Ucapan " Selamat Hari Raya Eidul Fitri " ditujukan khas buat adik-adik yang kini berada dalam
"high gear" untuk menghadapi peperiksaan utama seperti PMR, SMA/SMU, SPM, STAM dan
STPM. Usahlah hendaknya suasana hari raya menjadi batu penghalang kepada persiapan
adik-adik ke arah masa depan yang gemilang kerana sesungguhnya peperiksaan di atas
merupakan batu loncatan untuk adik-adik semua. Walaupun keputusan peperiksaan yang
cemerlang bukanlah 'segala-galanya", namun memperolehi keputusan yang cemerlang dapat
menjamin kesinambungan cabaran alam persekolahan di peringkat yang lebih hebat lagi.
Dalam permainan, sukan atau sebarang bentuk pertandingan seperti kuiz, juara nasyid atau
apapun, kejayan di peringkat awal menempah tempat ke peringkat seterusnya. Kegagalan di
mana-mana peringkat bererti akan disingkirkan dari peluang ke peringkat seterusnya yang
lebih mencabar.
Inilah hakikat kehidupan. Perlu ditempohi peringkat demi peringkat. Tiada jalan pintas untuk
berjaya dan bergelar juara.
Bercutilah untuk sehari dua dari program ulangkaji. Selepas itu teruskan usaha berpandukan
pelan perancangan serta jadual yang telah diatur.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang mempersiapkan diri untuk menduduki
peperiksaan penting, fahamilah dan bantulah mereka dalam apa jua cara sekalipun. Sediakanlah
mereka ruang dan peluang untuk mengulangkaji silibus. Sahabat handai dan rakan taulan
perlulah "considerate" dan membantu dalam memberi sokongan moral kepada kawan-kawan
yang akan "berjuang" dalam dewan peperiksaan sedikit hari lagi. Jangan menyumbang kepada
kecundangnya kawan anda. Tahun hadapan boleh beraya "sakan".
Semoga beroleh kejayaan D&A.
SELAMAT HARI RAYA DI AMBANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cam kenal jer banner tu... hehehe