Pray For MH370

Pray For MH370

MASIH BOLEHKAH BERSANGKA BAIK TERHADAP OBAMA

Wawancara Obama bersama akhbar JURUSALEM POST sini



US Democrat presidential candidate Barack Obama walking with President Shimon Peres in the presidential residence in Jerusalem

US Democrat presidential candidate Barack Obama in a helicopter with Defense Minister Ehud Barak, left and Foreign Minister Tzipi Livni
US Democrat presidential candidate Barack Obama meets Prime Minister Ehud Olmert in Jerusalem

layari SLIDESHOWS OBAMA DI ISRAEL

Comments :

11 comments to “MASIH BOLEHKAH BERSANGKA BAIK TERHADAP OBAMA”
UMNO Rambai Sari said...
on 

YB,

macam ini kah mentaliti YB. Anwar, Azmin, Khalid Jaafar ada ambil gambar dengan Paul Wolfowitz, seorang yahudi.

adakah kita boleh lagi bersangka baik terhadap mereka?

Anonymous said...
on 

SILA layari www.anwaribrahimblog.com bagi mengetahui halatuju pemikiran AI.

saya berpendapat mengambil gambar bersama 'syaitan' sekalipun tanpa menggadaikan prinsip perjuangan, tidak salah. dan ia bukan bermaksud merestukan tindakan mereka. ia menunjukkan kebolehan seseorang pemimpin untuk 'masuk' dengan semua orang hatta musuh sekalipun.

berkenaan obama, tidak salah menaruh harapan kerana dia maseh baru. namun berdasarkan pengucapannya sebelum pilihanraya yang 'kasar' terhadap iran dan pro-israel, mungkin kita boleh menaruh kegelisahan terhadap masa hadapan palestin dll. namun, adakah nasib palestin dll bergantung kepada presiden US??? the answer is NO!!!. ia bergantung sejauh mana kita menterjemahkan islam dalam diri, masyarakat dan negara.

pada saya, mereka yang berdolak dalih dengan islam yakni separuh mahu menggunakan islam dan separuh menolak itulah bahaya yang utama.

memang, memang manusia ini makhluk yang suka berprasangka...

wallahualam...

Admin said...
on 

Salam YB,

Pandangan daripada sisters Muslim di US ialah- it is too soon to hope anything from Obama.

Tapi for now- Obama mungkin kena jaga kepalanya sendiri terlebih dahulu supaya tidak jadi macam JFK.Extremist Jews bersedia untuk tembak beliau bila-bila masa.Jadi adalah tidak mustahil untuk OBAMA masih mengekalkan hubungan baik US dengan Jews.

Unknown said...
on 

jawapannya, muktamad: tak boleh. isunya bukanlah 'masih bolehkah..." sebab sejak awal kita memang tidak wajar mengharapkan obama.

berapa kali lagi kita perlu dikecewakan oleh harapan palsu yang kita besar2-kan sendiri?

Z said...
on 

Adalah masih terlalu awal membuat kesimpulan sikap Obama terhadap orang Islam dan negara Islam, walaupun beliau nampak berpotret bersama pemimpin zionist. Hakikatnya, jika beliau tidak nampak sebagai saorang kawan kepada orang Yahudi dan Israel, mustahil beliau boleh dilantik sebagai Presiden US. Apa yang kita harapkan, beliau boleh bertoleransi dan mahu berdialog dengan negara Islam dan tidak mengamalkan 'gunboat' diplomasi saperti yang diamalkan US sebelum ini.

Unknown said...
on 

Salam Untuk semua. Terima kasih atas respons saudara semua terutama dari STANCE OF MUSLIMAH kerana sudi komen. Untuk sahabat yang lain, semua pandangan atau persepsi mata kasar kita semua adalah berasas dan munasabah.

Berbaik sangka mungkin diperlukan dalam batas-batas syara'. ALlah sahaja yang menentukan serta membolak balik hati manusia.

Dari aspek memilih penasihat dan orang-orang penting di Rumah Putih, tindakan Obama boleh dipersoalkan.

Tidak hairan perkara yang sama berlaku di negara kita. Pak Lah yang kononnya berpendidikan agama tidak memilih individu yang kelihatan baik dan bersih sebagai menteri-menteri beliau, isteri beliau dan seterusnya.

Sebenarnya wujud jurang yang amat besar di antara apa yang kita tahu dengan apa yang kita laku.

Sebab itu kita pilih kawan/teman
/pemimpin yang baik-baik agar kita mendapat nasihat yang berguna dan sebagainya.

Wallahu'alam.

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum YB.
Sebenarnya telah lama saya mengikuti blog YB ini. Apa yang saya harapkan ialah YB bertindak sebagai YB Islam yang professional.

Banyak komen-komen dan maklumat dalam blog ini masih macam berkempen pilihanraya. Masih banyak fitnah dan kaedah mengaibkan orang. Saya menghormati YB dan terus terang, saya mengundi YB dengan harapan ada perubahan dalam pemikiran dan kaedah berpolitik PAS. Malang sekali tidak ada bezanya diantara BN dan PR. Berhenti lah berpolitiking atau ingin mencari isu populis. Bekerja kearah penambahbaikan kehidupan rakyat tanpa menyoal apa orang dahulu buat.
soal dan lakukan apa yang boleh YB sekarang buat.

Unknown said...
on 

Salam. Saudara yang budiman. Terima kasih kerana membuat perubahan dalam PRU 12 yang lalu. Perubahan sistem tidak berlaku sekelip mata atau dalam sebulan dua. Parti politik yang memerintah di 5 negeri di bawah PR memerlukan sokongan anda dalam melaksanakan polisi dan apa jua yang diputuskan. Tanpa sokongan dan bantuan rakyat, segala projek dan program akan disabotaj pihak lawan yang sedia maklum telah berkubu sekian lama.

Bagaimana nak beri kefahaman tentang keburukan sistem yang lama di bawah BN jika tiada saluran yang mampu memberi maklumat sebaliknya.

Blog inilah satu-satunya media yang masih boleh lagi digunakan. BN ada semua jentera di tangannya, akhbar perdana, TV, Biro Tatanegara, dan lain-lain untuk menyerang PR. Sebagai contoh isu ternakan babi, isu UiTM, isu MB Selangor tak turun padang, masjid disalahgunakan, memo kepada Sultan Selangor.
Adakah kami pihak PR hanya berdiam diri dan tiada penerangan sebaliknya?
Politik adalah tajuk yang sangat luas. ADdin Islam lagi luas. Politik dan pentadbiran merupakan sebahgian kecil dari ISLAM. Kini ISLAM diperintah BUKAN memerintah.
Bagaimana kita hendak cerita tentang kehebatan ISLAM jika rakyat enggan mencari ILMU, dan kalau ada setakat mendengar program satu dua jam di TV (al kuliah, Halaqah, al hidayah dan forum perdana) walhal program maksiat berpuluh jam.

Saya hanya mengulas isu yang keluar dalam akhbar perdana. Saya tidak menyerang dahulu, cuma menerang dan berhujah balik.Sebab itu saya muatkan scan atau link akhbar yang membawa satu-satu cerita atau laporan. Kita bukan hidup dalam "vacuum". Kita disogokkan dengan pelbagai maklumat sama ada benar atau tidak. Ada orang dapat menapis dan menilai satu-satu berita tetapi kebanyakan mereka belum mampu berbuat demikian.

Progaram kebajikan rakyatkita buat juga tetapi dalam tahun ini masih banyak "fire fighting". Aktiviti harian saya sebahagiannya dimuatkan dalam blog-activity, dan yang lainnya menunggu budget 2009. Kita telah mulakan modul SPIES untuk semua peringkat masyarakat. Kita juga telah memulakan program jejak ilmuan dalam pelbagai bidang. Kita akan wujudkan TADIKA di pejabat kerajaan dan tempat kerja.

KIta masih mendapat banyak sekatan dan halangan dari kerajaan PUSAT BN. Bagaimana nak atasi perkara ini?

Unknown said...
on 

Suadara yang tidak puas hati tentang kandungan blog saya ini, sila rujuk link di bawah untuk maklumat lanjut program dan aktiviti team saya.


http://www.jejakilmuan.org/

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=17550&Itemid=103

Anonymous said...
on 

Salam. Saya menghargai penerangan YB mengenai komen saya mengenai kaedah komunikasi yang digunakan.

Walaubagaimanapun saya masih kurang bersetuju "approach" membentangkan keburukan kerajaan BN atau mana-mana individu.

Kita kena melihat dari segi cara pemikiran rakyat masa kini.Apabila sesuatu itu terlalu diulang dan diperkatakan, orang akan menjadi "fed-up", walaupun pada awalnya mereka menerima.

Saya tidak dapat melihat dari mana asasnya cara ISLAM yang memburuk-burukan orang.

Selain itu, janganlah cepat memberi excuse seperti " nak jalankan aktiviti tunggu peruntukan tahun 2009". Nanti ada pula lagi excusenya peruntukan telah habis digunakan oleh kerajaan dulu sebelum pilihanraya.

Sebagai rakyat dan telah membuat pilihan YB untuk mewaliki kami , apa yang perlu YB lakukan ialah cuba menyelesaikan masalah dan keperluan kami sebaik mungkin. Kami tidak mahu tahu masalah YB atau kerajaan dengan memberi berbagai alasan. Nanti sama juga dengan yang sebelumnya tiada perubahan. Ingat kepada janji-janji pilihanraya.

"Your service today must be better than yesterday"

Unknown said...
on 

Saudara Annonymous/ Incognito : Isu menerangkan keburukan pemimpin dibenarkan dalam Islam. Isu menerangkan keburukan individu tertakluk kepada beberapa perkara. Secara umumnya, sila rujuk AnNisa: 148 (bermaksud ALlah tidak menyukai ucapan buruk yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianayai....)

Sila rujuk Ihiya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali jilid 3, m.s 454-539 bab tentang amar ma'ruf dan nahi munkar. Sekain saja Wallahu'alam.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com