Pray For MH370

Pray For MH370

KERAJAAN JADI PENJAMIN: SATU LAGI KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN

Siapa yang dapat menjangka bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sanggup menjadi penjamin kepada penghuni setinggan yang ingin membeli rumah sendiri. Alangkah hebatnya ide ini jika dapat dilaksanakan dengan berkesan. Inilah yang dikatakan "negara berkebajikan".


Jika sebelum ini, duit pampasan berpindah ditelan oleh "buaya", pelaksanaan "setinggan sifar" cuma mahu memenuhi syarat dan kriteria "Selangor Negari Maju" yang ditetapkan oleh satu badan luar negara. Nampak gah. Ibarat kata orang Perak, "biar pape, asal bergaye".

Cuma masalah "perennial-perpetual atau seomo-seomo" iaitu bila masa nak bayar, cukup liat. Ada sahaja alasan duit tak ada atau tak cukup. Apabila ditinjau dalam rumah dipenuhi perabot, ada Astro, set TV siap dengan plasma skrin, segala macam jenis gadget dan peralatan rumah. Di luar parkir, dua tiga buah kereta "menjalar". Tidaklah semua seperti yang digambarkan di atas. Pokoknya ialah apabila ada pihak-pihak yang ingin membantu, janganlah pula seperti kata pepatah Melayu " melepaskan anjing tersepit" bila giliran nak kena bayar hutang. Selanjunya di bawah..

Kerajaan negeri sedia jadi penjamin setinggan



Sumber Sinar harian


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersedia menjadi penjamin bank kepada penghuni setinggan yang ingin membuat permohonan pinjaman bagi membeli kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pendekatan tersebut adalah langkah segera kerajaan negeri bagi mengatasi masalah setinggan sepenuhnya.

“Kebanyakan mereka (penghuni setinggan) mahu membeli kediaman sendiri tetapi berhadapan dengan masalah membuat pinjaman bank.

“Menerusi pendekatan ini (menjadi penjamin), kita yakin usaha mengatasi masalah setinggan dapat diatasi peringkat demi peringkat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, kata Iskandar, syarat tersebut hanya untuk membantu golongan setinggan yang nama mereka disenaraihitamkan pihak bank.

“Sekiranya ia berpunca akibat kesalahan teknikal seperti disenaraihitamkan atas kapasiti sebagai penjamin, kita bersedia menjadi penjamin bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman dibuat,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, bantuan lain turut disalurkan termasuklah meneruskan pemberian elaun perpindahan seperti dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini (Barisan Nasional) berjumlah RM500 hingga RM2000.

Iskandar juga memberitahu, pendekatan bantuan itu juga lebih tertumpu kepada kawasan penempatan setinggan yang telah diambil alih untuk tujuan pembangunan khususnya di Kampung Pandan dengan lebih 10 buah rumah setinggan yang mendiami tapak sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Keperluan memindahkan mereka ke kawasan kediaman baru perlu disegerakan dan bagi golongan setinggan yang benar-benar tidak mampu untuk memohon pinjaman memberi rumah kos sederhana bernilai RM35,000, kita akan gunakan alternatif lain termasuk cuba membantu dengan memberi pilihan menyewa dengan kadar berpatutan.

“Pendekatan kerajaan sebelum ini iaitu memindahkan mereka ke rumah kos rendah dan penempatan sementara akan diteruskan namun pendekatan baru ini (menjadi penjamin) diyakini mampu mengatasi masalah setinggan secara lebih praktikal,” katanya.

Menurut Iskandar, berdasarkan bancian terakhir bertarikh 7 Mei lalu, lebih 10 penempatan setinggan dengan jumlah penduduk melebihi 2,000 direkodkan. Daripada jumlah itu, sebanyak 0.6 peratus yang masih berada di tapak kerana berhadapan masalah pinjaman bank dan penempatan sementara yang belum selesai.

“Seramai 268 keluarga telah membawa kes mereka ke mahkamah sementara setinggan yang lain masih menunggu penyelesaian masing-masing,” jelasnya.

Comments :

0 comments to “KERAJAAN JADI PENJAMIN: SATU LAGI KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com