti Teknologi MARA, Ahmad berharap rakyat sedar tindakan kumpulan yang menyusahkan rakyat termasuk pemandu teksi, merugikan peniaga selain menakutkan pelabur serta pelancong.
  
Beliau berkata masa depan negara tidak harus dipertaruhkan di tangan pergerakan seperti penganjur perhimpunan hari ini yang hanya mewakili kalangan minoriti di negara ini.
  
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata majoriti rakyat negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian, keharmonian, keselamatan, kemakmuran adalah golongan yang senyap.

- Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan luar kawalan pihak polis terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 adalah disebabkan 'rusuhan psikologi' yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

Beliau turut mendakwa, secara umumnya, tindakan 'ganas' peserta perhimpunan BERSIH pada Sabtu lalu adalah tertumpu kepada pihak polis.Laporan penuh di SINI

Jawapannya..POLIS atau PDRM sama ada FRU, trafik Cawangan Khas dll adalah mangsa kerakusan kerajaan BN. noktah

Read More “POLIS BERTINDAK "PROFESSIONAL" MENJADI MANGSA.......”  »»

PERCUMA : kERAJAAN Selangor biaya kelas tambahan SPM 2012 pelajar miskin

29.4.12
DEWAN JUBLI PERAK
SUK
SHAH ALAM

Anak Selangor yang berasal daripada keluarga yang miskin sentiasa mendapat perhatian dan menjadi paksi perkiraan kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR dalam menentukan agihan hasil mahsulnya.
Dengan konsep merakyatkan ekonomi Selangor, iaitu ikhtiar serius kerajaan yang untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk Selangor dengan memfokus kepada ruang dan potensi terbaik bagi mengeluarkan keluarga miskin daripada kepompong kemiskinan. Semua pihak bersetuju bahawa pelaburan kepada pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang ke arah menjamin masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda keluarga tersebut.
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menepati permintaan pasaran terkini, anak daripada keluarga miskin ini akan sekurang-kurangnya mendapat pekerjaan yang lebih terjamin dan diharapkan melepaskan mula-mula dirinya daripada belenggu kemiskinan yang lazimnya menjadi tradisi keluarga berkenaan. Kitaran kemiskinan keluarga boleh dihentikan dengan pendidikan yang berkualiti dengan menghasilkan modal insan yang produktif.
Rasional seterusnya, anak yang sudah mendapat pekerjaan ini sekurang-kurangnya boleh menyumbang kembali kepada keluarga yang telah megasuh dan mendidik beliau hingga dewasa.Ini akan menaikkan status ekonomi secara purata keluarga tersebut.Lebih-lebih lagi kalau seramai mungkin anak keluarga miskin ini berjaya dijadikan modal insan yang berkesan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan PAKATAN RAKYAT negeri Selangor tidak ragu-ragu memperkenalkan dasar membantu pelajar calon SPM semenjak tahun 2011 untuk memberi kelas tambahan PERCUMA kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.
Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 3.45 juta setahun khusus untuk program pendidikan tambahan PERCUMA ini.
Dijalankan secara sistematik dan dilantik KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN(KPMI) untuk setiap 56 DUN di seluruh negeri Selangor yang mengendalikan seramai 100 pelajar setiap DUN. Kos bayaran untuk guru, premis dan pemantauan serta proses dokumentasi serta pembangunan syakhsiyyah ditanggung oleh kerajaan Selangor.
 Alhamdulillah, perkembangan yang sangat memberangsangkan di mana pelajar yang terpilih yang rata-ratanya berasal dari pelajar kategori sederhana bila diberi sedikit ruang dan peluang untuk menggilap potensi mereka , ada yang mencapai 5A, 7A 8A bahkan ada yang memperolehi 10A.
Ketekunan guru-guru yang berbakti dan koordinator sebagai pembimbing dan pembentuk memberi impak besar kepada masa depan mereka.
Target kerajaan negeri ialah untuk pelajarnya mendapat sekurang-kurang 5kredit dalam SPM untuk melayakkan mereka meneruskan pelajaran ke IPT.

 Bukan sekadar bagus keputusan SPM tetapi yang sangat penting dari perspektif kerajaan Selangor juga ialah akhlak mereka dan mengesan kecenderungan ke arah perkara yang negatif. Bagi kelompok yang memang sudah terlalu jauh ketinggalan daripada segi literasi mereka akan dikenalpasti untuk dislaurkan kepada  jurusan bersifat latihan kemahiran untuk menjamin mereka mempunyai sumber rezeki yang halal dan punca pendapatan yang tetap.

 Majlis pelancaran PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS) telah selamat disempurnakan oleh YAB MB SELANGOR. Turut hadir YB Dr Che Rosli ahli Parlimen Hulu Langat.
Anugerah pelajar cemerlang juga diberikan kepada mereka yang menunjuk peningkatan drastik dalam pencapaian SPM.Justeru diingatkan konsepnya ialah menghargai usaha dan ketekunan para pelajar PTRS suapay menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang serupa dengan diri mereka. 
 Alhamdulillah dalam majlis yang ringkas itu, penuh dewan jubli Perak dengan sebahagian pelajar PTRS sehingga ada yang terpaksa duduk di atas tangga.
Doa di pimpin oleh pelajar PTRS SMK IJOK.
Koordinator Pembanguan Modal Insan cemerlang pula daripada DUN MERU dan Tanjong Sepat.







Read More “PERCUMA : kERAJAAN Selangor biaya kelas tambahan SPM 2012 pelajar miskin”  »»

SPR: BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH sebelum anda dibersihkan oleh rakyat

PUTRAJAYA
19.4.12

'Kunjungan hormat' dan lawatan kerja EXCO KERAJAAN SELANGOR ke pejabat SPR yang diketuai oleh YAB MB Selangor adalah dengan misi besar bagi pihak rakyat Selangor.
Pelbagai macam kebajikan untuk rakyat difikirkan oleh kerajaan Selangor yang sayangkan rakyatnya dan mahu melonjakkan martabat rakyatnya. Daripada pemberian keperluan asas manusia seperti air percuma 20m padu, kelas tambahan/tuisyen percuma, program kesihatan wanita melalui mammogramn percuma, khairat kematian, tabung pendidikan warisan anak Selangor(TAWAS) dll.

Namun yang paling menyayatkan hati ialah apabila rakyat Selangor dinafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang sah memilih pemimpin yang mereka yakini dengan cara yang bersih, adil, telus dan profesional.Apabila masalah lambakan pengundi yang diragui kesahihan dalam daftar pemilih yang diterima dan disahkan oleh SPR maka tidak ada yang boleh menggubahnya apabila ia telah diwartakan menurut SPR.
    Banyak soalan yang diajukan kepada Pengerusi SPR serta pegawai-pegawainya termasuk Pengarah SPR Selangor namun jawapan yang diterima sudah kami jangkakan sebelum perjumpaan itu lagi!

Kerajaan Selangor telah menyatakan hasrat akan melibatkan orang ramai dalam proses pendemokrasian bagi 'membantu kerja-kerja' SPR untuk membersihkan daftar pemilih dengan menyemak satu per satu nama yang ada dalam daftar pemilih tersebut.
Ini sebelum timbul desas desus Pengerusi dan Timabalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO yang berdaftar.
Maka muncul satu lawak peminat bolasepak. Sekiranya CHELSEA berentap dengan Liverpool dan pengadilnya di dapati daripada Liverpool, adakah penyokong CHELSEA tidak patut memberontak...fikir-fikirkanlah...

Read More “SPR: BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH sebelum anda dibersihkan oleh rakyat”  »»

BERSIH 3.0 ADALAH SUARA RAKYAT YANG AMAN DAN SANTAI

28.4.12
KUALA LUMPUR

BERSIH 3.0 adalah satu keperluan bagi rakyat Malaysia kerana hak mereka untuk mendapat pemimpin negeri dan negara secara adil dan wajar telah tercemar. Hak mereka sebagai warga negara telah dikompromi oleh kerajaan BN yang memerintah Malaysia yang tidak mahu membebaskan SPR daripada menjalankan tugas secara profesional.

BERSIH 3.0 sebenarnya adalah perhimpunan aman yang santai dengan tema; DUDUK dan BANTAH.
Ianya protes simbolik kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang telah dibiayai sepenuhnya oleh rakyat bagi pihak rakyat mempastikan proses mendaftar pengundi mengikut hak warga negara Malaysia.

Rata-rata rakyat marah dengan kerajaan BN pinmpinan Datuk Seri Najib yang dikatakan memperkudakan SPR untuk mempastikan kesenimbangunan BN memerintah Malaysia sampai bila-bila.
Malangnya SUARA RAKYAT tidak mahu didengari oleh BN. Seolah rakyat TIDAK RELEVAN bagi mereka. Menyusahkan sahaja. Tidak penting. Peduli apa dengan sungutan rakyat! Inilah perangai BN.
 Konon RAKYAT DIUTAMAKAN!! Kah1 kah!kah! kata anak muda...
Lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur tarikh keramat itu. Walaupun ditutup jalan-jalan ke arah venue yang mahu dituju iaitu DATARAN MERDEKA!
YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Kerajaan Selangor merangkap ADUN PAS Selat Klang yang baru balik daripada Mesir tidak mahu ketinggalan. Dataran Tahrir telah memperlihatkan SUARA RAKYAT adalah SUARA KERAMAT.Akhirnya rejim zalim yang kukuh bertapak berdekad lamanya tumbang jua. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

 Beliau juga baru ditakdir dapat bertemu dengan kedua-dua Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di Pejabat Ikhwan di Kaherah. Alhamdulillah dengan sedikit perkongsian bersama mereka dengan disertai bersama Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor menyebabkan beliau tidak mahu ketinggalan dalam peristiwa bersejarah ini. Ramai yang duduk di Jalan TAR, di bawah pokok, dalam bangunan dengan keadaan santai dan tenang. Kemudian apabila Dr Halimah menghampiri kereta YB Fuziah Salleh serta Datuk Seri Anwar yang berada di tengah jalan dan dikerumuni. Unit Amal yang bersama beliau membantu minta laluan untuk beliau naik atas kereta itu untuk bersama pimpinan pakatan rakyat. Namun baru sahaja nak naik tiba-tiba semburan FRU di depan telah menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Dikatakan semburan ini lebih menyengat!
Tembakan bertalu-talu dilakukan oleh pihak berkenaan sehingga menyebabkan kami sesak nafas dan pedih mata. Alhamdulillah berbekalkan air mineral dan garam kami 'survive' ujian tersebut.

Memang pihak berkuasa nampaknya tidak puas hati dan tetap mengejar walaupun peserta BERSIH 3.0 telah beralih daripada tempat asal. Ada beliawanis yang terlentang dan perlu ditarik pantas oleh rakan dan Unit Amal agar tidak dipijak.
Pengalaman kali ini memperlihatkan gelagat peserta BERSIH yang matang dan tenang.
Mereka berlari dengan sopan dan cermat supaya keselamatan pihak lain terpelihara. Mereka juga lebih kebal.
YB Dr Halimah sempat bersembang dengan belia Tionghua dan peserta India yang turut hadir. Memang ramai kaum Tionghua ikut serta kali ini.

 Ramai pelajar juga tidak mahu ketinggalan. Warga emas juga tidak ketinggalan.
 Pendek kata semua lapisan masyarakat ada wakilnya daripada semua negeri.
Yang lebih menarik kali ini Datuk Sheikh Kadir mantan veteran UMNO juga memakai baju kuning BERSIH dan memberi ucapan bersama dengan pimpinan PAS di perkarangan pejabat agung PAS Pusat selepas perhimpunan dan dihadiri oleh klhalayak yang amat memerangsangkan.

YB Dr Halimah juga mewakili kerajaan Selangor dijemput memberi sedikit ucapan diikuti oleh EXCO kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik. Sebelum itu Syed Azman , AJK PAS Pusat juga telah berucap.

YB Dr Halimah juga sempat berdakwah dan mengajak pelbagai pihak untuk bersama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing. Bahkan kepada polis trafik juga beliau mengingatkan perjuangan BERSIH 3.0 juga memberi kesan kepada masa depan anak cucu mereka dan diterima baik.

 Beliau juga berkongsi bahawa kerajaan Sealngor tidak akan ikut serta dalam PRU 13 sekiranya proses pembersihan daftar pemilih tidak dilakukan. Perlu diingat daftar pemilih yang paling banyak bertambah adalah di Selangor. Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk emmperuntukkan sebanyak RM15 juta geran Selangorku untuk proses pendemokrasian dan diantara usahanya ialah mencari pemilih-pemilih yang mencurigai dan perkara ini telah pun diberitahu kepada SPR semasa kunjungan kerja MB dan SEMUA EXCO kerajaan Selangor . Rakyat Selangor perlu dibela agar tidak ditipu dan dinafikan hak mereka oleh pihak yang tidak bertnaggungjawab




Read More “BERSIH 3.0 ADALAH SUARA RAKYAT YANG AMAN DAN SANTAI”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com