Pray For MH370

Pray For MH370

"PERPADUAN NASIONAL" SASARAN BERGERAK

Foto Wira Perpecahan Nasional Datuk Ahmad Ismail

Dalam

sebuah

negara

yang berbilang kaum, agama, bahasa, adat

resam dan berbagai lagi kelainan, perpaduan

kaum di peringkat nasional amatlah penting dari pelbagai sudut seperti ketenteraman

awam, keselamatan negara, kestabilan sosiopolitik dan sebagainya. Di sana mesti


wujud satu titik tolak kesatuan yang dapat melahirkan perpaduan nasional yang diidam-

idamkan.

Perpaduan nasional tidak berlaku tanpa dirancang dan diusahakan. Semua pihak yang

terlibat hendaklah memainkan peranan masing-masing. Sensitiviti kaum perlu dijaga.

Citarasa,aspirasi, kehendak dan kemahuan setiap individu yang menganggotai sesuatu

etnik atau kaum sentiasa berubah mengikut faktor-faktor seperti persekitaran, tahap

pendidikan,pendedahan kepada dunia luar dan lain-lain. Sebagai contoh, citarasa,

aspirasi dan kemahuan kaum Pribumi atau Orang Asli hari ini berbeza dengan apa yang

datuk nenek mereka impikan sepuluh lima belas tahun yang lalu. Perkara yang sama

berlaku kepada kaum Cina, India dan lain-lain. Tidak hairan jika pada suatu hari

terdapat satu kaum di Malaysia yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap

sesuatu polisi atau tindakan pihak-pihak tertentu. Sebab itu dikatakan "perpaduan

nasional" atau integrasi kaum di Malaysia khususnya merupakan satu yang tidak statik

tetapi sentiasa bergerak atau dinamik.

Islam menawarkan formula perpaduan nasional bertitik tolak dari maksud firman ALlah

" TidakKu (ALlah) jadikan Jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKU"

(51:56), seterusnya maksud ayat Al Quran "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya

(ALlah) ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu..........."

(30:22). ALlah menegaskan lagi " Hai manusia, sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan

kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa

dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia

di antara kamu........" (49:13). ALlah juga menyarankan agar kita " tolong menolonglah kamu

dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa

dan permusuhan/pelanggaran.." (5:2) .

Kita diarahkan ALlah agar menegakkan keadilan dan menghancurkan segala bentuk

kezaliman (5:8 dan 3:135) dapat memastikan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk

dapat ditegakkan dan dipelihara.

Tentang perbezaan darjat dan kekayaan, ALlah mengingatkan kita dalam maksud ayat ke

32 surat Az Zukhruf " Apakah mereka yang membagi-bagikan rahmat Tuhanmu? Kami (ALlah)

membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan

dunia ini (setengahnya kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita), dan

kami menjadikan darjat setengah mereka tinggi daripada darjat setengah yang lain

supaya sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya

daripada bantuan setengahnya yang lain." Sila rujuk ISLAM Keadilan Membebaskan

Manusia muka surat 29 tulisan Dato' Dr Haron Din, PTS.

Setelah melakukan segala yang perlu bagi mencapai perpaduan nasional, kita

diingatkan dengan Firman ALlah yang bermaksud "Walaupun kamu membelanjakan

semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan

hati mereka ,akan tetapi ALlah telah mempersatukan hati mereka..
" (8:63)


Foto AJK Kelab Penyokong PAS serta sebahagian dari AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat


Berita selanjutnya di [sini]

Kepimpinan tertinggi PAS telah membincangkan secara mendalam kemungkinan membuka

keahlian bersekutu kepada bukan Islam dalam PAS. Ia merupakan antara dua

agenda utama yang dibincangkan sesi permukiman pimpinan PAS selama tiga hari di

Langkawi pada hujung minggu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang turut

menghadiri sesi permukiman tersebut. Menurut Mohamed Daud lagi, sesi permukiman itu

dihadiri oleh anggota Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mereka termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul

Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar. Menurut beliau lagi,

pimpinan PAS juga turut membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan kerjasama

dengan Pakatan Rakyat.

"Kita perhalusi lagi syarat-syaratnya. Kita akan memanggil pimpinan pelbagai

peringkat, duduk sekali. Kita fikir masak-masak (bagaimana) untuk memperkukuhkan

Pakatan."

Comments :

3 comments to “"PERPADUAN NASIONAL" SASARAN BERGERAK”
Anonymous said...
on 

Sila lihat di link bawah untuk laporan tentang Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017916&Itemid=85

Mohd Hafizan Mazuki said...
on 

salam dr...
sekadar melemparkan pandangan,
status bukan islam menjadi ahli PAS adalah satu tindakan yg baik pada satu sudut...

tp adakah ia tidak melanggar perlembagaan parti..
mungkin pimpinan PAS masih boleh perhalusi cadangan ini
saya melihat untuk menarik undi bukan islam itu mmg langkah bagus
tp bagaimana ahli bukan islam boleh memainkan peranan dakwah dan program pentarbiahan, dan mendidik masyarakat menerima islam sebagai kehidupan mrk

saya kira PAS telah mula membuka lembaran baru dalam politik tanah air
langkah status kelab ke dewan atau sayap parti masih perlu diteruskan

apa2 pun sogan PAS FOR ALL sgt harmoni dan sinonim dgn msykt malaysia pd hari ini...
smg PAS trus subur dalam dunia politik di malaysia...

p/s- utk pengetahuan Dr Umno mmg satu organisasi yg membantu dasar kerajaan menggagalkan perpaduan antara kaum
org yang menghina kaum lain dianggap wira
ini satu pengiktirafan yang menunjukkan kebodohon UMNO sendiri sbg parti pemerintah
lepas ini org yang menghina islam juga wajar UMNO beri anugerah wira/wirawati negara

salam ikhlas
mohd hafizan@matjang

Unknown said...
on 

Salam. terima kasih kerana response saudara yang cukup tajam. Akan dipanjangkan cadangan di atas. Takbir, tahmid, tahlil dan tasbih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com