ADUN Selat Klang sampai ke Pulau Ketam kali ke 4 dalam Januari 2017
31 Januari 2017
YB Dr Halimah Ali meraikan jemputan makan malam sempena sambutan tahun baru Cina dari Persatuan Keturunan Chia di Dewan Rakyat Bagan Teochew, Pulau Ketam. Beliau disambut mesra dengan tarian singa.
Dewan dipenuhi dengan ahli keluarga keturunan Chia yang dikatakan menguasai 80% daripada kawasan Bagan Teochew. Yang lebih menarik, keturunan Chia dari luar kasawan Pulau Ketam juga turut serta dalam makan malam tahunan ini. Maka penganjur terpaksa menyediakan meja hingga keluar dewan untuk menampung tetamu pada malam tersebut.
Beliau juga berbesar hati menyumbang RM 5ribu kepada Persatuan Keturunan Chia Read More “ADUN Selat Klang sampai ke Pulau Ketam kali ke 4 dalam Januari 2017” »»
Kuasa Memilih
Happy Prosperous Chinese New Year 2017
Bismillah
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua rakyat kaum Tionghua.
Saya sangat berharap tahun ini lebih baik daripada tahun lepas samada dari segi ekonomi, kesihatan, keselamatan bahkan keharmonian.
Saya yakin kaum Tionghua lebih ke depan daripada kemampuan mengharungi isu kemelesetan ekonomi samada di peringkat lokal mahupun global.
Apa yang tidak kurang pentingnya ialah kita menyediakan persekitaran yang positif dan produktif untuk anak cucu kita untuk membina daya tahan, daya saing dan daya maju untuk menjadi warga Malaysia yang saling konstruktif bagi mencapai tamaddun yang unggul.
Saya juga berdoa agar kaum Tionghua tidak mudah terpedaya dengan 'fear tactics' sesetengah pihak yang menggusarkan.
#bokiapas
Selamat menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga.
Xin Nian Kuai Le
YB Dr Halimah Ali
ADUN SELAT KLANG
Pengerusi
Biro Perpaduan Nasioanal PAS Selangor Read More “Happy Prosperous Chinese New Year 2017” »»
Rohingya, sabar ye.... tangismu sedang didengar
Klang
Alhamdulillah, keprihatinan masyarakat Malaysia kepada insan menderita di mana jua di bumi ini amatlah membanggakan. Apa sahaja bencana yang menimpa mana mana kelompok manusia, rakyat Malaysia memang proaktif bergegas mahu membantu.
Yayasan Amal Malaysia, sebuah NGO futuristik yang senantiasa bersama denyut nadi mangsa bencana alam mahupun mangsa peperangan.Terdekat, isu kekejaman, kezaliman yang menzahirkan hilang perikemanusiaan kepada etnik minoriti Rohingya di Rakhine , Myanmar mencuri tumpuan dunia. Bukan sahaja premis fizikal seperti masjid dan rumah dimusnah, wanita turut diratah dan dimamah bengis oleh haiwan berupa manusia. Wanita dirogol dan dimusnah segalanya. Kanak kanak yang tidak berdosa dibunuh kejam dalam adegan tragis. Darah berhamburan. Mayat bergelimpangan.
Yang tinggal diselimuti trauma, sakit, lapar, sejuk dan pilu.
Ya Rohingya, kami cuba mengerti dari secubit informasi yang diperolehi. Kami tampil mencari sumber menampung keperluanmu.....Semoga dipermudahkan Ilahi. Pakaian, makanan asas seperti beras, minyak, makanan dalam tin, keperluan bayi dan kanak kanak.....Kami cuba....kami cuba.
Maafkan kami kalau terlambat. Banyak cabaran yang menghambat. Namun insya Allah , dengan izinNya jua, kasih saudaramu ini akan dikongsi jua.
Semoga Allah terima segala pengorbanan, sumbangan dan doa kita semua.
AAMIIN.
DR HJH HALIMAH ALI
KETUA AMALNITA MALAYSIA
Tahniah kepada MAPPIM yang telah berjaya melibatkan kerajaan Malaysia untuk menghantarkan bantuan makanan, pakaian, perubatan dll kepada etnik Rohingya di Rakhine. Yayasan Amal Malaysia menyokong penuh misi kemanusiaan yang diketuai oleh Malaysia dan melibatkan 14 negara. Read More “Rohingya, sabar ye.... tangismu sedang didengar” »»
ROHINGYA.....Mana hilang perikemanusiaan.....
Kemanusiaan.....Kehaiwanan....
Benci......sebenci bencinya....
Rumah kerdil di hapus musnah...
Masjid diranapkan....
Seluruh kampung nun di pendalaman dikepung dan dihancurkan
Tak kira lelaki mahupun wanita....
Tak kira kanak kanak atau warga tua....
Kamu ratah, kamu aibkan, kamu tunggu panah........
Sang Pencipta leka tak pernah....
Kamu musnah maruah
Kamu mamah jasadnya
Kamu mahu penjara akalnya
Kamu mahu pupus keturunannya
Mereka berdarah
Mereka diselubung ketakutan
Mereka menjerit kesakitan
Mereka menyaksi tindakan kesyaitanan
Mereka merayu belas kasihan
Tetapi kamu pekak, bisu dan bijak menipu
Satu dunia tidur lena
Sekarang tidaaaak lagi
Haiwan berupa manusia berhati syaitan
Jangan burukan agenda jahat mu
Kerana kamu sudah dikesan
Tindakan melampau teroris, ekstremis
Jiwa kacau puak pelampau
Hentikan kezaliman
Stop Ethnic Cleansing
Rohingya berhak
Mereka juga manusia seperti kamu
Kami....kami....kami...
Manusia sedunia dengan mereka
Memerhati kamu
Dr Halimah Ali
30 hb DISEMBER 2016









