Kita menyaksikan ketika bencana alam berlaku di mana-mana rakyat Malaysia memang suka menolong. Ada yang bersegera kutip derma, ada yang kumpul pakaian, ada yang beli barang keperluan harian seperti beras, roti , lampin pakai buang, mee segera dll yang difikirkan perlu.
Ada yang pantang dengar/lihat nombor akaun bank untuk bantuan, ia akan segera 'bank-in'. Begitu cakna rakyat Malaysia. Betapa mulianya warga kita.
Sukarelawan yang bertali arus membantu membawa bertan-tan makanan, pakaian, air minuman bahkan ada yang membawa ubat-ubatan kerana khuatir mangsa banjir tentu memerlukan semua ini. Audio visual daripada kaca tv, bahkan lebih viral maklumbalas daripada sukarelawan yang sudah melihat dengan mata kepala sendiri keadaan sebenar melalui media sosial seperti fb,wassap, telegram, wechat cepat menggamit perasaan rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan semampunya.
Saya sangat bahagia melihat fenomena pemurah dan kepedulian sosial yang tinggi ini. Sebagai pengasas pasukan sukarelawan Briged Amal Selangor, saya teruja apabila remaja belia alumni program pembangunan insan SPIES ini mahu terjah ke kawasan banjir untuk membanting tulang dalam ops bersih pasca banjir. Saya bangga apabila anak anak muda ini ambil tahu kesusahan orang lain, di luar kawasan sendiri. Mereka juga bersedia untuk bersusah untuk tidak tidur tempat selesa. Mereka faham mereka akan makan sekadar apa yang ada, bukan seperti biasa. Mereka juga terima hakikat bahawa ada kawasan yang sukar dapat air bersih. Mereka pasrah.
Justeru, dengan semangat berkobar-kobar untuk sama membantu dan harapan saya turut melangit tinggi untuk melihat mereka ini terlorong ke arah membina daya juang dan daya tahan membukit, saya membuat keputusan ikut serta bersama mereka dalam bas rombongan bersama JAIS anjuran EXCO Agama Selangor. 41 orang ahli Briged Amal Selangor daripada lebih 100 orang peserta keseluruhan yang naik 2 bas, beberapa 4x4, 2 lori.
Apa yang saya lihat dan perhatikan naik bas, makan, minum bahkan tidur di 2 PASTI dan membawa mereka ke 3 kawasan jajahan yang terlibat teruk banjir besar di Kelantan termasuk Tanah Merah dan Kuala Krai ialah di samping gelagat remaja yang normal dengan 'kenakalan' mereka, pemuda pemudi ini bagus bekerja.Luhur mahu membantu.Mudah dibentuk 'rebung-rebung' ini. Justeru, dalam ribut misi kemanusiaan yang melibatkan semua parti politik tanpa mengira ideologi dan NGO serta pihak individu dan swasta, saya merasa satu kepuasaan melihat orang muda ligat di persada.
Tidak ada siapa yang menafikan kumpulan Unit Amal memang juara di mana mana. Mereka golongan yang beramal tanpa mengharap upah. Moga Allah membalaskan jasa mereka.
Ahli Briged Amal khususnya dari Selat Klang dan Kota Raja melakar sejarah....Kami hanya meletak batu asas ke arah pembikinan generasi idaman Selangor yang berjiwa murni, berbudi pekerti dan berbudaya 'memberi'.
Saya belajar bahawa remaja belia asasnya baik dan murni. Golongan dewasalah yang harus menyediakan acuan generasi cemerlang. Jangan bazirkan lagi aset negeri dan negara ini!
BANJIR KELANTAN: Naluri manusia suka menolong
BANJIR BESAR KELANTAN : Apa yang saya pelajari
Hobinya Mengkritik!
Mana ada orang yang 'enjoy' dikritik?!
Tetapi ada sesetengah orang 'enjoy' MENGkritik!!
Natijah dikritik: marah, malu,sedih akhirnya geram berpanjangan yang mengakibatkan dendam.
Kesannya, hubungan di antara yang mengkritik dan dikritik sudah tentu akan menjarak lebih luas. Mungkin yang dikritik itu hanya satu isu. Tetapi sekiranya ianya dilakukan berulang-ulang atau dengan cara yang amat memalu dan menghina maka emosi negatif yang terhasil akan berlipatkali ganda dan mempunyai potensi destruktif bak gunung berapi yang menunggu waktu untuk meletus! Maka tidak hairanlah keluar kata kata kesat, maki hamun, sumpah seranah yang sangat menyakitkan dari mulut SI KENA KRITIK. Ia juga boleh diikuti sama dengan tindakan fizikal yang melibatkan anggota seperti tangan dan kaki yang melempang, melempar, memecah serta merosakkan tubuh badan atau harta benda.
Ada sesetengah SI KENA KRITIK membisu seribu bahasa tetapi kesan 'petir' si PENGKRITIK tetap terhunjam ke lubuk kalbu.Ia boleh berakar dan membiak hingga mengakibatkan perbuatan sabotaj, balas dendam yang dahsyat, memporakperandakan si PENGKRITIK termasuk anak isteri atau rakan taulan serta menyahkan masa depan kariernya.
Resam dunia memang manusia dicipta dengan pelbagai perbezaan. Bukan sahaja warna kulit, bahasa mahupun rupa tetapi juga perangan, kecenderungan bahkan pengalaman semua manusia akan berbeza. Justeru berbeza pandangan dan tindakan adalah normal dan universal.
Selain itu di antara sebab timbulnya isu mengkritik dan dengannya ada yang kena kritik ialah keupayaan berfikir, hasil pendidikan dan latar belakang keluarga dan persekitarannya. Ia juga membuktikan kekuasaan Allah yang maha luas. Maka lain lain sifat serta tindakan manusia menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara satu sama lain. Ini normal! Sunnatullah...
Persoalannya bagaimana mahu mengurus kepelbagaian tersebut?!
Emosi marah, sedih, malu adalah juga sifat normal manusia.Tidak ada yang menghairankan.
Kalau dikritik adalah normal atau patut perasaan kita luka.
Yang menjadi masalah ialah apabila manusia bertindak mengikut respon amygdala atau litar putus yang tidak menggunakan otak cerebrumnya dengan panduan jiwa yang bersih maka berlakulah gejala akibat kemarahan yang tidak terkawal tersebut seperti yang disebut di atas. Rosak binasa hubungan sesama insan!
SENI MENGKRITIK DAN DI KRITIK
Justeru, kita perlu membekalkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi situasi biasa yang pasti dan dijangka akan berlaku bila bila masa. Perlu faham fisiologi diri. Perlu mengerti corak atau pattern sendiri. Mesti hadam kecenderungan serta tingkah laku diri dalam pelbagai situasi. KEMUDIAN, kiat mesti CARI ILMU dan LATIH DIRI seni mengkritik dan seni APABILA dikritik orang.
Untuk menjadi orang yang berjaya dunia wal akhirat kita mesti menguasai SENI menjaga keharmonian dan MENERIMA KRITIKAN dengan tenang dan positif.
Bagi yang mempunyai 'HOBI' mengkritik, STOP! latih diri mengkaji tabiat itu . Analisa diri kenapa suka mengkritik. Buang sifat mazmumah. Set kompas agar niat mengkritik itu bertujuan murni. Latih diri mengkritik cara beradab dan menggunakan kaedah lebih konstruktif dan positif.' Condition' kan diri agar kritikan itu selari dengan misi menjaga harmoni dalam hubungan sesama insan.
Membuat Keputusan Terbaik
Keputusan sesuatu perkara sekaligus membawa natijah yang berangkai. Impaknya dipengaruhi oleh skop perkara yang berkaitan dan jumlah orang yang terlibat dalam lingkaran perkara tersebut.
Contohnya, isu yang panas yang berlegar dalam media yang melibatkan orang berpengaruh akan sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi samada berskala kecil mahupun besar, bersifat sementara mahupun mencetus gerakan atau kebangkitan berpanjangan. Kesan pengaruhnya juga boleh merubahkan lanskap sosio politik sesebuah masyarakat.
Justeru proses membuat sesuatu keputusan yang besar memerlukan kerja yang teliti, insan yang benar dan jujur, prosedur yang adil dan diyakini khalayak. Persepsi ketidakadilan di peringkat orang awam akan mencetuskan kemarahan bak api dalam sekam.
Untuk sampai ke tahap ideal di kalangan pembuat keputusan yang amanah, ikhlas dan bijaksana ia memerlukan proses pendidikan yang komprehensif, insan-sentrik dan berteraskan nilai-nilai murni yang universal dan dijalankan serentak oleh guru dan masyarakat yang bersifat murabbi. Pemerintah WAJIB memudahcarakan proses ini.
Bilakah kita akan sampai ke tahap ini.
Wallahu'alam.
TUKAR
SURAH AR RA'D
For each one are successive [angels]
before and behind him who protect him by the decree of Allah . Indeed, Allah
will not change the condition of a people until they change what is in
themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it.
And there is not for them besides Him any patron
Di pertengahan ayat 11 ini Allah mengajar kita:
'.....Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah keadaan dirinya sendiri.....'
Untuk berjaya bertukar wajah dan kualiti masyarakat perlu mempelajari/mengkaji untuk memahami dan seterusnya bertindak untuk menjayakan perubahan, to effect the change.Perubahan adalah satu proses.Bermakna ia mengambil masa. Jangan harapkan perubahan seperti mi segera. Kita akan kecewa. Lemah semangat.Hasilnya: TIDAK ADA perubahan.
Mahu berjaya. Kita mesti belajar cara untuk berjaya.Kita mesti mengambil langkah kritikal secara jujur dan tekun .Jangan mengelat. Jangan timbunkan alasan untuk langkah step kritikal.Jangan goreng. Jangan mudah syok sendiri. Hati-hati dengan pendengki yang memang MENANTI ANDA GAGAL!!
Pendek kata mahu berjaya berubah,
1.kita mesti CUKUP daya MAHU;
2. kemudian kalau cukup daya MAHU, mesti belajar hingga cukup DAYA TAHU( ilmu pengetahuan, ilmu melalui pengalaman(tacid knowledge);
3. dah MAHU, dah TAHU mesti rajin dan istiqomah, LAKUkan HINGGA tak kering kuku( SWEATS);
4.Insya Allah MAMPU(capacity building mesti seiring)
Read More “TUKAR” »»


