Pray For MH370

Pray For MH370

KISAH BENAR KEHEBATAN MELAYU DALAM ASPEK 5B










(gambar hiasan pergaulan bebas)

Sepanjang ingatan saya setakat ini belum ada seorangpun dalam bariasan

pemimpin UMNO yang mendabik dada mengatakan bangsa Melayu
hebat dalam aspek 5B dan

berazam untuk meneruskan agenda ini atau sebaliknya. Apa dia 5B? BOHSIA, BOHJAN,

BUNTING , BUANG BAYI
(termasuk menggugurkan) & BUNUH BAYI. Empat laporan di

bawah yang dikutip dari mymetro dan cerita yang serupa dimuatkan di dada akhbar saban hari

nampaknya tidak mampu menyedarkan anak-anak, ibu bapa, remaja, pendidik dan pemimpin

tentang pentingnya pembangunan serta pendidikan insan bersepadu dalam persekitaran yang

kondusif lagi proaktif dalam membentuk masyarakat. Ia setakat mampu melariskan jualan

akhbar, tabloid serta majalah.




“Punca utama kes sumbang mahram ialah menonton video lucah. Selain menonton di televisyen

dan melayari Internet, ia kini mudah dimuat turun ke telefon bimbit,” pada penadapat Yusnani

Abd Hamid, pengerusi Raudhah Sakinah Selangor. Tambah beliau " menonton video lucah

menyebabkan remaja terangsang dan mencari sasaran bagi melampiaskan nafsu, termasuk

dengan saudara kandung
."




Keluarga enggan dedah kerana malu


myMetro


KUALA LUMPUR: Banyak kejadian sumbang mahram atau ‘ditebuk’ ahli keluarga tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana keluarga terbabit lebih mengutamakan kepentingan si pelaku dan ‘menutup malu’ berbanding membela kebajikan mangsa.

Pengerusi Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS) Selangor, Yusnani Abdul Hamid, berkata sepanjang 10 tahun beroperasi, ada pelatih mahu menceritakan peristiwa hitam yang berlaku pada diri mereka, tetapi ramai juga tidak mahu berterus-terang.

“Inilah dilema dialami keluarga yang terbabit dengan kes sumbang mahram. Jika bapa melakukan perkara itu kepada anak, bimbang nanti keluarga itu kehilangan tempat bergantung atau sumber pendapatan, manakala jika abang yang melakukannya, yang kena hukum adalah darah daging sendiri,” katanya.

Menurutnya, Pusat Bimbingan Puteri RS diwujudkan sebagai institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial seperti penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan dan sumbang mahram.


Beliau berkata, dalam usaha mencegah gejala sumbang mahram berleluasa, Pusat Bimbingan Remaja Puteri RS menjalankan program Modul Kesihatan Reproduktif Remaja (MKRR) di sekolah menerusi kempen dinamakan Anda Bijak Jauhi Zina.

“Punca utama kes sumbang mahram ialah menonton video lucah. Selain menonton di televisyen dan melayari Internet, ia kini mudah dimuat turun ke telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, menonton video lucah menyebabkan remaja terangsang dan mencari sasaran bagi melampiaskan nafsu, termasuk dengan saudara kandung.

“Ibu bapa juga perlu menerangkan mengenai pendidikan seks kepada anak mengikut kesesuaian umur mereka. Ramai ibu bapa yang janggal untuk menerangkan mengenai pendidikan seks apabila ditanya anak.

“Ada seorang budak bertanya ibunya mengapa dia terangsang apabila melihat iklan yang memaparkan wanita berpakaian seksi. Bagaimanapun, ibunya tidak menjawab.

“Apabila tidak mendapat jawapan, dia mendapatkan maklumat daripada kawan dan menerima maklumat salah,” katanya.

Menurutnya, antara perkara yang mesti ditekankan ialah anak perlu mengetuk pintu bilik ibu bapa dan pada waktu tertentu saja anak boleh masuk bilik tidur orang tua.

“Anak perlu diajar menjaga batas aurat di antara adik-beradik dan tidak boleh mendedahkan aurat sesuka hati. Pada usia tujuh hingga 10 tahun, ibu bapa boleh memberitahu mengenai wanita mengandung.

“Katakan kepada mereka, sebelum seseorang mengandung, dia perlu berkahwin terlebih dulu dan hidup bersama. Setakat itu saja penerangannya.

“Apabila berusia 12 tahun, ibu bapa perlu berperanan sebagai kawan kepada anak. Antara punca rangsangan seks seharian di rumah ialah berpakaian seksi, bercakap lucah dan bersolek keterlaluan. Selain itu persekitaran tempat tinggal yang tidak sesuai juga mempengaruhi kejadian itu.

“Asingkan tempat tidur antara anak perempuan dengan anak lelaki untuk mengelak berlakunya sumbang mahram,” katanya.

Menurutnya, ketika program Kempen Anda Bijak Jauhi Zina diadakan, seorang murid bercerita mengenai tindakannya dan adik-beradik mengintai ibu bapa mereka melakukan seks menerusi lubang di bilik tidur.

Lubang pada bilik tidur itu tidak pernah ditutup oleh orang tuanya, menyebabkan anak melihat perkara tidak sepatutnya.

“Apabila kes seumpama ini berlaku, apa tugas kita? Biar tahu daripada tidak tahu dan ambil tindakan sewajarnya, bukan menyembunyikan perkara itu demi menutup malu. Ini kerana, jika dibiarkan, perbuatan sama akan dilakukan pelaku terhadap orang lain pula,” katanya.

Tangisan bayi disangka anak kucing

myMetro

AMPANG: “Malam tadi (kelmarin) memang saya dengar seperti suara anak kucing di luar rumah.

“Tapi kira-kira jam 5.30 pagi, saya tergamam selepas jiran menjerit kata ada baby (bayi) menangis di depan rumah saya,” kata Suraya Mohamad Sabudin, 39, menceritakan penemuan seorang bayi perempuan di rumah panjang di Ampang Campuran di sini, semalam.

Bayi dipercayai dilahirkan antara dua dan tiga hari lalu itu diletakkan dalam satu bungkusan plastik putih sebelum dibuang berhampiran kereta milik suami wanita berkenaan.

Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan bogel dan hanya sehelai kain putih diletakkan menutupi badannya yang beralaskan surat khabar lama.


Tangisannya juga tersekat-sekat manakala badannya menggigil kesejukan akibat terdedah terlalu lama di luar rumah.

Menceritakan kejadian itu, Suraya berkata, bayi itu ditemui jirannya, seorang lelaki Cina berumur 60-an sebelum menjerit memanggilnya mengatakan ada bayi diletakkan berhampiran keretanya.

“Ketika ditemui bayi ini dalam keadaan lemah. Saya membawanya masuk ke rumah dan memakaikan lampin dan membalut tubuhnya.

“Badannya juga mempunyai kesan merah dipercayai akibat digigit nyamuk sepanjang ia diletakkan di situ,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan bayi itu dipercayai berketurunan Melayu atau Indonesia berdasarkan warna kulitnya.

Suraya membawa bayi malang itu ke rumah bapanya di Taman Kosas di sini, kira-kira jam 7 pagi sebelum membawanya ke Balai Polis Taman Dagang, untuk membuat aduan.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))

2 kali gugur janin
Oleh Fauzi Rahim Mustafa
fauzee@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Menggemparkan apabila seorang remaja perempuan yang baru berusia 13 tahun mengaku dua kali menggugurkan kandungannya selepas mendakwa dianiaya dan dipermainkan lelaki yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Remaja yang bersekolah setakat tahun enam itu mendakwa kali pertama menggugurkan kandungannya ketika usianya baru mencecah 12 tahun iaitu pada pertengahan tahun lalu dan kali kedua pada Julai lalu.

Dia yang mahu dikenali sebagai Ira mendakwa menjadi mangsa keadaan akibat tertekan dengan masalah keluarga selain terlalu percayakan lelaki yang mahu melindunginya.

Katanya, dia dianiaya seorang abang angkat yang merogolnya ketika baru berusia 10 tahun.


“Ketika itu, abang angkat yang berusia 24 tahun mengajak saya menaiki keretanya pada waktu malam dengan alasan adiknya mahu berjumpa untuk berbincang hal pelajaran.

“Saya yang tidak menaruh syak apa-apa lalu mengikutnya dan beberapa minit kemudian, saya dibawa ke hutan kecil dan dirogol,” katanya yang membuat pendedahan itu di depan Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah, Kamaruddin Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kuala Muda, Leftenan Kolonel (B) Zulkifli Yusof di sini, malam kelmarin.

Remaja itu ditemui selepas Kamaruddin dan Zulkifli dimaklumkan mengenai keperitannya menyebabkan mereka bersemuka bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Selepas peristiwa hitam itu, dia dihantar pulang dan diberi amaran tidak memberitahu sesiapa terutama ibu bapa jika tidak mahu diapa-apakan.

Akibat itu, sikapnya berubah dan sering mendiamkan diri serta mudah takut serta mengalami tekanan perasaan.

“Saya juga gagal menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta kurang berminat kepada alam persekolahan. Ketika berusia 12 tahun, saya berkawan dengan seorang lelaki lain juga berusia 24 tahun.

“Namun, niat ikhlas berkawan dengan lelaki itu menyebabkan saya tidak menyedari dipergunakannya untuk melakukan seks beberapa kali hingga saya terpaksa menggugurkan kandungan kali pertama,” kata yang juga anak keempat daripada lima beradik.

Sebaik tamat sekolah rendah, Ira nekad tidak menyambung persekolahannya kerana kecewa dengan nasib diri dan tidak tahan mendengar ibu bapanya bergaduh setiap hari.

Bapanya yang kini berusia 49 tahun bekerja mengambil upah sebagai peraih ikan, manakala ibunya, 44, baru berhenti kerja di sebuah kilang di bandar Sungai Petani.

Jelasnya, wang adalah punca perbalahan ibu dan bapanya setiap hari serta keputusan untuk tidak bersekolah dianggap dapat mengurangkan bebanan mereka meskipun kakak dan dua abang sudah berkahwin.

“Kali kedua saya menggugurkan janin ialah Julai lalu selepas melakukan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dianggap sebagai kekasih.

“Saya juga pernah menghidu gam, merokok, minum arak dan menghisap ganja kononnya mahu melupakan masalah, namun hakikatnya semua benda itu semakin menambah tekanan kepada perasaan,” katanya yang mengaku sepanjang tercicir daripada alam persekolahan, dia pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berlainan berusia antara 17 tahun hingga 25 tahun.

Bagaimanapun, dia tidak meneruskan ketagihan seks kerana ada rakan mahu membantu berdepan dengan masalah terbabit.

Sehubungan itu, dia nekad meninggalkan semua perbuatan keji itu dan ingin menyambung semula persekolahan tetapi buntu kerana tidak tahu bagaimana meneruskan kehidupannya.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, pihaknya dengan kerjasama JKPD Daerah Kuala Muda akan berusaha membantu remaja berkenaan untuk bersekolah semula.

“Kami bersimpati dan akan cuba menempatkannya di sekolah selepas perbincangan lanjut dengan ibu bapanya.

“Remaja itu mangsa keadaan kerana teraniaya dan akibat tiada pembelaan menyebabkan fikirannya buntu apatah lagi dalam usia yang masih muda,” katanya.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

‘Saya sangka bulu kucing’
myMetro

PUCHONG: “Saya sangkakan bulu kucing, namun terkejut apabila mendapati ia rambut bayi,” kata Naden Sanen, 35, yang menemui mayat bayi dipercayai perempuan di bukit berhampiran rumahnya di Bandar Kinrara 5 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang, pekerja kontrak yang tinggal di rumah kongsi itu menggunakan jalan berhampiran bukit berkenaan sebagai jalan pintas ke pasar raya berhampiran rumahnya sebelum berhenti apabila melihat bungkusan plastik merah yang ditimbus pasir.

Dia yang curiga melihat bungkusan itu cuba menguis pasir dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi yang dibalut dengan tuala.

Katanya, dia menutup kembali mayat bayi terbabit menggunakan beg plastik itu.


“Sebaik mengetahui ia mayat bayi, saya berpatah balik dan memberitahu rakan.

“Kami bersepakat menemui nazir masjid dan memaklumkan penemuan itu kepadanya sebelum dia menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Naden, sebelum menemui mayat itu, dia tidak mendengar tangisan bayi atau sebarang bunyi pelik dari kawasan bukit berkenaan.

“Selain isteri saya, rumah kongsi yang turut didiami bersama beberapa rakan tidak mempunyai wanita lain dan beranggapan bayi itu dibuang pihak luar yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat itu baru beberapa hari dilahirkan dan ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab di kawasan bukit itu yang jaraknya kira-kira 50 meter dari rumah kongsi terbabit.

Mayat bayi itu ditemui masih mempunyai tali pusat selain keadaannya yang berlumuran darah dan kepalanya dihurungi semut.

Menurut sumber polis, mayat berkenaan dipercayai baru beberapa hari dibuang di kawasan terbabit berdasarkan kesan pada tubuhnya yang belum reput.

“Ada beberapa kesan kecederaan pada tangan dan tubuh bayi itu dipercayai akibat gigitan serangga ketika ditinggalkan di atas bukit terbabit.

“Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kami (polis) dijangka menerima laporan lengkap esok (hari ini),” katanya.

Comments :

0 comments to “KISAH BENAR KEHEBATAN MELAYU DALAM ASPEK 5B”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com