Pray For MH370

Pray For MH370

NAJIB KATA UMNO TIDAK MABUK KUASA

Bakal Perdana Menteri yang mengepalai ku detat (rampasan kuasa) di Perak dilaporkan menyebut di Kedah bahawa UMNO tidak mabuk kuasa tetapi mengakui kuasa itu penting.

Di Perak, majoriti kerusi yang dimenangi ialah kerusi yang ditandingi oleh UMNO, maka di Perak boleh dikatakan sebagai kerajaan UMNO Perak.

UMNO tidak mabuk kuasa cuma gila kuasa dan gila talak untuk berkuasa di Perak maka ku detat dilakukan dengan licik dan tidak bermoral.

Pemilikan Kuasa akan memastikan kuasa yang ada berkekalan serta bertambah dan juga menjamin sumber kewangan yang berterusan buat ahli UMNO dan partinya.


UMNO tidak mabuk kuasa


UMNO tidak mabuk kuasa sehingga sanggup bertindak merampas atau memonopoli kerusi yang diagihkan kepada parti-parti komponen untuk dipertandingkan dalam pilihan raya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu berpegang kepada prinsip permuafakatan, kerjasama dan semangat setia kawan yang dipersetujui bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Katanya, dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, UMNO juga tidak menuntut kerusi itu walaupun menyedari hakikat kawasan berkenaan mempunyai pengundi majoriti yang terdiri daripada orang Melayu.

“Tiada desakan ambil kerusi Bukit Selambau. UMNO tidak mabuk kepada kuasa untuk monopoli kerusi kerana yang penting bukanlah kerusi.

Namun, perkara yang lebih utama sekarang ialah kuasa. Tidak ada gunanya kalau tuntut kerusi tetapi BN tiada kuasa,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penyokong BN pada majlis ramah mesra dan pengumuman calon bagi kerusi DUN Bukit Selambau di Dewan Sekolah Menengah Teknik 2 Sungai Petani di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Najib mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Datuk S. Ganesan sebagai sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil terbabit pada 7 April ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut Najib, soal kerusi juga bukan keutamaan memandangkan BN kini perlu mendapatkan keyakinan rakyat bagi membolehkan kerajaan terus mengekalkan kuasa dengan stabil.

“Kerusi kita boleh duduk di bawah atau di atas. Pun begitu, kerusi yang paling empuk untuk diduduk ialah kerusi yang ada kuasa BN.

“Jadi untuk memastikan kita ada kerusi sebegini, BN memerlukan sokongan daripada rakyat pelbagai kaum menerusi prinsip kerjasama parti-parti komponen dengan bekerja sebagai satu pasukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat diseru supaya bersama-sama mewujudkan keadaan politik yang stabil melalui tanda sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Katanya, perkara tersebut penting lebih-lebih lagi ketika dunia kini sedang menghadapi kesan kelembapan ekonomi.

“Memang kita hendak menghadapi kemelut ekonomi dunia dan kesannya begitu besar kepada Malaysia.

“Oleh itu, bagi mendepani suasana ini, kita mesti melihat supaya politik di tanah air kita bukan saja politik yang stabil tetapi boleh meyakinkan orang luar luar dan pelabur. Kalaulah kemelut politik dapat dikurangkan, kita yakin boleh lalui situasi mencabar ini,” katanya.

Ditanya tentang persiapan menghadapi pilihan raya kecil tersebut, Najib berkata, BN Kedah telah mengatur gerak kerja bersama dengan parti-parti komponen dan ia telah berjalan serta-merta.

Kerusi DUN Bukit Selambau kosong setelah wakil rakyatnya, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 8 Februari lalu dan menghilangkan diri sehingga hari ini.

Berikutan kekosongan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 29 Mac dan jika ada pertandingan, pengundian dijalankan pada 7 April.

Sementara itu, ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Perdana Menteri di sekolah yang sama, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, adalah penting masyarakat memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau.


Oleh OPAT RATTANACHOT dan ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
uspetani@utusan.com.my

Comments :

2 comments to “NAJIB KATA UMNO TIDAK MABUK KUASA”
Hamba said...
on 

Umno dan Naji$ bukan aje mabuk tp dah gian. Macam mat pit penagih gian nak dapat dadah... sanggup merompak dan membunuh keluarga sendiri... UMNO dan Naji$ mmg sah-sah perosak negara. Kalau tak di hantar ke pusat serenti baik bawak ke tengah laut dlm sampan lepas tu C4kn sampan tu...Selamat Malaysia...

Anonymous said...
on 

haha.patik brsetuju sgt..
jgn dC4kn je..
ditemb**kn dlu la..
ala-ala 'ehem2'.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com