Pray For MH370

Pray For MH370

ANDA HAIRAN JIKA LEMBAH KLANG CATAT KES TERTINGGI UNTUK...?

BUDAYA BOHSIA, BOHJAN, BUNTING, BUNUH BUANG bertarikh 18hb Jun 2008 yang lalu saya

ada menqiaskan senario dan gejala masakini dengan penanaman benih padi dengan tumbuhnya

lalang. Tanpa memohon maaf di kesempatan ini izinkan saya sebut sekali lagi hal yang sama.


"Para petani menanam benih padi berharap padi akan jadi, tetapi sungguh malang, yang naik

hanyalah lalang. Tuan tanah terbiar tidak pernah berharap atau berdoa padi akan tumbuh di

tanahnya malah berpuas hati jika lalang sahaja yang naik. Begitulah hidup ini, jika kita berusaha,

berikhtiar dan berdoa agar suatu natijah yang baik akan timbul dari usaha titik peluh kita belum

tentu lagi usaha kita dijamin kejayaan, tetapi sebaliknya jika kita memulakan sesuatu yang tidak

baik, jangan mimpi hasilnya tiba-tiba jadi cemerlang. Ini adalah sunnatullah."



Dalam entri berjudul "BUDAYA BOHSIA, BOHJAN, BUNTING, BUNUH BUANG" di atas saya

mengakhiri bicara saya dengan kata-kata
"Tanamlah benih padi dari sekarang agar padi yang

tumbuh pada suatu hari nanti. Jika terdapat lalang di samping pokok padi, cepat-cepat cabut atau

racun lalang yang tumbuh itu, agar pokok padi berpeluang hidup berbunga serta berbuah".



Apabila membelek akhbar Sinar Harian edisi 26hb Jun 2008, saya tertarik dengan tajuk di bawah.

Teruskan membaca.

Kewujudan 12,000 orang anak luar nikah di Selangor dari jumlah besar 70,000 orang seluruh

negara bagi saya satu statistik sungguh menakutkan.

Ketua Penolong Pengarah Bhg Penyelidikan JAKIM dilaporkan ada menyebut " Jika dalam hal

ini kita masih hendak kira 'payung' dan 'bendera' masing-masing tidak mustahil kita akan

hancur..."

Pada pendapat saya beliau menyatakan pendirian beliau setelah membuat kajian dan

penyelidikan. Bagaimana pula dengan pendirian dan polisi Jabatan (JAKIM) serta pak menteri

yang bertanggung jawab?

Saya berharap Pak Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi ada membaca Sinar Harian edisi

26hb Jun 2008. Jangan hairan dan kata tak tahu atau tak diberitahu tentang statistik di atas.

Comments :

0 comments to “ANDA HAIRAN JIKA LEMBAH KLANG CATAT KES TERTINGGI UNTUK...?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com