Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Tamil  Jalan Tepi  Sungai  Klang  dalam kawasan Parlimen Kapar pernah menumpang  di  kandang kuda  Majlis  Perbandaran  Klang  (MPK)  untuk beberapa tahun.  Ibu bapa  pelajar  SJKT  pernah  dijanjikan  sekolah baru  oleh Presiden  MIC sendiri  dan  untuk satu penggal, Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia adalah  ahli Parlimen kawasan Kapar. Janji hanya tinggal janji.   Pejabat MPK di tepi sungai Klang berhampiran sebuah taman, Taman Pengakalan Batu.
Pejabat MPK di tepi sungai Klang berhampiran sebuah taman, Taman Pengakalan Batu. Pandangan pintu masuk utama SJKT.
Pandangan pintu masuk utama SJKT. Sebahagian dari bangunan sekolah.
Sebahagian dari bangunan sekolah. Kontena juga digunakan sebagai bilik darjah.
Kontena juga digunakan sebagai bilik darjah.
Cerita Selanjutnya di bawah.
Lima tahun tunggu bangunan baru
Sumber Sinar Harian 04/06/08
KLANG - Penantian hampir lima tahun ibu bapa dan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai untuk mendapatkan bangunan sekolah yang baru kini berakhir apabila pembinaannya kini giat dijalankan. Pembinaan bangunan sekolah yang baru itu bakal menggantikan sebuah bangunan sekolah lama yang uzur, selain yang roboh enam tahun lalu, termasuk sebuah lagi blok sekolah yang menempatkan empat kelas yang terjejas teruk kerana kebakaran tahun lalu.
BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN: SJKT TEPI SUNGAI KLANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Comments :
Post a Comment