Awal-awal lagi sudah ada satu macam prasysrat bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan isyarat ini telahpun dinyalakan sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung pada Mac 2009. Bermulalah budaya bodek membodek setelah budaya politik wang diteruskan. Tiada kesudahannya.
Ketua Pemuda mesti serasi dengan Presiden
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno yang bakal dipilih pada Mac depan mesti sentiasa serasi dengan Presiden Umno dan mengelak daripada bertelagah dengan kepemimpinan tertinggi parti.
Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pertelagahan dan ketidakserasian Ketua Pemuda baru dengan kepemimpinan tertinggi bukan pendirian bijak yang perlu diambil ketika ini.
"Ketua Pemuda baru mesti boleh bekerjasama dengan Presiden kerana dalam keadaan sekarang Umno begitu tercabar dalam pelbagai aspek. Beliau perlu mengelak daripada sentiasa bertelagah dengan kepemimpinan, ini bukan masa yang sesuai," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud diminta mengulas saingan Ketua dan Naib Ketua Pemuda Umno selepas 188 Pemuda bahagian mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.
Dalam saingan jawatan Ketua Pemuda Umno, Ahli Exco, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului dengan 74 pencalonan, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (52), manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (62).
BAKAL KETUA PEMUDA MESTI NGAM DENGAN PRESIDEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment