Pray For MH370

Pray For MH370

BUMBUNG TERBANG DUIT MELAYANG KONTRAKTOR GIRANG

Kerajaan persekutuan dalam projek mee segera berikutan kekosongan kerusi Parlimen Ulu Selangor telah membaik pulih bumbung dan mengecat 57 blok pangsapuri dengan kos RM17.7 juta atau kos purata RM310,526.32 seblok.

Belum sampai setahun bumbung terbang setelah hampir RM20 juta melayang. Bila lagi kita nak belajar dari kesilapan silam.....

S'gor siasat punca bumbung pangsapuri terbang


Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) diarah menjalankan siasatan terhadap bumbung pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bagi menentukan sama ada ianya masih selamat.

Keputusan ini dibuat setelah bumbung-bumbung bagi 2 blok pangsapuri di situ telah diterbangkan oleh ribut kelmarin, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Bumbung itu telah diganti oleh kerajaan persekutuan ketika pilihanraya umum Hulu Selangor Mac lalu dan projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika program Juara Rakyat di Hulu Selangor sebelum itu.

Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut.

Iskandar berkata, kerajaan persekutuan juga mesti melakukan satu siasat yang terperinci agar penduduk Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tidak terdedah kepada sebarang bahaya.

"Kerajaan persekutuan mesti mengenal pasti punca kegagalan bumbung tersebut dan kerja baik pulih mesti dilakukan dengan segera demi keselamatan rakyat.

Kesemua 57 blok mesti disiasat dengan segera dan sekiranya telah berlaku sebarang penyelewengan, mereka yang bertanggung jawab mestilah dihukum.

"Kerajaan persekutuan telah membaik pulih bumbung dan mengecat 57 blok pangsapuri dengan kos RM17.7 juta atau kos purata RM310,526.32 seblok.

"Kerajaan Selangor pula telah mengganti bumbung untuk dua blok dengan kos RM372,196 atau kos purata RM186,096 seblok.

"Bumbung yang diganti itu masih kukuh hingga ke hari ini," tambahnya.

Malaysiakini

laporan:

MDHS diarah periksa bumbung pangsapuri

Read More “BUMBUNG TERBANG DUIT MELAYANG KONTRAKTOR GIRANG”  »»

SIAPA DALANG DI BELAKANG PENCURI PASIR?

Syabas dan tahniah kepada PDHL atas kejayaan mematahkan kegiatan mencuri pasir. Dalam operasi awal pagi PDHL serta PDRM `telah menyita lori bersama pasir dalam masa serentak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta adalah kejayaan yang terbesar dicapai sehingga kini.

Persoalannya adakah pemandu lori yang diberkas sebenarnya di belakang kes mencuri pasir atau ada jerung yang berkeliaran di air tenang dan paya sebenarnya pemilik operasi serta master mind segala-galanya!

Tumpas


BANDAR BARU BANGI – Taktik sekumpulan pencuri pasir yang mengeluarkan pasir tanpa kebenaran pada awal pagi dan bergerak secara serentak gagal apabila ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasa Pejabat Daerah Hulu Langat (PDHL) bersama anggota polis awal pagi semalam.

Modus operandi mereka yang masuk dan keluar secara berkumpulan di Batu 24 Jalan Sungai Lalang, Semenyih ternyata sia-sia setelah lapan buah lori pasir muatan lapan tan ditahan semasa dalam perjalanan membawa keluar pasir berkenaan untuk pasaran sekitar Selangor kira-kira jam lima pagi.

Kejayaan PDHL mematahkan kegiatan berkenaan dan menyita lori bersama pasir dalam masa serentak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta adalah kejayaan yang terbesar dicapai sehingga kini.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin A’ala berkata, berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada masyarakat setempat, intipan dijalankan oleh PDHL diketuai oleh Ketua Penguatkuasa Daerah, Khairul Fahmi Mahmud dan Setiausaha Keselamatan Daerah, Noor Dasrafeezal Abdul Shukur serta enam anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Kajang (IPD) di kawasan berkenaan.

“Rondaan dan intipan diadakan bermula tiga pagi namun pergerakan masuk lapan lori yang memasuki lokasi pengeluaran pasir tanpa kebenaran berkenaan hanya berjaya dikesan seawal empat pagi sebelum keluar semula dengan membawa muatan pasir jam lima pagi.

“Anggota penguatkuasa kemudiannya mengekori lori itu sebelum bertindak mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan mereka dibahu jalan Sungai Lalang menuju ke Pekan Semenyih untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, kita dapati kesemua lori muatan lapan tan berkenaan membawa muatan pasir dipercayai tanpa permit di Batu 24 Jalan Sungai Lalang, Semenyih.

“Kesemua pemandu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 50 an disoal siasat dan kegiatan haram itu dipercayai baru beroperasi”, katanya.

Sinar Harian

Isu Pasir: (1) Senarai pemegang permit pasir S'gor dikeluarkan

(2) Kenyataan rambang rosakkan Paya Indah Wetland

Read More “SIAPA DALANG DI BELAKANG PENCURI PASIR?”  »»

SELANGOR BAKAL HADAPI KRISIS AIR MENJELANG 2014




KENYATAAN AKHBAR

20 JULAI 2010



PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH TIDAK PERLU DISEGERAKAN




SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengambil berat hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.



Selangor berpendapat Kerajaan Persekutuan terlalu terburu-buru untuk melaksanakan PPAMPS dengan hanya berdasarkan unjuran bahawa akan berlaku krisis bekalan air jika projek ini tidak dimulakan sekarang.



Ini jelas apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui baru-baru ini, menuduh Selangor sengaja melengahkan pelaksanaan PPAMPS dan memberi amaran bahawa Selangor akan dipersalahkan jika berlaku krisis bekalan air pada masa akan datang.



Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.



Nasihat yang diperoleh oleh Kerajaan Selangor dari pakar industri air dan juga kajian berdasarkan pertumbuhan penduduk, jumlah penggunaan air dahulu dan sekarang dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang sedia ada sekarang ini mampu menampung keperluan di Lembah Klang sehingga 2019.



Kerajaan Negeri sedar projek ini ada kebaikannya, namun ia tidak perlu disegerakan tanpa mengambil kira pemahaman menyeluruh industri air termasuk proses penstrukturan semula industri air Selangor. Kami percaya masa yang sesuai untuk projek ini dilaksanakan adalah pada 2015 atau 2016 dan jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang Kerajaan Malaysia.



Sehubungan itu, Selangor menyarankan Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek mahal menggunakan wang rakyat.

Pertama, mengurangkan pembaziran air dengan mempromosikan kitar semula air, mengumpul dan memproses air hujan yang boleh dilakukan secara bersama kerajaan Persekutuan dan Selangor.



Kedua, sumber alternatif air yang boleh diteroka seperti air sungai, tasik dan memperkenalkan teknologi air bawah tanah. Ketiga, dengan mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRW) dari 35% kepada kurang 20%, seperti yang berjaya dicapai oleh syarikat air Pulau Pinang.



Keempat, sistem penghantaran air yang cekap adalah penyelesaian terbaik bagi menampung permintaan pengguna. Oleh itu, perlu dipastikan air di utara Selangor dihantar dengan cekap ke wilayah selatan.



Selangor mengamalkan pengurusan kewangan berhemat, bijaksana dan berharap Kerajaan Persekutuan turut melakukan perkara yang sama. Selangor meminta Kerajaan Persekutuan melakukan kajian menyeluruh, analisis, statistik secara terperinci mengenai pengeluaran air, penggunaan dan permintaan berdasarkan fakta dan angka berbanding membuat keputusan tergesa-gesa yang melibatkan wang pembayar cukai.



TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PRESS STATEMENT

JULY 20, 2010

PAHANG-SELANGOR WATER TRANSFER SHOULD NOT BE RUSHED



The Selangor Government is concerned at the manner in which the Federal Government is promoting the Pahang-Selangor water transfer project.



The Federal Government intends to proceed with this project that had an original estimated cost of RM2billion but which has now escalated to an estimated RM8billion in total.



The decision to take up this project was based on the Federal Government's projection that there would be insufficient water produced to meet the growing consumption demand in Selangor and Kuala Lumpur.





The Minister of Energy, Green Technology and Water Dato' Seri Peter Chin and the Deputy Prime Minister Dato' Sri Muhyiddin Yassin have recently accused the Selangor government of delaying land approvals for the related projects, blaming the State for any future water shortage crisis.



We believe that the Deputy Prime Minister and Minister may have both been misled into believing that there will be a water shortage crisis by year 2014.



The Selangor government has consulted several experts and based on our calculations of population growth rate, past and present water consumption rates, current production capacity, and water levels in the dams, there would be more than sufficient water supply to meet the demands of Selangor and Kuala Lumpur consumers well up to the year 2019.



While the Selangor government is convinced of the project’s need, we also believe there is no need to treat this project as a priority nor in a hasty manner without regard for a holistic understanding of the water resources in Selangor, including taking into consideration the water restructuring process.



We also believe that other alternatives should be prioritised instead of giving a large, lucrative construction contract like the Pahang-Selangor water transfer.



First, there is tremendous wastage of water currently and not enough is being done to promote the recycling of water including rainwater harvesting. Second, alternative sources of water should also be explored, namely water from rivers, lakes and underground water technologies.



Third, there is a need to reduce the current high Non-Revenue Water (NRW) rate from 35% to below 20%, as achieved successfully by the Penang water company. Fourth, better inter-connectivity of water supply is the real solution needed to address demand shortage, by ensuring water in the north of Selangor is transmitted more efficiently to the southern region.



The Pahang-Selangor water transfer may be necessary in later years, and given a lead-time of three years for construction, the Selangor government recommends that implementation should only begin in year 2016. If the project is rushed into, the cost would incur further national debt which it cannot afford given Malaysia's current balance sheet.



The Selangor Government as always practices and calls for prudent financial management. We call on the Federal Government to conduct thorough research and detailed statistical analysis on water production, consumption and demand before fast-tracking a decision that would ultimately implicate all taxpayers in Malaysia.





TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Read More “SELANGOR BAKAL HADAPI KRISIS AIR MENJELANG 2014”  »»

TEKS PENUH PM MALAYSIA ISU KENAIKAN HARGA 5 BARANGAN



Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan kabinet mengenai harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.




Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

Maalaysiakini

Read More “TEKS PENUH PM MALAYSIA ISU KENAIKAN HARGA 5 BARANGAN”  »»

PENYELUDUPAN, WARGA ASING SERTA ORANG KAYA PUNCA HARGA BAHAN API NAIK (BN) KATA PM

Harga minyak mentah semasa di pasaran dunia hanyalah USD76 setong. Kenaikan harga petrol/diesel serta LPG tempatan bermula naik ke harga semalam berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung hampir USD150 setong pada tahun 2007-2008. Sebagai pengeluar minyak dunia, Malaysia mengaut keuntungan yang tinggi ketika itu.

Harga Petrol RON 95 dan RON97 naik pada tahun lalu setelah penjenamaan semula RON dengan tambahan kosmetik seperti additif.

Mulai hari ini, harga RON 95, Ron 97, diesel serta LPG naik lagi. Rakyat Malaysia bakal menerima padahnya dalam bentuk kenaikan harga barangan serta perkhidmatan.

5 naik serentak, rakyat tanggung beban


Dr Azman Ibrahim

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai).

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Cerita selanjutnya di {SINI}

Read More “PENYELUDUPAN, WARGA ASING SERTA ORANG KAYA PUNCA HARGA BAHAN API NAIK (BN) KATA PM”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com