Pray For MH370

Pray For MH370

KEMBALI KEPADA FITRAH SEOLAH-OLAH BARU DILAHIRKAN


Setelah sebulan berpuasa di siang hari dan melakukan ibadat khusus di malam hari seperti bertarwikh, bertadarus dan lain-lain maka menurut sepotong hadith daripada Abdur-Rahman bin 'Auf r.a telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud:

" Sesungguhnya ALlah telah memfardhukan Ramadhan dan Aku mensunatkan bagi kamu

menghidupkan malamnya, maka barangsiapa yang berpuasa dan melakukan ibadah malam

disertai dengan keimanan dan kerana menuntut keredhaan ALlah, nescaya dia keluar dari

dosa-dosanya seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya." (rujukan: Puasa dan

Penghayatan Ramadhan susuna Ust Safwan Fathi , Terbitan Majlis Agama Islam Selangor 2005).



Cuba kita imbas kembali, untuk mereka yang telah LUPA bagaimana seorang bayi yang baru

dilahirkan, yang belum tahu apa-apa, masih merah diselaputi sejenis lemak, adakalanya boleh

bernafas spontan lantas menangis dan ada pula yang perlu bantuan pernafasan dan rangsangan

luaran untuk menarik nafas pertamanya.

Kelihatan (sebelah kiri) tali pusat yang belum dipotong



Bayi yang memerlukan bantuan pernafasan

Kesemua bayi di atas belum dibersihkan atau dimandikan lagi


Perkataan " 'ID " atau " 'IDUL " bererti perayaan atau "kembali". Jika dibaca "AIDIL" kalimah

Arabnya membawa maksud "TANGAN", sudah tentu tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan

"fitri" bermaksud makan atau minum dan "tabiat semula jadi". Kesimpulannya, Edul fitri

atau 'Idul Fitri ((BUKAN AIDIL FITRI)) merupakan hari kemenangan bagi orang mukmin

yang berpuasa sepanjang Ramadhan kerana telah berjaya menundukkan
nafsu jenis membawa

kepada kerosakan (nafsu ammarah bissu'). Kemunculan Syawal bererti segala dosanya telah

gugur dan dia melayakkan dirinya menjadi orang bertakwa. maka tercapailah matlamat puasa

Ramadhan (Al Baqarah : 183) (Sila rujuk m.s 95 op cit).

Ungkapan "kembali kepada FITRAH" dan "zakat FITRAH" mengukuhkan konsep pensucian

anak Adam seperti hari ia dilahirkan dari Rahim ibunya tempoh hari. Adakah kita akan

mengotorinya semula dengan dosa dan noda serta maksiat dan munkar dalam bulan-bulan

mendatang?????

Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang. Amin.

Comments :

0 comments to “KEMBALI KEPADA FITRAH SEOLAH-OLAH BARU DILAHIRKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com